Bukan semua pasangan suami isteri hidup dalam penuh kemewahan. Ada yang terpaksa meniti perjalanan yang sukar sebelum mengecapi kejayaan.
Namun benarlah kata orang, kehidupan lepas berkahwin sangat seronok dan percayalah pasti akan ada rezeki lepas berkahwin.
Rezeki tu ada dalam perkahwinan, rezeki tu ada dalam anak-anak. Kerana itu sudah dijanjikanNya. Demikian juga dengan pasangan sama cantik sama padan ini. Awla perkahwinan lalu, mereka mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran.
Namun cinta dan kasih sayang menguatkan mereka untuk terus berusaha. Kini Wawa Zainal dan Aeril Zafril sudah mula mengutip kebahagiaan dan kesenangan yang disemai selama ini.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, wawa Zainal memuat naik sekeping gambar kediaman lamanya. Sambil berkongsi kesusahan yang dialami mereka suatu ketika dahulu.
Ini lah mahligai kami Di awal perkahwinan dulu.. rumah sewa je.. masa Tu nak beli rumah mcm ni pun belum mampu☹️ ingat lagi.. masa lahir kan attar duit simpanan cukup2 je nak byr hospital,beli barangan baby ..Tak ada pun barangan mahal utk attar. Tapi syukur masa Tu Instagram baru nak naik.
Ads
Ramai gile peniaga barangan baby yg bagi gift review. Penuh satu bilik?? hari2 tunggu abg posmen dtg hahahha.. Kedengaran selalu org ckp2 ‘Tu la ko nak kawin yg Hensem aje.. cuba pilih yg kaya’ !! .
Punya la cinta dgn @aeril_zafrel saya tak kesah asal kan bahagia! Duit boleh cari xpe..Ecewah mcm dlm drama!
Ads
Lama kelamaan tak tahan sbb asyik nak kena mintak duit suami je.. rasa malu yg amat..daripada situ la wawa start bisnes kecik-kecilan.. online bisnes.. & alhamdulillah hari ini.. kami dah capai impian kami beli rumah, beli kereta idaman hasil meniaga.. syukur ya Rabb,” tulis Wawa di dalam instagramnya baru-baru ini.
Untuk rekod, Aeril sebelum ini menghadiahkan sebuah rumah yang cukup cantik dengan dekorasi yang indah hasil sentuhan Lantera Timur membuatkan Wawa Zainal terpegun dan berterima kasih kepada suami kesayangannya itu.
Ads
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2012 dan memiliki dua cahaya mata. Mereka menantikan cahaya mata ketiga apabila wawa kini sedang hamil enam bulan.
Anak yang dilahirkan itu anugerah dan kurniaan daripada Allah S.W.T. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya. Semuanya bergantung pada didikan dan ajaran ibu bapa untuk anak menjadi seorang yang cemerlang. Kebiasaannya anak lelaki lebih dinantikan oleh para ibu bapa daripada anak perempuan.
Ikuti perkongsian ini mengenai anak lelaki. Memang inspirasi catatan puan Khadijah Tahirah.
SIAPA ADA ANAK LELAKI KENA BACA SAMPAI HABIS
Anak lelaki banyak energy. Anak lelaki suka berlari. Anak lelaki suka bergusti. Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berquality. Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory. Semua ni ada scientific study.
Anak lelaki perlu terapi alami. Ada penyembuhan pada alam semulajadi. Biar main parit. Panjat pokok sana sini. Ini untuk tabung emosi. Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki. Badan dapat create sistem immunity. Dapat neutralize cas negative. Kita nak restore humanity.
Jangan asyik pegang controller Dan main psp. Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri. Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.
Beri anak lelaki haiwan peliharaan. Tak kisahlah walaupun ikan guppy. Supaya belajar rasa empathy. Moga besar jadi suami mithali. Tak da la ego meninggi. (Kannnn)
Anak lelaki perlu ayah disisi. Untuk jadi idola diri. Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni. Kalau buat Allah sukai. Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi. Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati. Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi. Cakap sekali belum tentu bergerak. Kenalah ingatkan beberapa kali. Bukan semberono ya. Ada cara dan seni. Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi. . Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri, Ini amanah Illahi Tugas kita bukan menghakimi Tapi mendidik Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi. . Ini soalan yang last sekali Dah peluk anak lelaki hari inj? Sekejap saja mereka membesar Peluklah selagi berdenyut nadi.
Kredit to: Khadijah Tahirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu-ibu yang suka berkebun ni, pasti pelbagai jenis tanaman yang ada di rumah kan. Memang jimat dan puas hati kan apabila dapat measa hasil tangan sendiri.
Teringin tak nak tanam bawang merah, memmandangkan harganya semakin mahal, apa kata kita cuba. Caranya pun mudah dan cepat. Dua bulan ditanam dah boleh dituai. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian dari Nur Zaliana.
Petang ni cabut bawang merah Saya share Cara Tanam Bawang Merah,ada pada gambar bawah sekali.
Cara Tanam Bawang Merah
1.Pilih bawang yang bersaiz kecil,yang sedikit tumbuh kemudian pangkas sedikit ujung bawang tu,benam kat tanah jangan kambus ye biarkan je,dalam masa 1minggu tunas baru akan naik time ni boleh la letak baja 888 kemudian kambus tanah manja-manja.
2.-Kalau tanam atas batas pastikan tanah tu porus,gembur,tidak bertakung air,gaul dengan kompos,dolomite nak campur pasir pun boleh lagi bagus buat batas Size ikut kehendak masing-masing,macam saya letak silversine supaya rumput tak naik,banyak kelebihan letak plastik silversine ni boleh google,kalau tak nak letak pun boleh ikut kreativiti sendiri
-Tanam dalam polybag juga boleh ikut ni ya.Tanah boleh dicampurkn 1bagian tanah hitam,1bagian sekam bakar,1bagian tnh organik,pasir asalkn tanah porus dan tidak menyimpan air dan lembab.
3.Pokok bawang memerlukan cahaya matahari maksimum untuk menghasilkan bawag.jangan tanam tempat yg bernaung,siram perlu dilakukkn 2kali sehari pastikan tiada air bertakung.
4.Pembajaan bawang dilakukan setiap 2minggu sekali saya guna baja 888 sahaja,masa ini bawang harus timbus sepenuh nya.Apabila mencapai usia 30-40hari bawang akan mulai berbunga so kena potong ye bunga tu karena bunga akan menyerap nutrient lebih banyak maka pembesaran bwg boleh jadi terbantut.Kalau tanam musim hujan Kena lebih waspada sebab daun bawang ni mudah diserang spora/kulat boleh guna racun kulat apapun yang berbahan aktif mancozeb,jika ada ulat penyek kan saja tak payah guna racun serangga sebab kita tanam suka-suka bukan skala besar kalau secara besaran sila pergi dikedai input pertanian heee..
5.Biasanya bawang akan terhasil selepas 62-65HST dari hari pertama penanaman,Apabila bawang sudah timbul jangan kambus itu pertanda bawang sudah sedia dituai ye sahabat semua.
Pasti ada yang tanya? “boleh ke pokok bawang ni kita petik daun nya” jawaban nya boleh pastikan ambil bahagian yang tepi sahaja jika untuk mendapat kan hasil bawang yang berisi dan besar,jangan sesekali pangkas pucuk bawang ye,tapi kalau nak potong jugak jangan tanya saya lagi kenapa pokok bawang kurus dan tak berisi bawang hehe.
Cinta mempunyai bahasa yang tersendiri. Ada pasangan yang berjaya menguasai Bahasa Cinta ini, tetapi ada juga yang sehingga ke hujung usia masih gagal bercakap Bahasa Cinta.
Kebahagiaan pasangan tidak boleh dinilai dengan masa. Ada yang sudah berkahwin selama 30 tahun, tetapi mereka tidak bahagia. Mereka hanya ada perkongsian kehidupan. Berkongsi rumah, berkongsi tempat tidur, berkongsi zuriat. Tetapi tidak boleh berbahasa Cinta.
Kita sering memandang orang yang baru kahwin, yang sedang romantik dan berbahagia sebagai mentah dan berbisik di dalam hati kecil yang banyak lagi ujian yang mereka bakal tempuhi. Kebahagiaan mereka itu belum tentu berkekalan terus terngiang-ngiang di dalam hati.
Sebenarnya ini adalah tanggapan yang salah. Kita takkan tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Masa bukan penentu segalanya tetapi komunikasi, bahasa, faham memahami dan tolak ansur menjadi kunci utama.
Mari kita bongkar 5 Bahasa Cinta yang saya olah dari buku The Five Love Languages oleh Gary Chapman.
5 Bahasa ini jika anda dapat kuasai semuanya, kebahagiaan itu akan menjadi milik anda berdua. Tetapi jika anda berjaya kuasai bahasa yang sama dengan pasangan anda, walaupun 1 sahaja pun sudah mencukupi.
Apakah 5 Bahasa Cinta? Bagaimanakah untuk menggunakannya dan apa yang perlu dielakkan?
1. Kata Pengesahan
Anda suka dihargai secara lisan. Anda suka dipuji, diberi galakan, kata-kata semangat, dorongan, penghargaan dan ayat-ayat manis menjadi makanan utama yang membahagiakan anda.
Jika pasangan anda berbahasa begini, bercakaplah selalu. Pujilah dia bila dia buat sesuatu, mengoratlah dia supaya dia layu, gunakan ayat-ayat cinta untuk buat dia tersenyum dan beri semangat apabila dia perlukan.
Jangan sesekali bercakap kasar, mengherdik, mengutuk dan menjerit dengan pasangan yang berbahasa begini. Dia akan menyedut 200% dari apa perkara buruk yang kita ungkapkan.
2. Masa berkualiti
Masa, masa dan masa. Anda tidak perlukan sangat benda lain, hanya masa bersama pasangan sudah cukup. Anda suka berbuat sesuatu dengan pasangan. Anda ingin berkongsi masa dengannya. Anda tidak kisah buat apa pun asalkan bersama pasangan. Tak perlu keluar kos mahal-mahal pun tidak mengapa. Berjalan berdua di di pasar pagi pun dah jadi saat yang bahagia.
Jika pasangan anda berbahasa begini, sila ambil berat tentang masa anda. Pastikan rancang betul-betul supaya tiada masa terluang yang sepatutnya boleh dihabiskan dengan pasangan. Anda beri masa, anda akan bahagia. Semudah itu.
Jangan memandang rendah keperluan masa orang yang berbahasa begini. Masa bersama yang tidak cukup boleh membuatkan pasangan anda sunyi dan kadang-kala membawa kepada tekanan dan kemurungan.
3. Menerima Hadiah
Anda gembira menerima sesuatu dari orang yang anda sayangi. Tak perlu yang mahal-mahal pun. Asalkan ianya pemberian dari yang tersayang, anda akan sangat gembira dan menghargainya. Ia melambangkan betapa pasangan anda menghargai anda dengan memberi hadiah.
Jika pasangan anda berbahasa begini, amalkan memberi dan sentiasa memikirkan dia. Singgah kedai runcit? Fikirkan apa yang ingin diberi kepada dia. Keropok ke, air ke, coklat ke. Tiada masalah. Asalkan anda membeli sesuatu untuk dia. Lebih baik apabila anda tahu apa yang dia suka terima, jika dia suka bunga, belikan. Jika mampu, belikan yang mahal juga.
Jangan sesekali beri sesuatu pada orang lain tanpa ada bahagian dia. Itu akan nampak seperti meminggirkan dia. Belilah apa-apa pun sebagai penyejuk hati. Macam saya cakap tadi, tak perlu yang mahal pun.
4. Khidmat
Anda suka apabila pasangan buat sesuatu untuk anda atau bantu anda buat sesuatu. Contohnya anda suka diurut, anda suka pasangan masak untuk anda, anda suka pasangan bersihkan rumah dan lain-lain. Anda rasa dihargai apabila pasangan bantu atau buat sesuatu untuk anda.
Jika pasangan berbahasa sebegini, bantulah dia di dalam kerja-kerja rumah. Masaklah sesuatu untuknya atau masaklah makanan kegemarannya. Bantu isteri basuh pinggan, basuh baju, jagakan anak dan lain-lain. Yang si isteri pun boleh bantu suami dengan mengekalkan rumah dalam keadaan kemas atau selalu sediakan pakaian yang sudah bergosok. Jika anda buat sesuatu untuk si dia tanpa disuruh, itu lagi melambangkan betapa anda mencintai dia.
Jangan biarkan pasangan terkontang-kanting membuat kerja keseorangan. Jangan pula tidak ambil peduli mengenai keperluan pasangan seperti pakaian dan makanan.
5. Sentuhan fizikal
Anda suka disentuh. Anda suka dimanja, dicium, dipegang, diangkat, dipeluk, digigit dan lain-lain lagi. Satu geseran tangan memberi impak 10 kali ganda dari seribu ayat-ayat cinta.
Jika pasangan berbahasa begini, terkamlah dia. Manjakan dia. Sentuhlah dia selalu, belailah dia. Amalkan pelukan manja, ciuman mesra. Selalunya pasangan begini mempunyai tahap ghairah dan cinta yang tinggi. Gunakan penghargaan ini sepenuhnya dan anda juga akan dapat manfaatnya.
Jangan abaikan pasangan berbahasa begini. Jangan biarkan dia bersendirian tanpa sentuhan terlalu lama. Dia akan merajuk dan kecewa. Perlu ambil tahu adakah anda sudah mencium dia hari ini? Jika belum, ciumlah. Amalkan juga pelukan-pelukan sebelum ke tempat kerja dan apabila pulang dari kerja. Anda ada tugas penting untuk memuaskan keinginan dia, tunaikan tanggungjawab anda sepenuhnya.
Itulah dia 5 Bahasa Cinta. Lubuk rahsia kebahagiaan rumah tangga? Sangat betul. Bayangkan jika anda berjaya menguasai kesemuanya. Anda pasti akan diangkat setinggi-tingginya oleh pasangan anda. Dan sudah pasti anda dan pasangan akan benar-benar melayari bahtera cinta tidak kiralah berapa lama masanya.
Semoga ini semua memberi manfaat. Semoga lebih banyak pasangan menguasai 5 Bahasa Cinta ini.
Kongsikan ilmu ini kepada semua. Lebih banyak anda kongsi, lebih banyak keluarga yang akan bahagia.
Nombor berapa Bahasa Cinta anda? Tag pasangan anda dan beritahu mereka bahasa anda supaya mereka boleh menggembirakan anda.
Sumber: FB Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes bayi yang dibekukan serta tular kerana tidak dikebumikan awal jenazahnya mendapat perhatian ramai. Tak kurang juga yang mula tertanya-tanya apakah jenis tidak cukup sifat yang dialami anak kecil itu.