Perlukah masalah sinus saya ini dibedah? Persoalan yang sering ditanya apabila menghadapi sinus sehingga menganggu rutin harian.

Ikuti penjelasan doktor ini mengenal permasalahan ini.

APA ITU SINUS

Masalah pada rongga sinus atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai sinusitis perlu melalui beberapa fasa rawatan.

Ini bermakna, tidak semua kes memerlukan pembedahan.

Selepas melakukan pemeriksaan bersama doktor, doktor akan mulakan rawatan dengan kaedah yang paling sesuai untuk pesakit. Setiap pesakit tidak sama. Tak semua pesakit juga akan terus dibedah.

IKLAN

Ubat-ubatan adalah antara rawatan awal yang diberi kepada pesakit.

BILA PEMBEDAHAN DILAKUKAN?

Hanya ada beberapa tanda dan keadaan sahaja di mana pembedahan perlu dilakukan kepada pesakit yang mengalami masalah sinusitis :

Berlaku komplikasi akibat masalah sinusitis kepada pesakit. Ini termasuk jangkitan kawasan sekitar, mucocele dan sebagainya.

IKLAN

Komplikasi di bahagian otak. Anda perlu sedar bahawa jangkitan rongga sinus boleh juga merebak ke bahagian otak. Ini perlu kepada rawatan segera. Perhatikan jika ahli keluarga anda ada mengalami pening teramat samgat, gangguan penglihatan bersama gejala resdung.

Fungal sinusitis. Jangkitan sinus juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat atau fungus. ‘Fungal ball infection’ yang berlaku biasanya memerlukan rawatan pembedahan.

‘Suspected malignancy’. Ada kalanya doktor yang memeriksa mendapati struktur polyp atau masalah yang dialami pesakit perlu kepada pembedahan. Semasa pembedahan, sampel biopsi juga akan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit yang dialami.

Apabila ‘nasal polyp’ terlalu besar sehingga menutupi hampir keseluruhan rongga sinus dan juga hidung, tidak menunjukkan tanda-tanda positif walaupun sudah diberi ubat, pesakit mungkin perlu juga kepada pembedahan.

IKLAN

SEGERA DAPATKAN RAWATAN JIKA ADA MASALAH INI.

Tuan-tuan dan dan puan-puan..

Sekiranya ada antara ahli keluarga anda mengalami gejala seperti hidung tersumbat, kerap hidung berair, ada kalanya keluar darah, kerap berat pada muka dan kepala, lakukanlah pemeriksaan. Anda akan dibantu.

Kredit: Dr Ezairy M.Sallih

Doktor Telinga, Hidung & Tekak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI