“Masih Kenal Walau Sudah Buta”-Keadaan Roslan Salleh Dikatakan Kekal Positif, Rakan Artis Luah Syukur!

Setiap yang hidup pasti akan diuji. Sebagaimana ramai maklum, sejak Oktober lalu kesihatan pelakon veteran tanah air iaitu Roslan Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Lan terjejas dan terkini dikatakan dia tidak dapat lagi melihat selepas saraf matanya dimatikan oleh doktor atas faktor kesihatan.

Baru-baru ini, satu klip TikTok mencuri perhatian netizen selepas ramai rakan artis veteran yang lain meluangkan masa bersama-sama untuk menziarahi Pak Lan di rumahnya di Masjid Tanah, Melaka.

Antara selebriti yang berada di sana adalah Anne Abdullah, Liza Abdullah, Fauziah Nawawi dan ramai lagi.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

“Alhamdulillah, saya lihat keadaannya kini semakin baik. Abang Lan sudah boleh duduk dan berselera makan. Walaupun penglihatannya sudah tiada namun dia masih mengenali kami yang datang menziarahinya baru-baru ini.”

Itulah kata dramatis Anne Abdullah atau Noraini Abdullah, 49, yang memaklumkan pelakon veteran, Roslan Salleh masih mengenali rakan-rakan yang datang menziarahinya, meskipun penglihatan terganggu.

Ads

“Masih Kenal Walau Sudah Buta”-Keadaan Roslan Salleh Dikatakan Kekal Positif, Rakan Artis Luah Syukur!

Kata Anne, sebagai kenalan rapat pelakon veteran itu, dia dan rakan-rakan gembira melihat perkembangan positif ditunjukkan Roslan meskipun kesihatannya terganggu.

“Masih Kenal Walau Sudah Buta”-Keadaan Roslan Salleh Dikatakan Kekal Positif, Rakan Artis Luah Syukur!

Dalam pada itu, Anne turut berpesan kepada rakan selebriti yang mengenali Roslan agar meluangkan masa menziarahinya. Ini kerana kata Anne, daripada raut wajah Roslan, aktor itu ternyata nampak lebih bersemangat dan gembira apabila ada rakan-rakan datang mengunjunginya dan bertanya khabar.

“Meskipun kami semua sibuk dengan urusan kerja, Alhamdulillah kami cuba luangkan masa berjumpa dengannya. Saya harap rakan-rakan selebriti lain turut datang menjenguk Abang Lan,” ujarnya.

Ads

Berkongsi mengenai keadaan Roslan, Anne menjelaskan penglihatan pelakon itu terjejas bukan disebabkan penyakit diabetes tetapi akibat sering mengalami sakit kepala kronik. Disebabkan itu, doktor mengambil keputusan mematikan saraf matanya bagi mengurangkan sakit kepala yang ditanggung.

“Penglihatannya mungkin terjejas tetapi selepas melakukan pembedahan itu, Abang Lan kini tidak lagi menanggung sakit kepala kronik,” tuturnya.

Sementara itu, Anne turut memberitahu sekiranya orang ramai ingin memberi bantuan kepadanya, mereka boleh berbuat demikian dengan membeli produk jualan Roslan sebagai tanda sokongan.

“Masih Kenal Walau Sudah Buta”-Keadaan Roslan Salleh Dikatakan Kekal Positif, Rakan Artis Luah Syukur!

“Sewaktu Abang Lan masih sihat, dia rajin ikut kami berniaga. Mungkin ramai yang tak tahu, perniagaan jualan sambal hitam dan daging dendeng yang diusahakan masih lagi dijual. Kami rakan-rakan selebriti turut membeli sebagai tanda sokongan dan membantu mana yang termampu,” jelasnya.

Ads

Terdahulu, kesihatan Roslan dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik akibat penyakit diabetes yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu. Keadaannya menjadi lebih teruk apabila dimasukkan ke hospital pada Mei lalu kerana melecur pada bahagian kaki.

Sumber : Artis Malaysia

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Masih Kenal Walau Sudah Buta”-Keadaan Roslan Salleh Dikatakan Kekal Positif, Rakan Artis Luah Syukur!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI