Jika beberapa hari yang lalu kita semua dikejutkan dengan berita kematian akibat COVID-19 yang pertama di Malaysia. Dan hari ini (20 Mac), satu lagi berita kematian telah dikongsikan di fb Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham.
Apa yang pasti, berita ini membuatkan ramai yang berasa sayu dan bimbang.Lantaran itu saranan #stayathome semakin giat dilaungkan.
Tergerak hati seorang doktor ini untuk berkongsi coretan diakaun fbnya agar lebih ramai terbuka mata.
Diharapkan selepas ini, semua orang patuh dan ambil peduli dengan setiap arahan kerajaan bagi memastikan penularan wabak ini dapat dihentikan sekali gus kita dapat menjalani hidup seperti biasa.
Ini perkongsiannya.
Sayunya hati bila tonton video pengebumian jenazah pesakit COVID-19.
Serius! Rasa nak menangis lihat apa yang berlaku kat Johor Bahru 17 Mac lepas.
Saya dah lihat banyak kematian yang berlaku di hospital.
Saya dah banyak kali saksikan respon keluarga saat pesakit nazak. Mereka berpeluang menyantuni pesakit sebelum berpisah buat selamanya.
Saya dah banyak kali saksikan ahli keluarga yang menitiskan air mata kesedihan, memeluk jenazah, menatap serta mencium wajahnya buat kali terakhir.
Yang ada kesempatan untuk bacakan surah Yasin dan ayat Al Quran lain di sisi si mati.
Ia pengalaman yang cukup menghibakan.
Ads
Namun apa yang berlaku kepada pesakit yang dijangkiti virus maut COVID-19, sungguh dasyat dan jauh lebih menyedihkan!
Sejak disahkan jangkitan, keluarga kesayangan langsung tak dapat peluang nak berziarah secara dekat.
Bila tiba waktu dipanggil pergi bertemu Tuhan, anak dan isteri tak dapat nak melihat dan memeluk jasadnya untuk kali yang terakhir.
Jika mangsanya orang tua, anak-anaknya tak dapat peluang berbakti buat kali terakhir.
Tiada istilah anak-anak mandikan jenazah ayah atau ibu.
Hanya tayammum diratakan ke atas balutan plastik.
Jenazah perlu dimasukkan ke dalam body bag dan dibawa sesegera mungkin ke tapak pengebumian.
Ads
Tiada juga istilah sambut jenazah ayah dalam liang lahad.
Jenazahnya hanya boleh diuruskan oleh beberapa orang petugas sahaja.
Bahkan semuanya wajib memakai pakaian lengkap peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Tak seorang pun yang dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan hinggalah selesai proses pengebumian.
Terpaksa kawan terpaksa!
Nak tak nak mesti lakukan sedemikian rupa demi mengelakkan penularan virus pada ahli keluarga yang masih hidup.
Ads
Kita pun tak nak petugas hospital yang bantu uruskan jenazah terkena jangkitan sama.
Kawan-kawan,
Kita berdoa sangat proses yang menghayat hati ni mudah-mudahan tak akan berlaku lagi pada orang lain.
Tak usahlah kita sengaja masukkan diri dalam kalangan kumpulan yang degil dan pandang rendah serangan virus maut ni.
Tolonglah sama-sama ambil peduli dan teruskan kempen #StayAtHome dengan baik. Jangan tunggu nak patuh hanya bila:
❌ Ahli keluarga sendiri yang dijangkiti atau terlantar kritikal di ICU
❌ Rakan terdekat yang masuk ke dalam senarai kontak kes
❌ Atau diri sendiri yang dikuarantin
Masa tu, takut-takut mungkin kita dah terlambat.
Tolong bantu saya #sebarkan mesej ini. Kita sama-sama hentikan penularan virus maut ini ya.
Siapa yang tak kenal dengan Johan Raja Lawak dan juga penyampai radio. Namun di sebalik itu, dia rupa-rupnya seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab dan prihatin.
Bahkan warga net sering melihat dia sebagai bapa dan suami contoh menerusi perkongsian dari isterinya yang memuat naik kisah mereka di instagram. Pernah sebelum ini, isterinya Ozlynn wati memuat naik ucapan terharu atas layanan suaminya.
Org pertama yg dpt kiss sblm anak2…. 😘 dia ckp dia rindu kita banyak2.. kita x caya.. tp bila dia bawak kita g pasar malam n belikan makanan fav kita putu mayam.. popia basah.. buah kundang ok cukup!! Kita dh bahagia😍.. kita tau dia sayang n rindu kita.. ok jap eh… dia baru lepas siku kita..
dia ckp “ u sengeh2 dgn sape?? Hp penting ke i penting?? … guys!! For sure aku habaq dia lg penting..sambil tgn aku laju dok menaip.. post dulu sat.. pastu siap dia kita lipat🤣🤣🤣🤣👅👅👻👻 ok janji!! Last ok papa.. i sayang u tauuu.. tauuuuu… tauuuuuu ( gaya Moleiq ),” luah Ozlynn.
atiqah.asAah kalau husband bawa pegi pasa malam paling heaven klu dia tak bawa tp hari ada pasa malam tu dia bawa balik makanan peberet perggh lagi heaven masa tu syurga ku di bawah tapak kaki mu😅😂
Kesilapan kaum wanita ketika berhenti haid. Ramai dalam kalangan kita sebenarnya masih tidak tahu bahawa apabila berhenti haid ada waktu-waktu solat yang perlu diganti.
Yang sering kita dengar jawapan dari para gadis
“Takpa bila tamat period solat tak kena qada pun, puasa je kena”
Hakikatnya penyataan tersebut salah. Kerana apabila haid berhenti pada waktu asar, perlu diqadha solat Asar dan Zohor. Begitu juga isyak dan magrib
Mengapa?
Kerana kita hanya menyedari keringnya darah dalam waktu asar/isyak.
Boleh jadi kerana kecuaian wanita itu sendiri melihat haidnya kering pada waktu asar, sedangkan sudah kering pada waktu zohor.
Sebagai langkah Ihtiyat menjaga hukum maka wajib perempuan qada solat Zohor meskipun dilihat darahnya kering waktu asar.
Oleh sebab itu, sesetengah ulama meletakkan fardhu Ain iaitu wajib ke atas setiap wanita untuk mempelajari ilmu berkenaan haid dan istihadhah kerana disebabkan kecuaian wanita berkenaan hukum hakam melibatkan haid mampu membawa kepada tidak sah solat dan puasa.
Di bulan puasa inilah kita para wanita kena berlumba-lumba qadha solat kerana ganjaran besar ke atas Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda.
Pada zaman yang canggih dan moden seperti kini, siapa sahaja yang tidak menggunakan media sosial? Baik tua mahupun muda. Semua orang kenal akan media sosial tetapi masih ada yang tidak tahu cara menggunakan media sosial atau alam maya dengan betul.
Baru-baru ini, pelakon KL Gangster, Datuk Aaron Aziz telah berkongsi cara didikan keselamatan anak-anak remajanya di talian bersama isterinya, Datin Diyana Halik, di sesi temubual bersama Ketua Dasar Awam Instagram, Rantau Asia Pasifik, Philip Chua dan pelakon dan pengacara, Daphne Iking.
Ini sebagaimana memetik laporan Harian Metro, difahamkan Aaron Aziz telah memberi sebuah mesej yang memberitahu bahawa ibu bapa tidak patut menyekat anak-anak mereka daripada menggunakan media sosial malah mereka sendiri juga menggunakannya. Ini akan menimbulkan perasaan ketidakadilan di kalangan anak. Jadi, ibu bapa hanya perlu memantau sahaja.
“Isteri selalu periksa dan kita juga ‘ambush’ apa dia (anak) buat dalam bilik, lihat berbual dengan siapa… Alhamdulillah setakat ini semua baik cuma perlu mengawal dan mengingatkan langkah keselamatan apabila menggunakan media sosial” kata beliau.
Daphne Iking juga turut berkongsi kebimbangan anaknya ketika menggunakan media sosial terutamanya terhadap buli siber dan “online predator”. Anaknya juga pernah dihantar gambar kemaluan seorang lelaki di akaun Instagram. Walaubagaimanapun, Daphne tidak menyekat penggunaan media sosial tetapi menekan keselamatan di alam maya dengan tidak mendedahkan butiran peribadinya.
Philip Chua berkata bahawa pihak Instagram telah melancarkan Alat Pengawasan Ibu Bapa dan Pusat Keluarga sebagai inisiatif berterusan untuk mengiklankan keselamatan remaja dalam talian yang akan bermula 16 September ini.
“Kemas kini terbaru ini adalah sebagai inisiatif penambahbaikan yang sudah kami lakukan sepanjang tahun lalu. Ia boleh melihat siapa yang diikuti anak dan siapa yang mengikuti mereka, had masa harian dan rehat yang dijadualkan sepanjang minggu untuk membantu remaja mengimbangi masa mereka di Instagram. Selain itu anak boleh memberitahu ibu bapa sekiranya mereka membuat laporan di Instagram supaya ia boleh dibincangkan bersama” kata Philip.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca semua. Keselamatan remaja dan kanak-kanak dalam talian adalah sangat penting bagi memastikan penggunaan media sosial adalah dengan cara yang betul dan selamat.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.