Ha nak dekat raya ni boleh la cuba menu raya baru yang berasaskan pulut. Salah satunya ialah wajik. Ala macam lirik lagu raya Suasana Hari Raya ada sebut “wajik dan dodol” kan. Itulah dia. Orang utara panggil wajik ni pulut kacau. 

Warna dia kebiasaannya coklat. Tapi arwah nenek min dulu selalu buat warna pink. Lagi menarik kan? Nak makan pon berselera. Wajik ni dianggap sebagai kuih tradisional dan makanan orang tua-tua zaman dulu. Sebab tu kot arwah nenek min rajin buat setiap kali nak raya.

Texture wajik yang perfect mestilah lembut dan tak keras. Pulut tu wajib masak betul-betul. Rasa dia pulak manis berlemak, tapi tak terlalu manis. Jadi jom tengok cara buat wajik. Nanti dah jadi nenek boleh lah buatkan untuk cucu-cucu ye dak. 

WAJIB CUBA WAJIK

BAHAN-BAHAN:

  • 500g beras pulut
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan / 200g gula merah
  • 1 cawan / 200g gula melaka
  • 1/2 cawan / 100g gula putih

CARA PENYEDIAAN:

Kukus pulut:

  1. Basuh dahulu beras pulut kemudian rendam dalam anggaran 2 ½ jam.

2. Kemudian, tapis keluar air kemudian masukkan dalam loyang.

3. Masukkan 1 cawan santan, daun pandan dan kukus selama 15-20 minit dengan api besar.

4. Gembur pulut dan sejukkan.

IKLAN

Air gula:

  1. Cairkan gula merah dengan 2 cawan santan atas api perlahan. Tak perlu tunggu hingga mendidih, cukup sampai suam sahaja. 

2. Tapis adunan gula dan santan kemudian masukkan dalam kuali besar.

3. Masukkan sekali garam, gula melaka, daun pandan dan gula putih. Masak dengan api yang perlahan.

4. Kemudian, kacau sampai air gula mula berbuih dan pekat.

5. Keluarkan daun pandan.

IKLAN

6. Masukkan pulut sejuk dan kacau sampai pulut jadi kering dan gula pekat bertali.

7. Tutup api dan tuang kedalam bekas.

8. Biarkan 4-5 jam atau semalaman sebelum makan.

Tips bijak:

  • Beras pulut boleh direndam kurang dari 3 jam atau rendam semalaman minimum 9 jam. *Kalau rendam kurang dari 3 jam tambah 1 cawan santan sebelum kukus. Kalau rendam semalaman boleh terus kukus tanpa santan.
  • Untuk masak air gula, gunakan api yang perlahan untuk elak gula hangus dan santan pecah.
  • Untuk test kepekatan gula, celup sudip dan lorek sudip (yang melekat air gula) dengan sudu. Kalau gula melekat tebat maknanya gula dah cukup pekat.
  • Boleh alas wajik dengan daun pisang untuk lebih wangi.

MESTI BACA : Resepi Baru Untuk Menu Raya, Jom Cuba Ketupat Sotong Ala Kelantan

IKLAN

Resepi Viral ‘Szechuan Glass Noodle’, Menu Baharu Tak Kenal Maka Tak Cinta

Daging Masak Merah Rasa Sebijik Macam Di Restoran Thai. Ni Resepinya Buat Makan Bertambah! 

Sumber resepi dan gambar : resepichenom

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Menu Raya Berasaskan Pulut, Wajib Cuba Wajik

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI