Masak Nasi Goreng Tomyam Simple Pun Jadi Sedap Sebab Air Tangan Isteri. Memang Power!

Share

Wanita yang handal memasak ini sememangnya idaman para jejaka di luar sana. Sebab itulah bila sudah berada dalam fasa perkahwinan itu, air tangan isteri juga menjadi kegemaran.

Tak kurang juga dengan @ashdanwife yang berkongsi resipi nasi goreng tomyam paling simple daripada air tangan isterinya. Tak menyesal jika anda cuba sebab pasti tak perasan pinggan dah licin.

Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

  1. Sotong
  2. Udang
  3. Nasi semalam
  4. Telur
  5. 1 biji bawang besar
  6. 4 ulas bawang putih
  7. Serai 2 batang
  8. 5 biji cili padi
  9. 2 sudu cili kisar
  10. 1 sudu pes tomyam
  11. 1 sudu sos tiram
  12. 1 sudu sos ikan
  13. Sos cili
  14. Lobak merah
  15. Kubis bunga
  16. Daun limau purut

Cara Penyediaan:

– Siang udang dan sotong, potong kecil dan basuh sehingga bersih.

– Hiris semua bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan serai).

– Tumbuk kasar cili padi.

– Tumiskan semua bahan tadi dan masukkan cili kisar.

– Masukkan pes tomyam, sos tiram dan sos ikan.

– Masukkan udang dan sotong tadi dan tambahkan sedikit sos cili.

– Masukkan sayur lobak merah dan kubis bunga yang telah dipotong kecil dan tambahkan hirisan daun limau purut.

– Masukkan nasi semalam, gaul sehingga masak.

– Boleh tambahkan telur yang digoreng dengan air untuk dimakan bersama nasi goreng tadi.

Sumber: @ashdanwife

IKLAN