“Masih Belajar, Tak Pandai Lagi Bertudung. Maafkan Saya.” Tampil Berhijab, Nana Mahzan Berterima Kasih Atas Titipan Doa!

Share

Hijrah itu milik Allah, siapa mampu menolak andai  Dia sudah menetapkan perkara itu. Seorang demi seorang selebriti membuat penghijraha dalam hidup mereka.

Terbaru, penyanyi dan penyampai radio , Nana Mahzan turut berbuat demikian. Tampil berhijab ketika sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah, nyata mengundang kejutan ramai.

Menurut empunya badan, Nana mengakui belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.

“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.” ujar Nana Dalam perkongsian yang penuh sebak.

Mengakui masih belajar, namun jelasnya dia tetap Nana yang sama. Dalam masa yang Sama, dia melahirkan rasa bimbang penerimaan orang dengan penghijrahannya itu.

“Sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya. Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya. Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini kerana itu yang mematangkan dan menjadikan penghijrahan ini lebih manis. Insya’allah. 

‘Sejujurnya, saya tak nafikan arwah Siti Sarah antara alasan saya berhijrah. Tapi perasaan (berhijrah) selalu ada dan bertahun-tahun. Sehinggalah kali ini betul-betul. Terima kasih suami. 

Sementara itu,  sebagai suami Raqeem Brian mengakui gembira dengan keputusan isterinya itu.

“Saya mahu Nana betul-betul pasti dengan keputusan itu. Saya gembira kalau dia bersedia untuk bertudung sepenuhnya,” kata Brian.

Sumber: nanamahazan


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

 

 

IKLAN