Kisah Doktor ini dimuat naikmenerusi satu ciapan di laman Twitter Public Health Malaysia bagi mendoakan supaya Dr Fatihah Shahrudin dan bayinya selamat.
Manakala menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh Fiza Asiqin di Twitter, pemilik akaun itu berkata, Dr Fatihah kini berada dalam kategori 5 dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Dr Fatihah yang ketika itu hamil 29 minggu menerima rawatan di Hospital Kajang telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.
Katanya, bayi tersebut mungkin terpaksa dikeluarkan jika keadaan Dr Fatihah semakin buruk.
“Mohon doakan Dr Fatihah bt Shaharudin. Semoga dia dan anaknya selamat.
“Tolong doakan mereka, juga doakan dua anaknya yang masih kecil dan suami beliau yang juga positif di rumah,” katanya.
Ads
Sementara itu, difahamkan bayinya itu terpaksa dikeluarkan melalui proses C-section dan dilaporkan keadaan kedua-duanya kini stabil namun masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Sebelum itu, Dr Fatihah berkongsi keadaan dirinya dengan ahli keluarga.
“Semakin teruk ayah, ini pun tunggu nak masuk ke ICU (unit rawatan rapi). Doakan yang terbaik untuk Tehah.”
Ads
Itu pesanan WhatsApp yang dikirim Dr Fatihah Shahrudin, 29, kepada ayahnya, Shahrudin Abu Bakar, 56, sebelum beliau dimasukkan ke ICU di Hospital Sungai Buloh.
Bapa saudaranya, Mohd Ali Mohd Derus berkata, ujian yang dilalui Dr Fatihah cukup getir. selain Dr Fatihah, ahli keluarganya termasuk suami dan dua lagi anaknya, turut disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dikuarantin di rumahnya.
“Selain suami dan anak, adik Dr Fatihah serta ibu dan ayahnya juga disahkan positif. Tehah memang kerap hantar anak mereka untuk dijaga ibu bapanya di Beranang, Selangor disebabkan rumah mereka dekat.
Ads
“Tapi Alhamdullilah, malam tadi doktor (di Hospital Sungai Buloh) maklumkan bayinya selamat dilahirkan dan terpaksa dikeluarkan lebih awal bagi mengelak sebarang komplikasi lebih buruk,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Menurutnya lagi, Dr Fatihah pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kajang pada 30 Mei lalu selepas dimaklum dijangkiti kuman pada paru-parunya, sebelum disahkan positif sehari selepas itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang memberi wang perbelanjaan kepada ibu ayah di kampung dan memberi nafkah kepada isteri, tentunya seorang suami memahami hal tersebut.
Berapa nilainya dan bagaimana caranya, ini diulas diakuan fb Firdaus Shakirin. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
“Kalau kau bagi kat isteri kau 300 sebulan, kat mak kau kena bagi 500”
“Mak yang melahirkan kau, jadi mak tak boleh dapat sama nilai macam isteri kau dapat”
Nilai berapa ringgit seorang anak perlu bagi pada orang tuanya bukan ditentukan oleh orang tuanya…
Tapi kemampuan anak…
Zaman sekarang ni, ramai sebenarnya yang tak faham akan turutan menafkahi…bila tak faham, maka dia akan rasa terbeban dalam menjadi seorang suami dan juga seorang anak…ditambah dengan pendapatan yang cukup makan, maka dia rasa tertekan untuk memenuhi tuntutan…
Tak kan nak bangkang dan lawan cakap mak?
Nanti jadi anak derhaka pulak…maka dikurangkan pemberian kepada isteri atau tidak diberi langsung kepada isteri sebab nak bagi sepenuhnya kepada mak…boleh ke tak? Boleh selagi isteri redha, selagi dia tidak menuntut dan selagi dia boleh cari duit sendiri untuk beli kelengkapan diri…
Jika melebihkan orang tua sehingga menganiaya isteri dan anak-anak?
Maka belajar dan ikutlah semula aturan menafkahi bagi seorang suami…bermula dengan diri sendiri, isteri, anak-anak, bapa kemudian mak…suami wajib memastikan keperluan dirinya sendiri mencukupi sebelum membelanjakan duitnya kepada orang lain…bayar hutang, bayar bil utiliti, bayar yuran anak, bayar roadtax dan insurans kereta, beli barang dapur, penuhkan keperluan-keperluan yang wajib ada untuk isteri guna dan anak-anak makan…
Jika ada lebih, baru bagi pada orang tua…
Namun adalah lebih baik sekiranya kita mampu untuk mengawal perbelanjaan diri sendiri dan perbelanjaan keluarga supaya setiap bulan kita dapat mengasingkan satu nilai yang mampu diberi kepada orang tua kita…tak terlalu banyak sehingga membebankan diri dan tak terlalu sedikit sehingga tak dapat digunakan orang tua…
Ingat, kita masih ada adik beradik yang lain…
Maka, jangan letak tanggungjawab memberi duit itu sepenuhnya ke atas diri kita seorang sahaja…kita perlu mencari persetujuan bersama dengan adik beradik yang lain tentang perkara ini…kumpulkan duit adik beradik, dan bagi pada orang tua untuk kegunaan harian mereka…
Bagi yang tidak mampu memberi, boleh balik ke kampung, tolong buat kerja rumah, kemas rumah mereka, uruskan diri mereka, bawak mereka keluar makan, keluar jalan-jalan dan gembirakan mereka…pendek kata, berbakti dengan kudrat jika tak mampu dengan harta benda…
Akhir kalam, isu duit ini merupakan satu isu yang sensitif…baik dipihak orang tua mahupun isteri…ikut fitrah, ikut ketetapan dan teruskanlah berusaha mencari rezeki yang halal untuk membahagiakan orang di sekeliling kita…
Sedih dan pilu apabila mengikuti kisah dua beradik yang tinggal bersama ayahnya yang yang cacat penglihatan namun bekerja sebagai tukang urut. Ibu pula pergi menghadap Ilahi akibat kanser.
Lebih menyedihkan lagi, adik beradik ini berdikari apabila ayahnya pergi berurut refleksologi disebuah kompleks. Pernah adiknya patah kaki dan tangan, tetapi dijaga oleh kakaknya yang berusia 10 setelah ayahnya tidak mampu menjaga anaknya di hospital kerana tuntutan rezeki demi keluarganya.
Kisah ini meruntun jiwa ini oleh puan Pnut Syafinaz yang dikongsi laman facebooknya.
Saya belum kongsikan lagi kisah tiga beranak ini. Sudah beberapa bulan mereka dibantu. Adik saya temui mereka ketika melawat anak saudara saya yang sakit di wad Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani beberapa bulan lepas.
Dua beradik anak yatim, ibu meninggal sebab kanser. Si adik patah kaki dan tangan jatuh ketika ikut ayah keluar bekerja. Ayah buta dan ambil upah urut refleksiologi di sebuah kompleks. Itu saja sumber pendapatan ayah mereka. Ketika adik di tahan di wad beberapa hari ayah tidak keluar bekerja kerana menjaga adik, duit pun semakin habis dan ayahnya terpaksa pergi kerja.
Tahu siapa yang menjaga adik di hospital sepanjang hari? Si kakak umur 10 tahun. Dialah yang jaga adiknya. Adik umur 6 tahun, manja dan masih merindui ibu yang telah pergi. Si kakak inilah yang menjaga adiknya. Makan minum apa saja yang hospital beri dan pelawat yang ziarah ahli keluarga kalau ada beri mereka makanan itulah mereka makan dan ehsan nurse, doktor yang merawat.
Cerita adik saya, kasihan sungguh. Kadang-kadang si adik menangis sambil ditenangkan oleh kakak, mungkin sakit, mungkin rindu ibu.
Kami hulurkan sedikit bantuan buat ayah yang terpaksa berulang alik naik grab ke mana-mana. Dan saya minta adik belikan pampers buat si adik yang tidak boleh bergerak ke tandas. Nurse kata pampers dah habis nurse terpaksa pinjamkan kat waris pesakit lain dulu. Semua urusan adik, kakaklah uruskan semuanya. Sebak.
KAKAK MENGALAH DEMI ADIK ; NAK SEDONDON
Semalam kami bawa mereka bertiga membeli baju raya, termasuk sepasang baju Melayu buat ayah mereka. Walaupun di tolak ayahnya berkali-kali enggan menerima. Saya minta sukarelawan carikan juga.
Kasih sayang dua beradik yang saya kagumi. Si kakak berhasrat mahu sedondon mereka tiga beranak, Si adik mahu baju melayu warna pink belacan. Si kakak mahu baju melayu kurung warna hijau. Si adik beralah mahu ikut warna pilihan kakak, tetapi baju melayu adik tidak ada size warna pilihan kakak. Kakak kemudian beralah, “takpa la hijau pun, asalkan sama kaler” bagus mereka di didik.
BERLARI PULA CARI BAJU RAYA BUAT AYAH
Dua beradik kemudian berlari pula mencari baju melayu buat si ayah, biar sedondon. Teruja dan bersemangat mereka. Aduh sebak melihat.
Ketika beratur mahu membayar harga pakaian, saya bertanya pada si ayah. Kalau keluar bekerja macam mana anak-anak? Katanya kalau hari sekolah dia mengurut sebelah petang, lepas anak-anak balik sekolah, terus di bawa ke tempat mengurut. Sampai ke malam, kalau di uptown sampai pukul 1-2 pagi, kdg2 pkl 2-3 pagi. Allahu kasihan anak-anak.
Lalu ayah dia bertanya penuh harapan “kak, boleh tolong carikan mana sekolah boleh hantar anak saya duduk asrama?’atau sekolah tahfiz? Saya nak depa sekolah sempurna macam orang lain, pi sekolah, balik sekolah mengaji, pegi KAFA. Hari minggu saya boleh ambik depa balik”
Saya tanya “tak ingat anak ka nanti? La ni tiap hari dok siang malam dengan anak-anak?” Di jawab “teringat, tapi nak buat macam mana, saya tak boleh penting diri, depa kena mengaji (sekolah) baca quran, nak depa pandai macam orang lain.”
Dia pun cerita dah pernah mohon nak masukkan anak ke sekolah asrama (sekolah rendah) tapi tak dak kosong. Masa bercakap hal ini dengan ayah dia, si kakak terdengar dan terus berlari peluk ayah (dalam gambar) “kakak tak mau.. kakak tak mau.. kakak nak duk ngan ayah” huh masa ni saya kalih pandangan, sapu air mata. Sedihnya. Saya pujuk, cakap kakak kena pi sekolah, kalau duk asrama anak yatim nanti pi sekolah naik van, balik sekolah boleh pi KAFA, mengaji quran, kat sana makan pun sedap-sedap, ada kawan ramai. Dia pandang muka saya “dengan adik sekali?” Saya angguk. Dia diam, dan peluk erat ayah dia. Saya hilang kata-kata.
Sebelum balik sekali lagi ayah dia kata “kak, tolong naa”‘ InsyaAllah saya akan usahakan mereka ke tempat lebih baik samaada ke sekolah agama yang ada asrama yang boleh dua beradik duduk sekali atau ke asrama anak yatim, tak mau jauh-jauh agar ayah boleh berulang naik grab pergi kalau rindu anak-anak.
Doakan urusan mereka dipermudahkan dan PINK SQUAD murah rezeki agar kami boleh tanggung anak berdua ni belajar mencari ilmu dan menumpang kasih di asrama. Hari ini misi mencari yang terbaik buat anak-anak ini.
Kita rasa kisah kita sedih? Hebat Allah uji? Bayangkan budak umur 10 tahun dan 6 tahun ni menggalas ujian mereka?
*Edit tambahan. Saya tak dedahkan di mana mereka tinggal, nombor telefon ayah sebab Si ayah tidak meminta-minta bantuan duit ringgit, dia akan usaha sendiri. Itu maruah dia sebagai ayah, saya hormati privacy mereka. Saya akan usahakan bantuan terus kepada mereka InsyaAllah. PINK SQUAD akan buat yang terbaik untuk anak-anak ini. Kalau yang nak salurkan bantuan, akaun PINK SQUAD ada kat profile saya, boleh bank in letak transaksi “putra putri” nama kedua beradik ni. Nanti saya minta bendahari asingkan sumbangan buat mereka. Yang tahu akaun personal saya boleh terus bank in ke akaun saya juga letak transaksi yang sama. Si ayah mencari rezeki dengan mengurut, kos dia banyak habis naik grab ke sana ke sini. Si adik masih di rawat sebab ada masalah usus juga. Kerap berulang alik ke hospital.
Masih sempat kepada yang ingin bersedekah di bulan Ramandan. Berikut detail maklumat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita.
Hormon Bagi Pokok Berbuah (Hingga patah dahan)
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.
Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telurdan yakult. Hebat!