Siapa pernah makan ketupat sotong? Rupanya masih ramai yang tak tahu dan tak pernah cuba ketupat sotong. Tambahan pula orang yang bukan dari semenanjung. 

Ketupat sotong ini adalah  makanan dari negeri Pantai Timur. Tak pelik lah kalau orang dari negeri Pantai Timur sudah biasa makan ketupat sotong ini. 

Tapi ada beza tau ketupat sotong Kelantan dan Terengganu. Versi Kelantan berwarna coklat, pekat dan lebih manis sebab guna nisan kerek / gula melaka. Berbeza dengan Terengganu yang lebih bersantan dan kurang manis.

Terpulang pada masing-masing lah nak cuba yang mana. Nak cuba rasa Ketupat Sotong versi Kelantan? Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh MyResepi. 

 

Resepi Baru Untuk Menu Raya, Jom Cuba Ketupat Sotong Ala Kelantan

IKLAN

CARA BUAT KETUPAT SOTONG MANIS BERLEMAK 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 kotak santan dan sedikit garam secukup rasa
  • Sotong segar
  • 2 keping nisan kerek atau gula melaka
  • 1 biji bawang merah 
  • Sedikit halia 
  • Daun pandan
  • Sedikit halba
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula basuh beras pulut kemudian rendam dengan sedikit santan dan garam. Biar ia kembang dalam sejam.
  2. Basuh sotong hingga bersih. Kemudian toskan.
  3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh dalam sotong, terpulang mahu letak kepala sotong atau tidak kemudian cucuk dengan pencungkil gigi untuk elak beras pulut terkeluar atau sotong pecah. 
  4. Kemudian masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nisan kerek / gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
  5. Buka api. Biarkan hingga sotong masak dahulu kemudian masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh hidang. 

Selamat menikmati bersama keluarga!

MESTI BACA : Kuah Kacang Simple Untuk Raya, Sedap Makan Dengan Nasi Impit

Pencuci Mulut Susu Campur Air Soda, Sedap Ke?

IKLAN

Honey Citron Tea Dapat Hilangkan Selsema Dan Sakit Tekak?

Sumber resipi dan gambar : MyResepi

 

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Resepi Baru Untuk Menu Raya, Jom Cuba Ketupat Sotong Ala Kelantan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI