“Masa Lahirkan Attar Duit Cukup-Cukup Jer Bayar Hospital.” Wawa Zainal Kongsi Kesusahan Awal Kahwin, Kini Mampu Miliki Rumah & Kereta Sendiri

Share

Bukan semua pasangan suami isteri hidup dalam penuh kemewahan. Ada yang terpaksa meniti perjalanan yang sukar sebelum mengecapi kejayaan.

Namun benarlah kata orang, kehidupan lepas berkahwin sangat seronok dan percayalah pasti akan ada rezeki lepas berkahwin.

Rezeki tu ada dalam perkahwinan, rezeki tu ada dalam anak-anak. Kerana itu sudah dijanjikanNya. Demikian juga dengan pasangan sama cantik sama padan ini. Awla perkahwinan lalu, mereka mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Namun cinta dan kasih sayang menguatkan mereka untuk terus berusaha. Kini Wawa Zainal dan Aeril Zafril sudah mula mengutip kebahagiaan dan kesenangan yang disemai selama ini.

Dalam satu perkongsian baru-baru ini, wawa Zainal memuat naik sekeping gambar kediaman lamanya. Sambil berkongsi kesusahan yang dialami mereka suatu ketika dahulu.


Ini lah mahligai kami Di awal perkahwinan dulu.. rumah sewa je.. masa Tu nak beli rumah mcm ni pun belum mampu☹️ ingat lagi.. masa lahir kan attar duit simpanan cukup2 je nak byr hospital,beli barangan baby ..Tak ada pun barangan mahal utk attar. Tapi syukur masa Tu Instagram baru nak naik.

Ramai gile peniaga barangan baby yg bagi gift review. Penuh satu bilik?? hari2 tunggu abg posmen dtg hahahha.. Kedengaran selalu org ckp2 ‘Tu la ko nak kawin yg Hensem aje.. cuba pilih yg kaya’ !! .

Punya la cinta dgn @aeril_zafrel saya tak kesah asal kan bahagia! Duit boleh cari xpe..Ecewah mcm dlm drama!

Lama kelamaan tak tahan sbb asyik nak kena mintak duit suami je.. rasa malu yg amat..daripada situ la wawa start bisnes kecik-kecilan.. online bisnes.. & alhamdulillah hari ini.. kami dah capai impian kami beli rumah, beli kereta idaman hasil meniaga.. syukur ya Rabb,” tulis Wawa di dalam instagramnya baru-baru ini.

Untuk rekod, Aeril sebelum ini menghadiahkan sebuah rumah yang cukup cantik dengan dekorasi yang indah hasil sentuhan Lantera Timur membuatkan Wawa Zainal terpegun dan berterima kasih kepada suami kesayangannya itu.

 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2012 dan memiliki dua cahaya mata. Mereka menantikan cahaya mata ketiga apabila wawa kini sedang hamil enam bulan.

Sumber: IG w4w4_zainalaeril_zafrel

 

IKLAN