Bila seorang ibu itu menyediakan hidangan nasi ayam tentunya boleh membuatkan seisi keluarga berasa menu yang dimasak begitu istimewa. Maklumlah, bukan pada hari-hari biasa seorang ibu yang berkerja dapat menyediakan menu sepertinya ini.
Memandangkan hidangan nasi ayam perlu disediakan lengkap selain nasi, perlu dimasak bersama ayam, sambal kicap, kuah sup, sayur-sayuran dan seumpamanya agar sempurna set menu yang dihidang.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Noor Hafiza Mohamad mengatakan dia hanya memerlukan 1 jam 30 minit untuk menyediakan menu untuk tetamu yang bertandang ke rumahnya baru-baru ini.
Jadi jom ketahui bagaimana Noor Hafiza lakukannya. Dan andai ditanya kepada anda, berapa lama pula biasanya diperuntukkan untuk menyediakan menu nan satu ini?
Jom semak resipi yang dikongsikan olehnya.
Masak nasi ayam ringkas untuk tetamu datang beraya.
Ads
Cara sis masak nasi ayam 1 jam 30 minit je
Sup / stok ayam
– Rebus ayam bersama hirisan halia, 3 ulas bawang putih diketuk, 2 batang akar ketumbar, 3 ketul kiub ayam. Ayam dipotong 4. Kalau suka potong kecil pon tak apa. Boleh tambah sedikit garam.
Masak nasi
Ads
– Saya guna basmathi. Rendam sekejap sementara sediakan sup. Masak nasi guna air rebusan tadi. Masukkan sedikit kunyit supaya cantik warna nasi dan sedikit marjerin.
Ayam bakar
– ayam yang direbus tadi ditoskan. Perap 30 minit dengan kicap manis, sos tiram, minyak bijan dan sedikit madu. Bakar sekejap dalam pemanggang ajaib supaya warnanya cantik berkilat
Sup – tabur daun sup dan bawang goreng dalam stok ayam / sup
Ads
Sos
– Kisar cili besar dengan stok ayam, masukkan sos cili Thai, tambah gula dan garam jika perlu dan masak sekejap.
Kicap – Bancuh kicap manis dengan stok ayam. Panaskan sekejap
Hiasan lain – potongan salad, tomato dan timun
Saya amik masa 1 jam lebih je untuk sediakan semua ni. Sediakan bahan seperti susun resepi ni kalau nak cepat. Mula dengan buat stok ayam dulu.
Biasanya jika berdiet, menu salad antara pilihan popular yang digemari ramai. Menambah keenakan rasa salad, menarik juga dicuba Chicken Salad seperti mana yang dikongsikan ini.
Siapa suka makan salad macam ni angkat tangan sikit.
So harini saya nak share sikit resepi chicken salad yang teramat mudah tapi sangat sedap sampai rasa nak makan hari-hari.
Chicken Salad :
1. Ambil isi ayam. Potong kecil-kecil ikut suka hati bentuk apa pun.
2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.
3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut taste masing-masing.
4. Hidang ayam grill tadi atas salad.
5. Tabur cherry tomatoes.
6. Letak telur rebus.
( cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)
7. Last sekali, dressing dengan Kewpie dressing.
Semua bahan seperti dalam gambar. Semua bahan saya beli di Mydin je
Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjamu ‘frontliner’ dengan air tangan baginda bagi menghargai pengorbanan mereka bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19.
Terbaru, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan katil kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata HSB menerima sumbangan 100 katil, manakala HKL menerima 50 katil.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung kasih, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.
“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya
Sementara itu, Tunku Azizah yang turut berkongsi kurniaan itu menerusi akaun Instagram peribadi, airtangan_tunkuazizah.
“Semoga doktor-doktor, nurse-nurse dan semua kakitangan selamat dan selesa,” catat baginda bersama status berkenaan.
Sebelum ini, baginda dan anakanda-anakanda berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat d Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).
ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hosp … utk keselesaan mereka. Tulis Tuanku Permaisuri di laman instagramnya.
Orang yang boros merupakan orang yang suka berbelanjakan wang untuk sesuatu yang tidak diperlukan.
Ramai yang semakin mementingkan wang dan harta benda, atau menjadi lebih materialistik.
Ini merangsang mereka membeli benda-benda seperti gajet canggih yang hangat di pasaran. Demi mengikut fesyen terkini, mereka membazir wang mereka.
Ini 6 petanda anda boros.
1.Pengaruh rakan
Boleh terdorong untuk membeli sesuatu barangan kerana dorongan rakan-rakannya yang juga membelinya.
2. Trending fesyen
Memborong baju yang memiliki corak yang sama namun berbeza warna hanya untuk mengikuti fesyen semasa.
3. Jenama telefon
Mengganti jenama telefon bimbit hanya kerana sudah bosan dengan jenama yang sedang dipakai dan inginkan telefon yang trending dipasaran.
4. Bil elektrik tinggi
Membiarkan alat-alat elektronik di rumah, seperti lampu, hawa dingin, atau televisyen, menyala namun tidak digunakan sehingga bil elektrik melambung tinggi.
5. Memiliki kad kredit lebih dari satu
Mengunakan kad kredit untuk membeli barang bukan keperluan dan culas untuk membayar setiap bulan.
6. Shopping online
Kerap ‘aware’ dengan jualan murah di atas talian. Biarpun tidak mampu lagi membeli, barangan yang diidamkan tetap dimasukkan dalam ruangan ‘troli’. Membeli kerana pengaruh iklan.
Apa yang pasti, sikap ini membawa banyak kesan negatif yang menyebabkan tidak mempunyai aset atau simpanan untuk masa tua, kecemasan atau untuk pekara lain dalam kehidupan mereka.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520