Musim PKPB ni, sudah tentu stok roti ada di rumah. Maklumlah duduk di rumah jer kan tentu rasa lapar.
Jika asyik bakar roti, roti celup telur dan roti cicah air kopi, apa kata cuba buat resipi mudah ini yang menggunakan bahan asas roti sebagai bahan utama.
Apa kata cuba buat resipi Roti Bingka. Cara nak buat pun mudah. Ini resipinya.
Potong kotak2 roti tawar dan rendam bersama 2 gelas Santan. Kemudian kocok telur,Gula ,esen vanilla dan 1 gelas Santan tadi dan juga masukkan tepung sedikit2 Masukan adonan kedalam roti yg terendam tadi sampe rata. Oleskan loyang dgn sedikit margerin dan tuangkan adunan .. Bakar Adunan dgn suhu 130 sampai kekuningan….siap tunggu sejuk baru potong.. Slmt mencuba! Kredit : group resepi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ruang terhad tak ada masalah jika ada kerajinan. Di sini admin kongsikan cara penanaman Rock Melon yang dimuat naik Asyiq hassan Baseri menerusi facebooknya.
Saya merupakan peminat rock melon. Jadi saya cuba menanam rock melon di tepi rumah. Permulaanya saya beli buah rock melon jenis Hami, China untuk dimakan. Buah jenis Hami, berbentuk lonjong. Berikut apa yang saya lakukan.
1)Biji rock melon saya keringkan dan dijadikan biji benih.
2) Setelah kering, saya semai didalam cocopeat. 10 hari selepas itu saya pindahkan ke dalam polybeg berisi cocopeat.
3) Saya mula memberi baja AB kepada anak pokok. Kepekatan baja AB dinaikan secara berperingkat setiap minggu.
4) 3 hari/sekali saya sembur racun kulat dan racun serangga
5) Siraman harian dilakukan secara manual sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau tidak biasa menyediakan hidangan paru untuk keluarga mungkin ada yang beranggapan ianya susah dan leceh. Maklumlah, oranng kata silap gaya ketika menggoreng boleh meletop malah lagi sedih kalau dimasak liat pula rasanya.
Namun bila tahu caranya dan tipnya, nyata mudah sahaja untuk menyediakan menu paru yang enak ini. Apatah lagi kalau dimasak sambal berlado, keenakan rasa paru apabila sebati dengan sambal, nyata sedap tak terkata rasanya.
Oleh itu, apa kata cuba sediakan menu dengan follow langkah demi langkah yang dikongsikan ini. Semoga ianya menepati selera anda sekeluarga.
Ramai ke yang suka makan paru sambal berlado ? Orang kampung saya panggil kelempung ..Masakan ni kesukaan suami saya..sekali sekali kita masaklah paru atau kelempung sambal berlado untuk tambat hati orang tersayang gitew ..
Step 1 : Rebus paru atau kelempung hingga lembut..agak-agak dalam 30 – 40 minit macam tu.
step 2 : Dah lembut..tunggu sejuk korang potong dan hiris ikut saiz mana yang korang suka..gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Lepas tu goreng bagi sedikit garing.
Step 3 :Sementara tu..blend cili merah, cili kering, bawang merah, bawang putih. Jangan blend bagi halus sangat ye.. blend bagi kasar.
Step 4 : Ni masa tengah goreng..api jangan kuat sangat ye nanti cepat hangus.
Step 5 : Tumis bahan-bahan yang dikisar..tumis dulu serai yang dititik..guna saje lebihan minyak yang kita goreng paru tadi. Tumis sampai pecah minyak..lama sikit tumis lagi sedap..lepas tu tambah gula dan garam secukup rasa ye.
Step 6 : Bila dah cukup masak bahan-bahan yang kita tumis tadi..masukkan lah paru yang kita dah goreng..Gaulkan bagi sebati…Ok dah siap.
Kesedapan rasa karipap bukan sahaja dipengaruhi oleh enaknya rasa intinya malah menghasilkan kulit karipap yang rangup dengan menggunakan resipi yang betul juga akan menjadikan karipap yang dimakan bertambah sedap dan enak.
Pun begitu untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup seperti yang kita inginkan, agak sukar sedikit melainkan kita telah dapat resipi yang tepat untuk hasilkannya.
Jadi buat yang baru ingin mencuba untuk membuat karipap dan mahukan kulit karipap yang kekal rangup walaupun setelah lama digoreng, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Azzura Ismail ini yang juga merupakan peniaga kuih karipap.
Jadi jom lihat cara dan resipi yang dikongsikan olehnya itu.
“Ikhlas kabo, kalau kulit karipap tekstur dia dok gini. Dok lembut,dok rangup sampai petang.
“Pada sayalah, pada orang lain mungkin berbeza. Saya dok pukul rata neh.Terpulanglah pada selera masing-masing.Tapi ini cara saya, teknik saya dan rezeki saya.
“Harap paham seleng Teganun saya. Alhamdulillah pengalaman lebih 5 tahun mencari rezeki dalam jual karipap homemade.
Resepi Doh Karipap
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
200 gm Planta
½ cawan minyak masak
2 cawan air sejuk ditambah bersama 3 sudu teh garam
1 sudu air kapur
Cara buat doh karipap
1.Panaskan planta dan minyak masak sampai betul-betul panas.
2.Kemudian terus tuangkan dalam gandum tadi.
3.Gaul rata semua.
4.Air kapur tuang satu sudu dalam tepung tadi.
5.Air 2 cawan dan garam kacau sampai hancur garam.
6.Tuang perlahan- lahan dalam gandum tadi sampai boleh uli jadi doh. Jangan tuang semua sampai boleh canai jadi bulat.
7.Siap
Ektra info :
Saya leperkan guna kayu, lepastu masuk mesen karipap gelek takat no 6. ( Makin nipis,makin rangup makin sedap ye?
Hati-hati ye masa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sangat-sangat.. tangan mesti betul-betul kering. Goreng separuh masak dan jangan terus simpan mentah macamni ye..tak cantik nanti.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.