Maream ‘Gadget Free’, Cara Farah Lee Buat Wargamaya Kagum

Share

Maream ‘Gadget Free’, Cara Farah Lee Buat Wargamaya Kagum

Umum mengetahui mengenai bahaya gajet yang boleh mengakibatkan ketagihan. Rasanya semua ibu ayah bimbang mengenai hal ini. Namun untuk mendidik anak biarlah sejak kecil bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Personaliti media sosial, Farah Lee mempunyai cara tersendiri mendidik anaknya sejak kecil. Caranya sering menjadi inspirasi buat wargamaya.

Terbaru, Farah berkongsi kegembiraan apabila pada usia 8 tahun anak kesayangannya Maream bebas gajet.

Artikel Berkaitan: “Matangnya Maream, Banyak Yang Dilalui. Tahniah Supermom.” Gambar Farah Lee Di Majlis Graduasi Raih Pujian. Inspirasi!

Artikel Berkaitan: “Jangan Tipu & Sorok Dari Anak.” Ulas Isu Cerai & Anak, Ini Nasihat Padu Dari Farah Lee

Artikel Berkaitan: Aurat & Hijab Pada Anak Kecil. Farah Lee Kongsi Turutannya & Boleh Follow!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

 

BEBAS GAJET, SELALU BAWA BEG SANDANG ADA ALAT TULIS DAN BUKU

Menurut Farah, anak tunggalnya itu sentiada membawa beg sandang yang mengadungi alatan tulis, buku nota dan buku cerita.

Tidak menafikan kadang kala, Maream meminjam telefonnya namun bersebab. Katanya lagi masih terlalu awal untuk memberikan anaknya telefon sehingga anaknya dapat membezakan yang mana baik atau buruk.

“Maream is still gadget free so tu pasal dia sentiasa carry her bag sebab dalam tu ada notebook, reading book, stationeries etc. But she sometimes pinjam my phone and I’m okay with it sebab I know dia tak selalu dapat and tech is her zaman.”

“I just think that it’s too early to let her have one of her own until she knows whats good and whats bad (mumayyiz) and knows how to respect the boundaries within.”

“If your struggling to minimise your kids screentime, hang in there. Remember I’m a multitasking career single mom yet I managed to make it work, so I’m sure you can too.”

WARGAMAYA KAGUM KETEGASAN DIDIK ANAK

Meninjau di ruangan komen. rata-rata wargamaya yang melihat perkongsian itu menyatakan ia sebuah catatan yang inspirasi. Malah ada yang memuji cara Farah mendidik anaknya.

Sumber: farahlee

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN