Sering kita mendengar jika hendak berdiet, kurangkan pengambilan nasi malah ada yang sanggup langsung tidak makan nasi disebabkan takut gemuk memandangkan nasi mempunyai kanji dan pengambilan kanji yang tinggi dikatakan akan memberi kesan pada pertambahan berat badan seseorang.
Berkongsi info tentang mengurangkan kanji dalam nasi, wanita ini ada caranya yang tersendiri. Nak tahu bagaimana, jom semak.
CARA MASAK NASI SIHAT(BUANG KANJI)
Harini tiba2 rajin nak masak nasi buang air kanji. Kalau beras siam actly bagus buat macam ni sebab kandungan kanji dia tinggi. Nak diet bagusla dak? Ni Aida pakai beras bashmati.
Ads
Cara:
1. Cuci beras bersih-bersih dan rendam beras sekejap. Lepas tu toskan.
2. Didihkan air dlm periuk biasa atas api dapur
3. Dah mendidih air masukkan beras ke dalam periuk. Masak sampai beras kembang.
Ads
4. Dah kembang berasnya toskan. Lalukan dengan air pipe.
5. Aida kukus balik. Kukus kosong sekejap je dan siaaapppp.
Ads
Masak mcm ni xde masalah tatau sukat air. Lembik sangat ke mentah ke. Nak masak nasi goreng pun cantik kejadiannya selain bagus utk diet.
Petua orang lama memang banyak dan telah ramai diamalkan memang terbukti ada yang serasi dan berkesan dalam penjagaan kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan. Salah satunya seperti yang dikongsikan oleh Nureeman Ramli di akaun facebooknya berkongsi petua yang telah diamalkan oleh sahabatnya yang berbangsa Cina.
Menurutnya, dengan amalkan petua tersebut sahabatnya itu mempunyai bentuk badan yang menarik dan cantik. “Body memang cantik. Luar dalam cantik. Tak yah susah-susah beli jamu/detox atau herba apa-apa yang kita tak tahu entah bahan dari mana.”
Jadi apa kata anda mencuba petua yang dikongsikan olehnya untuk penjagaan kecantikan dan kesihatan daripada gabungan 3 ramuan. Selamat mencuba.
LEMON + HALIA + BAWANG PUTIH
bahan – bahan
3 biji lemon dihiris nipis ( jangan buang kulit sebab kulit banyak khasiat )
3 labu bawang putih ( dibuang kulit )
2 inci halia ( sebesar ibu jari kaki )
Ekstra tip :
*lemon tu beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport ( dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
*mommy bf boleh minum, yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. memang betul-betul banyak khasiat.
Cara penyediaan :
1. potong halus 3 bahan :-
– 3 biji lemon ( jsngan buang kulit ) potong
– 3 labu bawang putih bukan 3 ulas yer (buang kulit) potong
– 2-3 inci halia ( buang kulit ) potong
2. campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam ( slow cooker )
4. Sejukkan dan blend ( akan jadi pekat macam pati )
5. Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis
6. Lepastu dah boleh minum
Cara minum :
– setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast ( perut kosong ) dan malam sebelum tidur
– selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
Kelebihan/khasiat :
Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat
Khasiat lemon especially diamalkan setiap pagi
1) Minum air lemon sblm makan/minum apa2 pada waktu pagi dpt fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah drpd masalah spt perut kembung, angin, dan heartburn.
2) Lemon ni bersifat antiseptik dan mmg terer dlm “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!
3) Lemon merupakan sumber vitamin C yg utama. Kalo kita minum pagi2 lagi, kita dh xyah risau utk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan magnesium.
4) Ramai yang ingt lemon ni ada acidic effect dlm badan kita. Tp sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalo kita amalkannya sebelum makan apa-apa, lemon sebenarnya dapt mengalkalikan badan kita, iaitu pH dlm badan kita dapat diseimbangkan.
5) Of course, kalo sebut tentang vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lagi cantik, bukan saja sbb vitamic C dia, tapi kebaikan lemon yang ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.
Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda menggunakan ujian kehamilan di rumah? Ini panduan untuk bakal ibu bagi memeriksa kehamilan anda.
Sebelum itu jom ikuti dahulu mengapa ujian ini perlu dan bagaimana cara melakukannya.
Apa itu ujian kehamilan?
Ujian kehamilan boleh menentukan sama ada anda mengandung menggunakan sampel urin (air kencing) atau darah untuk hormon tertentu. Hormon ini dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).
Bila hormon hCG dapat dikesan?
Tahap hCG yang tinggi adalah tanda kehamilan. Biasanya hCG akan meningkat dengan cepat dalam tempoh 10 minggu pertama selepas telur disenyawakan menempel pada dinding rahim.
Jadi bila boleh buat urine pregnancy test?
Ujian air kencing untuk kehamilan paling tepat untuk dilakukan selepas satu atau dua minggu anda tidak mengalami kedatangan haid.
Jika dilakukan terlalu awal, keputusan yang diperolehi mungkin negatif walaupun diri anda sebenarnya hamil. Ini kerana badan mungkin belum menghasilkan hCG yang mencukupi untuk dapat dikesan kit kehamilan.
Malah ujian air kencing hormon hCG ini boleh dilakukan sama ada di klinik atau dengan menggunakan kit ujian di rumah.
Panduan untuk ibu hamil melakukan ujian kehamilan ini di rumah.
1. Masa sesuai lakukan ujian kehamilan
Pregnancy test yang baik biasanya boleh mengesan kehamilan dalam masa tujuh hari selepas terlepas haid.
Pada masa itu badan berkemungkinan telah menghasilkan hCG mencukupi untuk dapat dikesan melalui ujian air kencing. Jika terdapat hCG dalam badan, ia akan terkumpul dalam air kencing semalaman dan memuncak pada waktu pagi. Melakukan ujian selepas bangun pagi membantu untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
3. Semak tarikh
Pastikan menyemak tarikh luput kit kehamilan atau anda mungkin akan mendapat hasil kurang tepat.
4. Baca arahan ujian kehamilan
Tidak semua kit kehamilan sama. Jadi walaupun anda mungkin pernah melakukannya sebelum ini, anda tetap perlu membaca arahan sepenuhnya untuk memastikan ia dilakukan dengan betul.
5. Gunakan cawan
Bagi mendapatkan keputusan lebih tepat, ikuti langkah berikut:
Kumpulkan air kencing di dalam cawan plastik kemudian, rendam kit kehamilan di dalamnya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
6. Ujian susulan
Tidak kira apa keputusan yang diperolehi – positif atau negatif – anda boleh mendapatkan lebih kepastian dengan melakukan ujian perubatan. Ia akan dilakukan oleh doktor atau kakitangan perubatan.
Perkara perlu dielakkan
Berikut pula beberapa perkara yang harus dihindari semasa melakukan ujian air kencing untuk kehamilan di rumah:
1. Minum air terlalu banyak
Anda mungkin akan mendapat hasil negatif palsu jika minum terlalu banyak air sebelum mengambil ujian. Ini kerana tindakan tersebut boleh mencairkan air kencing dan mengakibatkan hCG yang mencukupi sukar dikesan.
2. Tempoh lama melakukan ujian
Terdapat had masa untuk membaca hasil keputusan. Jika anda membacanya di luar tempoh masa yang digariskan seperti dalam arahan, keputusan yang diperolehi menjadi tidak tepat.
Kebanyakan ujian bukan digital menunjukkan garis sebagai tanda kehadiran hCG dalam air kencing. Satu baris sebagai garis kawalan dan baris kedua petanda kehamilan.
Jika ujian negatif, terdapat kemungkinan anda masih melihat garis penyejatan samar dan tidak berwarna yang muncul semasa air kencing mengering.
Bagi mereka yang tidak biasa dengan garis penyejatan, akan menganggapnya sebagai keputusan positif apabila melihat garisan ini. Jadi elak membiarkan ujian terlalu lama sebelum dibaca. Jika tidak anda mungkin membaca garis penyejatan dan menganggap diri hamil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Dah macam-macam jenis ubat saya makan, ke klinik sana sini dan tukar ubat tetapi batuk masih juga tak reda. Mungkin ubat tak serasi. Setiap hari bangun pagi kahak menebal di kerongkong. Susah hati dibuatnya…”
Luahan dan rungutan rakan-rakan kita mengenai masalah batuk selalu kita dengar. Nak membantu pun tak tahu caranya bila setiap kali dia alami batuk teruk.
Batuk berpanjangan buat kita rasa tertekan dan mengganggu kerja-kerja kita. Walaupun setelah berjumpa doktor dan makan ubat-ubatan yang disarankan mengikut jadual dan waktu yang ditetap namun batuk masih tidak reda. Mungkin hilang sekejap tetapi kembali berlarutan.
Sebenarnya tak salah jika kita ingin mencuba pula petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Perkongsian Petua Ibu di facebook ini boleh juga kita cuba. Mana tahu salah satu petuanya serasi dan mujarab dengan tubuh kita. Jom kita cuba!
1. Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buangkan kulitnya. Kemudian bakar di atas api hingga beberapa minit dan makan perlahan-lahan begitu sahaja. Pastikan bawang dibakar terlebih dahulu supaya tidak terasa ditekak. Cuba mana tahu serasi dengan batuk anda.
2. Belimbing
Belimbing juga dikatakan membantu meredakan masalah batuk. Ambil beberapa biji belimbing, perah dan minum jusnya. Jangan tambahkan gula, hanya minum jus asli sahaja. Amalkan.
3. Kicap & Limau Nipis
Ambil satu sudu kicap dan perahkan sebiji limau nipis ke dalamnya. Kacau rata dan terus sahaja diminum. Boleh juga ditambahkan sedikit garam seperti yang disyorkan. Amalkan sehingga batuk beransur pulih.
4. Halia
Hiris halia dan masukkan ke dalam air panas yang berisi lemon. Campurkan sedikit madu dan amalkan minum pada pagi dan petang.
5. Lada Hitam
Ambil satu sudu lada hitam dan masukkan ke dalam segelas air panas. Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Tutup dan biarkan direndam selama 10 minit. Amalkan minum air ini.
6. Air Asam
Masukkan sedikit asam jawa ke dalam air suam. Kacau hingga sebati dan biarkan direndam seketika. Amalkan minum air ini setiap 2 hingga 3 jam setiap hari.
Batuk?
Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Batuk berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan.
Masalah batuk juga terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus).
Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.
Perlu berjumpa doktor untuk memulihkan batuk berpanjangan. Dalam masa yang sama anda boleh juga usahakan dengan beberapa petua ini untuk membantu meredakan. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di