Kunci utama kesedapan rasa pulut kuning selain rasanya yang enak berlemak dan lembut dimakan, tidak dinafikan warna pulut itu juga memainkan peranan utama.
Jika terlihat warnanya kuning cantik berseri, secara tidak langsung memberi isyarat untuk kita membayangkan betapa enaknya rasa pulut yang dimasak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi yang disediakan olehnya.
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
Ads
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
Ads
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ads
Ekstra Tip
*** pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
*** pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
*** yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
Mungkin ramai antara kita tidak menyedari mereka sebenarnya berdepan dengan masalah kesihatan seperti kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
Jika tidak dicegah atau dirawat segera, keadaan itu boleh menyebabkan penyakit lebih serius seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.
Merujuk perkongsian oleh Hello Doktor menerusi laman Facebook, terdapat banyak kemungkinan penyebab tanda kolestrol tinggi, dan antaranya ialah sejarah keluarga.
Banyak kemungkinan penyebab wujudnya tanda tanda kolesterol tinggi pada tubuh seperti amalan gaya hidup seseorang. Tapi sejarah keluarga serta masalah perubatan lain juga boleh mempengaruhi tahap kolesterol.
Tanda-tanda kolestrol tinggi boleh terjadi apabila terdapat terlalu banyak kandungan kolesterol dalam darah. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai hiperkolesterolemia.
10 tanda kolestrol tinggi tanpa disedari adalah seperti rajah di bawah;
Berikut antara beberapa tabiat yang cenderung menyebabkan tahap kolesterol tinggi:
– Pengambilan alkohol berlebihan
– Merokok
– Tidak aktif bergerak
– Tidur tidak mencukupi
– Terlalu banyak tekanan
– Diet tinggi lemak tepu atau trans
Membayangkan andai teringin hendak memasak nasi kerabu, terus boleh dipetik-petik ulam dan sayur yang ada di laman rumah, tentu mudah bukan?
Begitu juga bila ada ditanam pokok bunga telang, lagi sempurna masakan kita nanti. Pasti puas hati.
Inilah juga apa yang dilakukan oleh Puan Aida ini. Selain hobinya suka bercucuk tanam, dan di sini turut dikongsikan menu daripada hasil tanamanannya.
Jom semak dan nasi kerabu ini memang nampak cukup menyelerakan.
Projek hari minggu. Jom buat nasi kerabu. Resepi ni resipi masa Aida buka restoren dulu. Pernah masuk TV1 dan Wanita Hari Ini TV3 juga Nasi Kerabu ni.
Kutip-kutip pucuk-pucuk, bunga telang, buat nasi kerabu. Resepi Aida sertakan sekali. Pucuk ulam tu guna serai kayu@samak, tenggek burung, pegaga, kesum, kacang panjang, timun dan taugeh.
Serai tuai banyak-banyak hari ni nak buat jus serai. Serai+lemon atau serai+halia sedap juga kan
Ada yang nak benih? Nanti boleh tengok di album fb personal Aida dalam album benih untuk dikongsi atau tanam sendiri. Boleh follow fb sebab aida update benih untuk dikongsi di fb Nur Aida Md Zainuddin
==================
RESEPI LENGKAP DAN ASLI KELATE:
1. Nasi Kerabu Bunga Telang
2. Solok Lada Kelate
3. Tumis Kaw Nasi Kerabu
4. Budu Nasi Kerabu dan
5. Air Lada (sambal lada) Nasi kerabu
NASI BIRU BUNGA TELANG
Amik bunga telang perahkan bunga telang masak nasi macam biasa letak daun limau purut. Settle
SOLOK LADA
1. Lada dibelah dan buang biji. Kalau tak nak buang biji pun tak apa belah je
2. Ikan mentah. Asingkan tulang dan isi. Nak mudah kelar dulu ikan macam dalam gambar. Ketepikan
3. Kelapa mesin, amik isi putih sahaja. Ketepikan
4. Amik lesung, tumbuk lada hitam, halia, bawang merah dan isi ikan. Tambah garam dan gula.
5. Dalam mangkuk lain masukkan isi ikan dan bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan kelapa sikit demi sikit sebab kita tanak kelapa lebih. Nak rasa ikan.
6. Pecahkan sebiji telur. Masukkan isi ikan dan kelapa ni dalam perut lada.
7. Susun macam dalam gambar, boleh letak kacang panjang atau petola sebagai alas untuk elak hangit
8. Letak santan pekat.
9. Masak dengan api kecil.
TUMIS NASI KERABU
1. Blend cili kering, halia, belacan, serai.
2. Tumiskan bahan blend dalam kuali sampai garing.
3. Masukkan santan, serai yang diketuk, budu 2 sudu, asam keping kacau sampai pecah minyak
4. Perasa gula garam
KELAPA NASI KERABU
1. Goreng kepala suku masak
2. Blend tanpa air bawang, serai dan halia
3. Masukkan bahan blend dalam kelapa suku masak dan masukkan isi ikan rebus yang dah diasing tulang
4. Goreng lagi shingga kelapa agak garing
5. Perasa gula dan garam
AIR LADA NASI KERABU
Blend cili, bawang putih jeruk, cuka garam gula siap.
sumber : Nor Aida MdZainuddin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular baru-baru ini satu kisah yang cukup menyentuh hati. Bila mana sang suami tiada pekerjaan akibat PKP. Dek kerana tekanan perasaan sehingga menyebabkan ketua keluarga ini hilang arah pedoman. Inilah ujian yang terpaksa dilalui puan Natasha Khairul sekeluarga.
Kisah wanita tabah ini tular selepas empunya diri berkongsi luahan di Facebook miliknya baru-baru ini.
Ibu kepada empat orang cahaya mata hasil dari perkahwinannya bersama Khairul berkongsi dugaan sang suami, yang kini menjadi pesakit psikiatri akibat ketiadaan pekerjaan sejak awal PKP lalu.
Menurut Natasha, sebelum disahkan menjadi psikiatri, suaminya tidak tidur selama empat hari dan empat malam Situasi susmi nya membuatkan Natasha tidak senang duduk.
Ceritanya lagi, suaminya pernah menunaikan solat sunat sehingga 7 rakaat tak siap-siap kemudian dengan tiba-tiba saja dia menangis.
Kelakuan pelik suaminya membuat Natasha risau. Lebih membimbangkan, suaminya kelihatan seperti terkena histeria. Malah pernah mengatakan isterinya adalah klon.
Bimbang dengan keadaan sudmi, Natasha memutuskan untuk menghubungi pihak klinik melalui whatsapp. Pada awalnya dia hanya meminta nasihat kepada pihak klinik apakah tindakan yang harus dilakukan.
Namun kelakuan Khairul semakin merisaukan membuatkan Natasha menghubungi ambulans apabila mendapati suaminya mula bertindak untuk mengamuk.
Menurut puan Natasha, pernah suatu ketika, Khairul mendukung anak-anak mereka dan mengatakan “Inilah harta aku” sambil mendukung anak-anaknya. Ramai orang memujuk Khairul ketika itu.
Akhirnya selepas dua kali lari membawa anak satu hospital, Khairul diikat dan diberi ubat penenang. Bermulalah suaminya menjadi seorang pesakit psikiatri yang disahkan oleh pihak hospital selepas rawatan.
Menurut Natasha lagi, setiap hari dia berdoa agar diberikan kekuatan hati dan emosi dalam menempuh cabaran yang baru dilalui dalam hidupnya ini.
Terbaru menerusi facebooknya, Natasha melahirkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai yang menghulurkan bantuan kepada keluarganya.
Assalamualaikum,,
Dengan besar hati saya ucapkan terimakasih pd yg hulurkan tangan bantu sy..
Xterlintas kat fikiran akan ada rmai org ingin membantu..
Alhamdulillah sejak semalam bermacam segi bantuan disalurkan pd saya..
Perwakilan rakyat kampung pon datang membawa perkhabaran akan membantu dari segi perlengkapan PDPR,.
Hanya Allah mampu membalas jasa tuan2 semua..
Kalau ada kerja yg bole sy buat dari rumah sangat saya Alu-alukan agar saye dpt pastikan pelajaran anak2 tak tercicir..
Jika ada kesilapan dtg dari saya,, maafkan sy.. kerana yg baik datang dari Allah taala
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di