Masak Sotong Phat Phet, Sekali Masak Dapat Menu Lauk & Sayur. Sangat Mudah & Sedap!

Share

Siapa sahaja yang tidak suka kalau dapat sediakan menu yang ringkas dan enak bahkan dengan sekali masak kita dapat sediakan menu lauk dan sayur sekali gus. Jadi mudah kerja, sekali masak lengkap hidangan.

Ini sebagaimana jika anda menyediakan menu Thai  ini iaitu Sotong Phat Phet. Nak tahu resipi dan cara penyediaannya, ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Sesuai sangat kalau kita sediakan sebagai menu juadah berbuka untuk hari ini.

 

 

RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)

Bahan-bahan:

500gram sotong (dicuci bersih)

4 batang kacang panjang (dipotong serong)

5 batang cili padi merah (dipotong)

1 labu bawang merah (dipotong)

1 batang serai (dihiris)

4 helai daun limau purut

½ sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce

2 sudu besar sos ikan

½ sudu kecil serbuk perasa

Garam (jika perlu)

Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

BAHAN KISAR

4 batang cili merah

4 batang cili hijau

1 labu bawang merah

3 ulas bawang putih

sedikit air

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

 

CARA MEMASAK

1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .

2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.

3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .

4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .

5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api .

 

 

IKLAN