Wanita sering digambarkan sebagai tulang belakang keluarga. Dari seorang ibu yang tak pernah kenal penat, isteri yang setia memahami, hinggalah anak perempuan yang ringan tulang membantu. Dalam memastikan semua orang di sekeliling sihat dan bahagia, mereka sering melupakan satu perkara penting iaitu kesihatan diri sendiri.
Ramai wanita terlalu sibuk mendahulukan keperluan orang lain, hingga lupa bahawa tubuh dan jantung wanita mereka juga perlukan perhatian dan kasih sayang yang sama. Dalam diam, jantung terseksa menanggung tekanan, keletihan, dan gaya hidup tidak seimbang yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.
Sakit Jantung Bukan Lagi Penyakit Lelaki Sahaja
Selama ini, ramai percaya bahawa sakit jantung hanyalah penyakit lelaki. Tapi hakikatnya, masalah jantung wanita juga semakin meningkat. Wanita berisiko tinggi, malah sering kali lebih berbahaya kerana simptomnya tidak jelas dan mudah terlepas pandang. Banyak kes menunjukkan semakin ramai wanita muda kini dikesan mengalami penyakit jantung, namun ramai hanya menyedarinya apabila keadaan sudah serius.
Simptom Tersembunyi Yang Sering Diabaikan
Sakit jantung pada wanita jarang datang dalam bentuk klasik seperti sakit dada yang kuat. Ia lebih halus, lebih senyap dan itulah bahayanya. Antara tanda yang perlu diberi perhatian termasuklah rasa letih melampau tanpa sebab, rasa loya atau pening, sesak nafas, serta sakit di bahagian rahang, bahu, belakang atau perut.
Ads
Ada juga yang alami degupan jantung tidak teratur. Ramai wanita anggap semua ini cuma tanda keletihan biasa, padahal ia mungkin jeritan lembut dari jantung yang sedang meminta perhatian. Inilah punca utama mengapa masalah jantung wanita sering dikesan lewat.
Faktor Risiko Yang Sering Dianggap Remeh
Gaya hidup moden menjadikan wanita hari ini berisiko lebih tinggi. Antara puncanya termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, serta stres berpanjangan. Kurang tidur, pemakanan tidak seimbang, dan gaya hidup tidak aktif turut mempercepatkan risiko. Bagi wanita selepas menopaus, penurunan hormon estrogen menambah lagi cabaran, menjadikan jantung lebih mudah terjejas tanpa disedari.
Bila Jantung Lemah, Siapa Yang Paling Terluka?
Sakit jantung bukan sekadar tentang diri sendiri. Ia tentang anak yang masih memerlukan pelukan ibu setiap malam. Tentang suami yang menanti senyuman di depan pintu. Tentang keluarga yang berharap kita terus ada. Kadang-kadang, kita terlalu ingin menjadi kuat untuk semua orang sehingga terlupa bahawa kekuatan itu hanya bermakna kalau kita masih di sini untuk terus memberi kasih.
Ads
Sayangi Diri, Sayangi Jantung
Mulakan dengan langkah kecil hari ini. Amalkan gaya hidup sihat seperti jaga pemakanan, bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, kawal stres dan dapatkan tidur yang cukup. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala, terutama jika ada sejarah penyakit jantung dalam keluarga. Paling penting, dengar bahasa tubuh sendiri. Bila tubuh beri isyarat, jangan diam. Bila jantung berbisik, dengarlah.
Langkah-Langkah Mudah Menjaga Masalah Jantung Wanita
Tarik nafas dengan betul. Ramai tak sedar bahawa cara kita bernafas boleh mempengaruhi kadar denyutan jantung. Cuba tarik nafas perlahan melalui hidung selama 4 saat, tahan 4 saat, kemudian hembus perlahan melalui mulut selama 4 saat. Lakukan beberapa kali sehari, terutama ketika terasa penat atau stres. Ia membantu menenangkan sistem saraf dan menurunkan tekanan darah secara semula jadi.
Tidur cukup, tidur berkualiti. Jantung bekerja tanpa henti siang dan malam, jadi beri ia masa untuk berehat. Pastikan dapat sekurang-kurangnya 6–8 jam tidur berkualiti setiap malam. Kurang tidur bukan sahaja buat badan lesu, tapi juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan kolesterol tidak seimbang.
Kawal stres dengan cara yang sihat. Bila hati tenang, jantung pun ikut tenang. Cuba cari ruang untuk diri sendiri walau sekejap. Dengarlah lagu yang menenangkan, solat dengan khusyuk, atau berjalan perlahan di luar rumah. Ia bukan membazir masa, tapi cara untuk isi semula tenaga yang jantung perlukan.
Senyum dan ketawa lebih kerap. Kedengaran mudah, tapi setiap kali kita ketawa, tubuh melepaskan endorfin yang bantu menurunkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah. Senyum bukan sekadar ubat hati, tapi juga penjaga jantung yang paling murah dan berkesan.
5. Jangan abaikan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan berkala ialah pelukan lembut untuk diri sendiri. Ia tanda kita peduli. Periksa tekanan darah, paras gula dan kolesterol sekurang-kurangnya sekali setahun, terutamanya kalau ada sejarah keluarga berkaitan penyakit jantung.
Ads
Sayangi Diri, Demi Mereka Yang Kita Cintai
Kita selalu berjanji untuk menjaga semua orang, tapi jarang berjanji untuk menjaga diri sendiri. Sedangkan jantung yang kita abaikan inilah yang selama ini setia berdegup, memastikan kita terus hidup untuk mereka yang kita sayang. Jangan tunggu sehingga terlambat untuk menghargainya.
Sayangi diri, demi mereka yang kita cintai. Percayalah bila seorang wanita menjaga jantungnya, dia sebenarnya sedang menjaga seluruh dunia kecil yang bergantung padanya.
Nak tahu sama ada jantung anda sihat atau tidak? Lakukan pemeriksaan di Klinik Pakar Jantung Dr. Rahim kerana masalah jantung wanita berhak dijaga dengan penuh kasih sayang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan pandang remeh kalau anak sakit perut, ia mungkin tanda jangkitan cacing. Apabila dijangkiti cacing, anak lebih mudah sakit antaranya menyebabkan anak sakit perut dan mengalami muntah-muntah.
Selain, mendapatkan rawatan doktor, anda boleh cuba petua dengan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
Gambaran cacing dalam usus anak.
Malam ni nak share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut
1. Asam keping
2. Garam
3. Air
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang. Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Gambar penyediaan:
Selamat mencuba
Kredit : Wan Norma
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali menjelang hari lahir anak-anaknya, pasti Jejai tidak lupa membuat titipan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Terbaru, pemilik nama sebenar Rizal Ashram Ramli memuatnaik ucapan istimewa bersempana dengan ulang tahun kelahiran anaknya, Putra Rayqal Ramli yang kini telah menginjak usia 13 tahun.
Dalam ucapannya, Jejai mengakui sebak apabila melihat perubahan anaknya yang kini sudah pun semakin meningkat remaja.
“Dearest Rayqal, 13 years ago you entered the world, it all changed, I became a father. It seems very recent. When u were small I remember how you snuggled into a warm little ball in my arms, I studied every inch of you, looking at your tiny fingers and tiny toes.
“Sayang, things are changing, just as they are supposed to change, because you are growing up. It’s kind of a difficult transition for me, I cant imagine how difficult it is for mummy seeing things changing so quickly before our eyes. But you should know I am incredibly proud of the young man you have become.
“So many things happened this past year, your voice changed, you grew taller than mummy and the most memorable and difficult one was when I had to send you to boarding school. I didn’t know how you were going to cope, but I was so happy when you told me that you loved it over there. I don’t know exactly what you will do or who you will be five years from now, but I hope that the path you are charting for yourself is good.
Tambahnya lagi, dia juga terpaksa menerima kenyataan bahawa anaknya itu kini tidak akan selalu berada di sisi nya dan adakalanya dia harus berhadapan dengan masalahnya sendiri.
“But I am afraid for you too, I can’t always save you in the ways that I once could. When you were younger, I could stop you before you crossed the road or grab your hand before you touched something dangerous.
“Now you are facing problems that aren’t always visible to me, youu are maturing, managing your own self. I tell my self that it is part of growing up and I have to accept it. But if you can slow down just a little, I will be fine with that, too 😂.
Dalam masa yang sama, dia menitipkan pesanab supaya anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat dan negara.
“Sayang customary advice I write to you yearly on your birthday, ingat selalu kepada Allah, hormati ibu, bapa, atok, tah dan semua kaum keluarga. Jadilah seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
“I have one job. It is to be the best parent I can be. I hope I have done it well enough. I love you sayang! Happy Birthday! Love Always and forever.”
Perkongsian ucapan tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya itu telah membuatkan ramai tersentuh hati selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Raykal.
li16na Happy birthday Rayqal💞 and i always look forward to your bday msg to your kids.. always heart-warming.
azianhanimamatSeorang ayah….pandai menulis buat anak, tiap tahun baca… Smg menjadi kenangan buat anak setiap pesanan tu nanti😍😢
nieyna9211Suka tengok Rayqal ni dari dia kecik lagi….muka dia penuh kasih sayang…lembut je…❤️
noorhafiza.ismailHappy birthday Rayqal… Ingat pesan daddy…Semoga membesar dengan sihat dan sentiasa dlm lindungan Allah SWT…❤️
izzasaadHappy Birthday Rayqal semoga sentiasa dilindungi Allah swt Dan dipermudahkan segala urusan rezeki Dunia n Akhirat.
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
Yang keterlaluan ni memang kena ditegur. Tak boleh dah guna alasan ” alahhh..biasa la budak budak “. Sebab tanpa teguran, perangai tak elok ni akan melekat dan menjadi ‘wiring otak’ yang kekal dan susah diubah.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil :
1. SUKA MASUK BILIK ORANG
Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP
Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR
Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT BUAT TAK DENGAR
Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
Tu la kenapa kalau anak menangis, jangan la duk tengking mereka. Menangis adalah cara anak kita mengekspresi emosi sedih mereka.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
p/s : Saya suka juga kongsi ilmu didik anak di Telegram saya. klik je link ni untuk join ye ?t.me/NotaTaufiqRazif
Ada dalam 118 ribu mak ayah juga dalam tu. Jom ?
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.