Kebiasaannya penggemar makanan laut sanggup berbelanja lebih dan sering mencari lokasi restoran makanan laut terbaik demi untuk menikmati hidangan yang segar dan enak rasanya. Makanan laut seperti ketam, udang, kepah, kerang, sotong, ikan dan sebagainya memang diakui sedap dimasak dengan pelbagai menu.
Pun begitu, uniknya ketika menyediakan hidangan berasaskan makanan laut ini ada teknik dan caranya yang tersendiri. Contohnya seperti sotong, walaupun nampak cukup mudah untuk dimasak, tapi ada cara tersendiri terutamanya dalam hal membersihkan isi perutnya hinggalah perlu tahu teknik memasaknya agar tidak menjadi liat.
Nak tahu apa tip dan tekniknya? Ayuh! Praktis 6 cara mudah ini yang dikongsikan oleh Mamak Haji agar sotong yang dimasak tidak liat dan tidak menjadi kecut.
Setelah sotong dicuci dah bersihkan ketuk beberapa kali pada badannya dengan kitchen mallet tapi jangan sampai terkoyak pula isinya. Kemudian potong bulat atau mengikut cita rasa.
Ads
2. JANGAN TERLALU LAMA masak sotong, isinya akan jadi macam tayar goodyear. Kalau gunakan suhu terlalu panas masak di antara 1 minit ke 3 minit saja. Atas 5 minit, sayonara.
3. Masak sotong dengan api dapur yang sederhana, cara simmering atau reneh sekurang-kurangnya selama 45 minit. Ini yang buatkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat-masala. Ingat ye kalau nak cepat cuma gunakan air panas yang mendidih gunakan masa masak di atas iaitu sama 1-3 minit saja..tapi kalau masak masala yang sedap maka elok masak sotong dalam renehan iaitu mulakan dengan air sejuk, tapi kena sabar.
4. Isi sotong juga boleh dilembutkan dengan perapkan jus limau nipis atau lemon. Asid dari jus ini bukan saja lembutkan isi sotong tapi menghindarkan bau hanyir sotong.
Ads
Ads
5. Ada juga orang Perancis suka rendam sotong dalam susu untuk melembutkan sotong. Ini kerana susu mengandungi asid lactic, oleh itu perap sotong semalaman atau sekurang-kurang 4 jam dalam peti sejuk sebelum digunakan.
6. Dakwat hitam sotong bukan beracun maka boleh disimpan dan digunakan untuk masakan ikan kicap atau goreng sayur kicap. Dakwat ini akan beri aroma yang sedap untuk masakan anda.
[su_highlight background=”#e9e4e5″ color=”#a1192c”]Ekstra tip :[/su_highlight]
Jika sotong digunakan di dalam resipi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air yang mendidih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air sejuk supaya sotong tidak liat.
Jika ingin menggoreng sotong, pastikan digoreng dengan minyak yang banyak.
Rendam sotong yang telah dibersihkan dengan air bercampur cuka selama 5 minit sebelum dimasak akan da[at mengelakkan sotong menjadi kecut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila dalam rumah lauk ayam je yang jalan, mak-mak pun kadang buntu nak masakan jenis apa untuk dihidang pada keluarga.
Haaaa jangan risau, apa kata siapa yang tak pernah buat menu ayam goreng serai thai ni, cuba try test tengok resepi ni. Mudah je! Perap, goreng, siap! Tak percaya? Cer tengok kat bawah ni resepi lengkap!
Tak boleh nak berenti makan😊Yang penting makan bersama sayur kailan belacan Dan telur Mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati KESEDAPANNYA😊
Bahan-bahannya :-
500 gram isi ayam dipotong kecil(dicuci bersih)
2 batang serai(dipotong 2 cm Dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
5 helai daun limau purut dihiris
Bahan ditumbuk@dikisar halus Tanpa air
2 pokok akar ketumbar
2 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
Cara-caranya :-
1)sediakan mangkuk atau bekas ,masukkan ayam Dan kesemua bahan(KECUALI DAUN LIMAU PURUT),Serta bahan Yang dikisar halus.gaul sebati Dan perapkan paling kurang selama 30 minit
2)panaskan minyak,agak2 boleh tenggelam Kan ayam apabila digoreng nanti.
3)masukkan ayam Dalam kuali panas Dan goreng sehingga keperangan
4)apabila ayam Sudah masak,angkat Dan masukkan kedalam bekas Serta taburkan daun limau purut Yang telah dihiris tadi.ratakan ayam bersama daun limau purut
Limau kasturi ni, siapa yang ada pokoknya mesti tahu sekali ia berbuah, memang lebat selebatnya lah! Sampai tak terguna buahnya.. Tak dikutip nanti, jatuh ke tanah, bila dikutip, takut tak terguna membusuk sahaja.
Ataupun yang jenis beli di kedai, dah siap bungkus banyak tapi nak guna 2 3 biji sahaja. Tak ke membazir? Haaa jangan risau! Ikut je cara ni… Mudah dan semestinya gerenti tahan lama! Moga bermanfaat.
Tips & Cara Simpan Limau Kasturi Tahan Lama
Bahan-bahan:
Limau kasturi
Penapis
Bekas ais
Cara-cara:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah siap diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan. Selamat mencuba!
Nak tahu tips masak sambal nasi lemak yang sedap? Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Wan Rosni di bawah.
Menurut beliau, satu keluarga puji sedap sambal nasi lemak hasil air tangannya. Siap tanya letak apa dalam sambal sampai sedap macam tu.
Jom sama-sama baca cara buat sambal nasi lemak yang sedap beserta tips supaya sambal tak terpecik satu dapur.
Tips Masak Sambal Nasi Lemak Sedap & Tak Terpercik Satu Dapur
Bahan-bahan:
10 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Ikan bilis segenggam (kisar kasar)
Cili kering kisar (15 tangkai)
Gula melaka
Gula
Asam gelugur
Garam secubit
Cara-cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan segenggam ikan bilis. (kisar kasar saja)
2. Tumis bahan kisar sehingga betul-betul garing. Kemudian baru masukkan cili kering kisar. Kacau sekali sekala saja.
3. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan asam gelugur.
4. Apabila kuah hampir kering, masukkan ikan bilis setengah mangkuk dan juga secubit garam.
Tips sambal tak terpercik:
Guna api perlahan dan kacau sekali sekala sahaja
Waktu kisar bawang, letakkan ikan bilis segenggam dan jangan kisar hancur sangat. Tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan lain