“Dah macam-macam jenis ubat saya makan, ke klinik sana sini dan tukar ubat tetapi batuk masih juga tak reda. Mungkin ubat tak serasi. Setiap hari bangun pagi kahak menebal di kerongkong. Susah hati dibuatnya…”


Luahan dan rungutan rakan-rakan kita mengenai masalah batuk selalu kita dengar. Nak membantu pun tak tahu caranya bila setiap kali dia alami batuk teruk.

Batuk berpanjangan buat kita rasa tertekan dan mengganggu kerja-kerja kita. Walaupun setelah berjumpa doktor dan makan ubat-ubatan yang disarankan mengikut jadual dan waktu yang ditetap namun batuk masih tidak reda. Mungkin hilang sekejap tetapi kembali berlarutan.

Usaha Pulihkan Batuk Berpanjangan Dengan 6 Langkah Ini, Jom Cuba!

Sebenarnya tak salah jika kita ingin mencuba pula petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Perkongsian Petua Ibu di facebook ini boleh juga kita cuba. Mana tahu salah satu petuanya serasi dan mujarab dengan tubuh kita. Jom kita cuba!

Usaha Pulihkan Batuk Berpanjangan Dengan 6 Langkah Ini, Jom Cuba!

IKLAN

1. Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buangkan kulitnya. Kemudian bakar di atas api hingga beberapa minit dan makan perlahan-lahan begitu sahaja. Pastikan bawang dibakar terlebih dahulu supaya tidak terasa ditekak. Cuba mana tahu serasi dengan batuk anda.

Usaha Pulihkan Batuk Berpanjangan Dengan 6 Langkah Ini, Jom Cuba!

2. Belimbing
Belimbing juga dikatakan membantu meredakan masalah batuk. Ambil beberapa biji belimbing, perah dan minum jusnya. Jangan tambahkan gula, hanya minum jus asli sahaja. Amalkan.

3. Kicap & Limau Nipis
Ambil satu sudu kicap dan perahkan sebiji limau nipis ke dalamnya. Kacau rata dan terus sahaja diminum. Boleh juga ditambahkan sedikit garam seperti yang disyorkan. Amalkan sehingga batuk beransur pulih.

IKLAN

4. Halia
Hiris halia dan masukkan ke dalam air panas yang berisi lemon. Campurkan sedikit madu dan amalkan minum pada pagi dan petang.

Usaha Pulihkan Batuk Berpanjangan Dengan 6 Langkah Ini, Jom Cuba!

5. Lada Hitam
Ambil satu sudu lada hitam dan masukkan ke dalam segelas air panas. Campurkan dua sudu makan madu dan kacau rata. Tutup dan biarkan direndam selama 10 minit. Amalkan minum air ini.

6. Air Asam
Masukkan sedikit asam jawa ke dalam air suam. Kacau hingga sebati dan biarkan direndam seketika. Amalkan minum air ini setiap 2 hingga 3 jam setiap hari.

IKLAN

Batuk?
Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Batuk berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan.

Masalah batuk juga terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus).

Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.

Perlu berjumpa doktor untuk memulihkan batuk berpanjangan. Dalam masa yang sama anda boleh juga usahakan dengan beberapa petua ini untuk membantu meredakan. Selamat mencuba!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI