Masak Ikan Salmon Buat Grilled Lemon Souce Atau Creamy Butter Tuscan, Dua-dua Sedap!

Share

Meskipun ikan salmon bukanlah ikan yang menjadi pilihan  mak-mak untuk sediakan menu harian untuk keluarga. Namun begitu, ikan salmon ini akan menjadi antara pilihan popular apabila ingin menyediakan menu  barat untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Herawati Basri yang turut berkongsi menu  istimewa ini kepada tukang yang sedang menyiapkan kabinet dapur kediamannya sebagai satu cara penghargaan buat mereka.

SALMON GRILLED LEMON SAUCE

Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon, kemudian grilled salmon dengan sedikit butter. Ketepikan dan dengan minyak yang sama gunakan untuk buat sos.

Bahan-bahan sos

Butter

Bawang putih cincang

Cooking cream/fresh milk

Sedikit air perahan lemon

1 sudu besar tepung jagung

Bahan perasa

Parsley cincang

 

 

Cara-cara:

1.Cairkan butter kemudian tumis bawang putih hingga perang.

2.Kemudian masukkan cooking cream atau fresh milk,kacau rata.

3.Masukkan tepung jagung, matikan api. Kemudian masuk dalam blender, blend bersama perahan air lemon.

4.Kemudian masukkan dalam kuali, masak gunakan api kecil.

  1. Tambahkan bahan perasa, garam dan juga gula. Bila kuah sudah agak pekat boleh matikan api.

6.Masukkan parsley cincang dan siap! Tuang di atas salmon untuk dinikmati.

Manakala yang ingin mencuba rasa salmon yang dimasak dengan rasa lemak berkeju dan berkuah, anda juga boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Zalina Zainal

ini.

Creamy Butter Tuscan Salmon

Bahan- Bahan :

Kepingan ikan salmon

½ biji lemon

Serbuk lada hitam

Minyak zaitun untuk panggang ikan salmon

3 sudu mentega

6 ulas bawang putih diracik

1 ulas bawang merah diracik

1 kotak cooking cream

4 sudu keju parmesan

20 keping daun bayam

8 biji tomato cherry

Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara :

1.Tabur lada hitam dan perah lemon di atas kepingan salmon. Perap dalam 2-3 minit.

2.Panaskan pan dengan minyak zaitun untuk panggang ikan salmon. Setelah masak, ketepikan.

3.Panaskan pan dengan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah yang diracik.

 

 

4.Kemudian, masukkan cooking cream diikuti dengan parmesan. Kalau nak kuah lebih, tambah air tapi jangan terlalu banyak.

5.Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.

6.Bila sudah mendidih, masukkan bayam, tomato dan ikan salmon yang telah siap grill tadi. Boleh hias dengan tabur daun rosemary atau parsley.

7.Siap dan boleh dimakan bersama nasi putih .

 

 

ARTIKEL MENARIK :

 

 

IKLAN