Zaman sekarang siapa je taktahu makanan Korea. Restoran Korea pon dah banyak dekat negara kita. Tinggal nak cuba semua menu je. Cakap pasal makanan Korea, siapa pernah try Hotteok?

Hotteok ni lempeng sebenarnya. Dalam dia ada inti sirap gula yang dicampur dengan kacang-kacang. Hotteok sebenarnya berasal dari China dan mula-mula dibawa masuk ke Korea pada abad ke-19.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

 

Hotteok merupakan snek jalanan yang popular di Korea. Cara makan dia senang je. Biasanya penjual dekat pasar atau tepi jalan dekat sana akan lipat Hotteok tu dan masukkan je dalam cawan kertas. Senang kan? Nak makan sambil jalan-jalan pon tak leceh.

Macam best je kalau bercuti dekat Korea masa musim sejuk sambil makan Hotteok panas-panas. Alah takpe, nak buat sendiri pon boleh. Makan puas-puas buat minum petang dengan susu, wah sedapnya. Simple pon ya. Jom cuba resepi ni dekat bawah!

BAHAN-BAHAN

Bahan Kering:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam 

Bahan Basah:

  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 1 sudu besar minyak masak

Inti:

  • 4-5 sudu besar kacang walnut (boleh gantikan dengan kacang tanah disangai dan dikisar kasar). Boleh tambah kuaci bunga matahari juga. 
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 cawan gula perang 

Cara Memasak

1. Satukan bahan kering (tepung gandum dan garam) gaul rata kemudian ketepikan.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang    Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

2. Sementara itu satukan bahan basah kecuali minyak masak.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

IKLAN

3. Kacau rata dan biarkan 5 minit hingga berbuih. Masukkan minyak masak.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

4. Gaul rata, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

 

5. Doh agak melekit tapi tak perlu tambah tepung. Tutupkan doh dan biarkan selama 1 jam.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

6. Sementara itu boleh satukan bahan inti dan gaul rata. Ketepikan.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

IKLAN

7. Selepas 1 jam, sapu tangan dengan sedikit minyak masak dan tumbuk doh untuk buang udara yang terperangkap di dalam doh.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

8. Uli dan tutup lagi hingga 20 minit. Taburkan sedikit tepung gandum pada silicon mat dan keluarkan doh. Uli doh sebentar dan bahagikan kepada 8 bahagian.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

9. Bulatkan doh dan ratakan. Masukkan inti anggaran 1 – 1 1/2 sudu besar, picit-picitkan hujung doh untuk mencantumkan nya. Panaskan kuali leper dengan api sederhana besar. Masukkan anggaran 2 sudu besar minyak masak dan masak lah doh tadi dengan bahagian yang dicantum tadi menghadap ke kuali. Masak anggaran 30 saat.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum PetangHotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

10. Terbalikkan hotteok dan tekan hingga leper. Makin leper makin sedap. Terbalikkan lagi sekali selepas warna kekuningan hingga coklat. Kecilkan api dan masak anggaran seminit supaya gula nya melarut. 

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

IKLAN

11. Angkat dan boleh dinikmati panas-panas. Jangan berebut.

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

Nota: Boleh masak lebih daripada satu Hotteok jika kuali bersaiz besar tetapi pastikan ada cukup ruang untuk leperkan Hotteok nanti.

MESTI BACA : Resepi Baru Untuk Menu Raya, Jom Cuba Ketupat Sotong Ala Kelantan

Pencuci Mulut Susu Campur Air Soda, Sedap Ke?

Menu Raya Berasaskan Pulut, Wajib Cuba Wajik

Sumber resepi dan gambar: Cookpad Dapur Yusfarisyia

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI