Manis Berhijab, Penampilan Isteri Perdana Menteri Curi Tumpuan. Netizen Puji Cantik Bergambar Bersama Permaisuri Agong!

Share

Selepas melalui kemelut politik yang mendebarkan, semalam berlangsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri Kelapan Negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah bergelar PM ke-8 selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Februari yang lalu.

Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan semalam selain Perdana Menteri baru, pastinya  insan yang setia disisi perjuangan beliau iaitu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Dalam perkongsian tersebut, Puan Sri kelihatan cukup manis berhijab. Kebetulan juga beliau merupakan isteri perdana menteri pertama di Malaysia yang bertudung. Penampilan beliau yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri sebelum ini pasti memberi kelainan dan identiti tersendiri buatnya.

Usai majlis mengangkat sumpah di Istana Negara tadi siang, Perdana Menteri dan isteri  turut bergambar bersama KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong. Yang lebih membuatkan ramai memandangkan Raja Permaisuri Agong sememangnya berhijab.

Gambar tersebut dipuji warganet yang mengakui nampak manis dan sesuai dengan imej negara Islam yang ditonjolkan oleh Malaysia.

 

Untuk rekod , Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee telah berkahwin pada 22 September 1972 dan mempunyai 4 orang anak.

Sumber : Twitter

IKLAN