Sesuai dengan keenakan daging masak merah tentunya enak dimakan bersama nasi panas untuk santapan seisi keluarga. Malah tiap kali melayan selera di restoran Thai, menu nan satu ini juga tidak dinafikan menjadi antara pilihan popular yang dipesan.

Istimewanya bila menyentuh tentang menu Daging Masak Merah ini untuk memiliki yang enak standing restoran Thai, mungkin tidak semua dapat menyajikannya. Namun tidak salah kiranya anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Rozielawatie Ayunie yang mendapat perhatian wargamaya.

Daging Masak Merah Rasa Sebijik Macam Di Restoran Thai. Ni Resepinya Buat Makan Bertambah! 

 

Bahan-bahan

1kg daging

Sedikit pewarna merah

Sedikit garam

3 ulas bawang putih diketuk

10 biji cili padi diketuk

2 senduk cili kering dikisar

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

Sedikit sos ikan

Sedikit gula

1 Pokok Daun Ketumbar di hiris kasar

1 Biji Bawang Holland

Cara Membuat Daging Masak Merah Thai!

Langkah 1: Rebus daging sehingga empuk (simpan air rebusan daging untuk kuah)

Langkah 2: Hiris nipis daging dan goreng sedikit hingga garing. Angkat dan toskan.

Langkah 3: Tumis bawang putih menggunakan minyak menggoreng daging tadi.

Langkah 4: Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.

Langkah 5: Masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga pekat sedikit.

Langkah 6: Masukkan daging dan cili padi. Gaul sebati.

Langkah 7: Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya mahu daging masak merah berkuah sedikit.

Langkah 8: Tabur bawang holland dan daun ketumbar ke atas daging masak merah sebagai hiasan.

 

Mudah bukan? Semoga resepi ini dapat memberi manfaat kepada anda sekeluarga dan semoga resepi ini juga menjadi kegemaran anda. Selamat mencuba!

 

Terima Kasih.

 

Sumber: Rozielawatie Ayunie

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI