Hari Raya kalau tidak ada menu rendang memang terasa seperti tidak sempurna juadah yang terhidang. Meskipun ada banyak menu lain, namun rendang tetap paling istimewa!

Jadi apa kata tahun ini anda sediakan rendang mengikut resipi ori dari Negeri Sembilan yang dikongsikan oleh puan Zalina Yahaya. Menurutnya rendang ini sangat mudah disediakan yang dipelajari daripada arwah ibu mertuanya.

 

“Resepi rendang ayam nogori ni sangat lah senang dan insyallah sedap. Sangat sesuai untuk adik2 manis yang baru2 up nak belajar buat rendang di Hari Raya ni. Buat pagi raya pun sempat siap sebab mudah sangat.

“Tanpa bawang/rempah ratus/cili kering mesin/kerisik atau tumis menumis. Simple proses. Dapur pun bersih.

Bahan-bahannya:

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

Cabai melaka atau cili api tu anggaran segenggam setengah. Ikut pedas yang anda tahan. Kunyit hidup anggaran dua ibu jari. Serai nak lebih pun tak pa. Kacang panjang nak letak pun ok, tak nak letak pun ok. Selain kacang panjang, orang nimslan juga selalu letak daun maman. pegaga atau daun puding.

Cara Memasaknya :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam belanga kecuali santan dan kacang panjang.

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

IKLAN

 

2. Masukkan air 1/2 cawan dan masak sehingga air kering untuk lakukan ‘proses mengecut’.

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

 

3. Dimasak anggaran 1/2 jam sehingga jadi seperti ini.

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

 

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

4. Kemudian masukkan semua santan.

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

5. Masukkan asam keping

IKLAN

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

6. Pastikan api perlahan dan masak hingga ayam lembut atau anggaran 1 jam. Bila ayam sudah lembut barulah masukkan kacang panjang dan masak sehingga kacang panjang lembut sebelum siap untuk dihidang.

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

7. Sedia untuk dinikmati.

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rendang Ayam Ori ‘Nogori’, Masak Pagi Raya Pun Sempat Sebab Mudah Sangat Nak Buat!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI