Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Hari yang mulia disambut dengan gembira bersama keluarga. Namun sambutan suasana hari raya Aidilfitri telah berubah sejak pandemik melanda dunia penghujung tahun 2019.
Tahun 2020 meninggalkan sejarah buat rakyat Malaysia apabila beraya dalam tempoh PKP ekoran kes meningkat dengan mendadak. Malah tahun ini, sejarah berulang kembali apabila negara mengumumkan PKP sekali kali!
Pastinya sebak dihati apabila hari raya tidak dapat pulang ke kampung merentas negeri. Situasi ini juga dirasai oleh rakyat Malaysia yang mencari rezeki diluar negara seperti Singapura. Walaupun ada berhasrat untuk balik ke Malaysia, namun tertunda ekoran kos kuarantin tinggi.
Inilah yang dilalui rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, Eddie Dieana yang mengakui perlu membayar kos kuarantin 14 hari serta swab test berjumlah SGD$3410 atau (RM10,523.22). Menyedari kos sebegini abang beliau terpaksa melupakan hasrat untuk pulang beraya di rumah orang tua di Johor Bahru.
Ikuti lanjut perkongsiannya.
Harini, saya tak tahu. Nak nangis ke, nak gelak kan abang saya. Minggu lepas dia bagitahu saya. “Eddie, Kau jangan bagitahu mak tau. Aku nak balik malamnya esok raya. Nak suprisekan semua orang. Mesti gempak kan.” Kata abang saya terhadap saya. “Oh, yeke. Bestnya. Mesti bestkan dapat balik.” “Bestlah, kau bayangkan aku dapat salam dengan mak pagi raya. Makan lauk raya mak masak. tahun lepas aku raya sorang² kat dalam bilik. Tahun ni aku tak sanggup dah.” Kata abang saya keriangan sambil memperli saya yg tak dapat pulang.
TAK KESAMPAIAN
Sekali Kerajaan Singapura umum. Kos kuarantin wajib dari 14 hari($2125) naik kepada 21 hari ($3000). Tak termasuk dengan kos 2 swab test ketika di hotel ($125×2 :-$250) dan 1 swab test ketika di ICA ($160). Total semua sekali lebih kurang $3410 atau bersamaan RM10,523.22.
Semua kos ni tak termasuk dengan cuti tanpa gaji yang perlu diambil ketika kuarantin 3 minggu dan tambahan cuti yang ingin abang saya ambil. Jika dia ambil cuti 2 minggu bermakna dia perlu cuti tanpa gaji selama 5 minggu atau boleh tolak cuti tahunan yang hanya ada 14 hari yg beliau miliki.
Ads
Terus abang saya bagitahu saya. Dia terpaksa batalkan niat dia untuk pulang berhari raya bersama keluarga apabila mendapat berita kenaikan kos kuarantin ni. “Hampa sangat²” katanya. Saya pun baru je berangan -angan nak beli barang² untuk anak². Nak kirim dekat abang bila dia balik beraya di Malaysia nanti. Sudahnya, semuanya hampa. Bukan kami berdua je yg hampa. Tapi hampir kesemua rakyat Malaysia yg berada di Singapura ni hampa. Lain yang kami harapkan, lain yg kami dapat. Ini baru betul² “Suprise”.
Saya dah pun pesan dekat isteri siap². Simpan semua gambar dekat link post ni. Nanti masa Hari Raya Aidilfitri. Kalau ada mulut² yg tanya. “Laki kau taknak balik raya ke” “Laki kau dah tak sayang anak² ke” “Laki kau gila kejar duit ke” Tunjuk je dia post ni.
Biar mereka tahu apa yg kita rasa sekarang. Sebab masih ramai di Malaysia tu masih tak faham kenapa kami² semua tak balik². Kalau ikutkan hati. Siapalah yg tak rindu anak bini. Tak rindukan Mak. Tak rindukan keluarga. Ni sambil taip ni pun ada orang potong bawang kat tepi. Puas halau dia dari tadi tapi degil nak duduk kat sebelah jugak. Yang paling tak boleh nak control perasaan bila whatsapp dengan mak pagi tadi.
“Kenapa pulak takde semangat nak beli baju raya. Mak takde duit ke?” “Bukan soal duit. Tapi mak tak sanggup nak happy² kat sini sambut hari raya. Sedangkan anak² mak kat sana sedang bersedih. Lagi pulak tengok muka anak² kau yg dah dua tahun beraya tanpa ayah. Lagi lah buat mak sedih.” Baca je mesej tu automatik budak yg potong bawang tadi tukar potong cili pulak. Lagi laju dia punya mengalir keluar.
Allahuakbar.Berilah kami semua kekuatan untuk menempuh segala dugaan ni. Saya tahu agak mustahil sempadan akan dibuka dalam masa yg terdekat kerana kes Covid19 yg tak menentu di Malaysia sekarang. Apa yg boleh saya katakan. Hanya keajaiban yg mampu mengubah segalanya. Teruskan berdoa agar semuanya akan pulih. Sesungguhnya. Hati ni dah tak tertanggung lagi bila mengenangkan perasaan rindu. Maafkan Daddy ye sayang. Kamu berdualah kekuatan Daddy untuk terus bertahan kat sini. I Love U anak².
Begitu juga dengan perkongsian ini daripada seorang lelaki menerusi facebooknya. Menurut Muhammad Faris Nazrin. dia hampir membunuh diri. Namun saat akhir dirinya kembali sedar mengenai tindakan luar batasnya itu.
Ikuti perkongsiannya moga kita muhasabah diri
Cubaan Bunuh Diri
Saja browse gambar lama, tiba-tiba keluar gambar ni. Waktu ni aku dah nekad. Whatsapp terakhir untuk Mama Ayah dah tulis, gambar pun dah ambil. Aku dah nekad untuk terjun ke landasan LRT.
Tren akan tiba dalam masa 6 minit dan aku hanya ada selama itu untuk hidup. Aku ready nak send mesej tu kepada parents bila tren dah muncul.
Nak tau apa yang menyelamatkan aku?
1) Ada kawan call tanya khabar. Kemudian dia mengakhiri perbualan itu dengan berkata “I care for you”
2) Dengar laungan azan. Bila dengar “Allahuakbar” selama 4 kali, aku terus rasa tersentak.
You know, words can powerfully affect people in two ways: changing their lives or making them miserable.
Dan aku dah jadi advocate mental health awareness untuk menyedarkan masyarakat betapa real dan memeritkan penyakit mental ini.
Bagi yang selalu mengamalkan kata-kata yang baik untuk membantu orang yang sedang struggling, aku doakan syurga untuk kau orang. Sebab apa yang menyelamatkan aku pada malam tu ialah KATA-KATA yang menenangkan.
Selepas mendengar azan, aku terus berlari ke arah masjid. Lepas solat isyak, aku ingat yang aku doa sepenuh hati sambil menangis minta Allah bagi kekuatan untuk diri aku melawan penyakit ini.
And Allah has answered the prayer. Sebab bila aku recall memori malam itu, aku boleh ingat betapa lemahnya diri aku waktu itu dan Allah berikan aku harapan dan kekuatan untuk kekal hidup hingga ke hari ini.
Dan aku dah jadi advocate mental health awareness untuk menyedarkan masyarakat betapa real dan memeritkan penyakit mental ini.
Kepada pesakit mental dan caregiver, sama-samalah berkata baik kepada sesama sendiri. Kerana kata-kata anda mampu membuatkan orang lain berasa bahagia bersama anda.
Baru sahaja menimang cahaya keduanya pada 4 Julai lalu, penyampai radio, Fizi Ali tampil berkongsi wajah dan nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Fizi memuat naik beberapa kepingan gambar bersama isteri dan anak-anak serta buah hati terbaru yang diberi nama, Nurraisya Sofea.
“Assalamuaikum alhamdulillah bertambah seorang lagi puteri dalam hidup daddy dan mama.
“Puteri ketiga kami Nurraisya Sofea,” tulis Fizi menerusi kapsyennya di Instagram.
Menariknya ramai wargamaya mengatakan wajah comel Nurraisya Sofea sama seperti kakaknya, Ameena Sofea yang memiliki mata kecil dan sepet seperti Fizi.
Fizi juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dilindungi Allah malah membesar dengan baik dan sihat.
“Semoga membesar dengan baik ye saying.
“Lepas ni banyak moment dengan anak-anak kami akan update di ig @dnsofeas. Terima kasih semua,” tulisnya di kapsyen.
Terdahulu, Fizi mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada Oktober tahun lalu. Pasangan ini masing-masing turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan melalui perkahwinan terdahulu.
Sejak semalam, penduduk sekitar Lembah Klang kembali dibebani dengan masalah gangguan bekalan air. Sebelum itu, minggu yang sama turut menghadapi masalah yang sama.
Biarpun ramai yang mengeluh, perkara yang sama tetap berlaku sehingga menyukarkan urusan rumahtangga dan menganggu pendapatan ekonomi terutama yang mempunyai kedai makan.
Lebih sukar, penduduk yang terlibat tidak dapat merentas negeri disebabkan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jika tidak pastinya ramai akan berkunjung ke rumah saudar mara berdekatan negeri atau pulang ke kampung.
Sehingga artikel ini ditulis, masih ada lagi kawasan yang belum mendapat bekalan air. Malah dimaklumkan bekalan air dikatakan pulih sepenuhnya sehingga hari jumaat ini.
Menyedari akan hal ini, penceramah dah usahawan Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk membantu penduduk di kawasan kritikal yang terkesan akibat gangguan bekalan air.
Ikuti perkongsian menerusi facebook miliknya.
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.