Keikhlasan dua beradik, Uwais Al Qorni,8, dan Aesha Khadeeja,10, yang menghadiahkan duit raya berjumlah RM7 kepada Perdana Menteri Kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata menyentuh hati ramai.
Momen spontan itu berlaku ketika mereka menyapa Perdana Menteri dari luar pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, sekali gus mencuri perhatian apabila tindakan kecil itu sarat dengan nilai keikhlasan.
Keletah mereka yang teruja bertegur sapa dan memberi duit raya itu nyata menarik perhatian dan sekaligus menyentuh hati Anwar yang mengambil keputusan untuk menghadiahkan iPad kepada dua beradik itu.
Ads
Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar mengakui pemberian tersebut benar-benar memberi kesan mendalam buat dirinya.
“Keikhlasan Uwais dan Aesha yang menghulurkan duit raya kepada saya semalam benar-benar meruntun jiwa. Hari ini, saya mengarahkan pasukan untuk turun menyantuni anak-anak ini serta keluarga mereka, sebagai tanda penghargaan atas keikhlasan yang tidak ternilai.
Ads
“Sumbangan kecil ini bukan sekadar hadiah, sebaliknya tanda kasih dan dorongan agar mereka terus tekun menuntut ilmu, membina masa depan yang lebih baik, dan kelak menjadi kebanggaan keluarga serta negara,” tulisnya.
Susulan itu, sumbangan berupa duit raya dan tablet itu disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU JPM) Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif yang mewakili Perdana Menteri.
Kisah ini sekali lagi membuktikan bahawa keikhlasan tidak diukur pada nilai wang, tetapi pada niat yang lahir dari hati, sekali gus menyentuh emosi masyarakat yang mengikuti perkembangan tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan masin kalau dihidangkan bersama nasi panas, ulam dan sambal belacan memang terasa hebatnya. Hangat dan terangkat. Sebenarnya taklah susah untuk hasilkan ikan masin sendiri di rumah. Senang sangat cara nak sediakannya.
Jom kita cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh blog chesitinoor.blogspot.my ini. Nampak senang. Jom cuba.
Untuk pengetahuan, ikan gelama adalah antara ikan yang selamat dimakan time berpantang. Hoho inilah juadah utama aku masa dalam pantang. Sedap bila bakar.
Aku memang buat sendiri ikan kering ni dah dekat-dekat time bersalin. Ok, apa kata kita tengok macamana nak buat ikan masin gelama, boleh adjust tahap kemasinan dan tahap kelembutan isinya. ewah…
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan
CARANYA:
1. Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya dan jangan sampai putus.
2. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gambar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang.Cuci bersih-bersih.
3. Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segenggam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik then masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
4. Esoknya, bilas ikan. Masa ini kita adjust rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur.
5. Bilas bersih dan toskan. Sebelum susun atas talam, basahkan/percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka, bau cuka akan menjauhkan lalat daripada ikan.
6. Sila jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari hingga 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
*nota:
Aku biasanya jemur 1 hari, kul 10.00pg-4.30 petang. Ikan dah kering, bungkus dan letak dalam freezer.
Tips:
1. Jemur kat atas bumbung rumah, makin tinggi tempat, makin sukar untuk lalat hinggap.
2. Sentiasa pantau sebab kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan, nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
3. Ikan ini bukan kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam freezer untuk elak daripada busuk atau hapak.
Sebut sahaja nama pasangan ini, pasti ramai yang terbayang gelagat si suami yang mencuit hati. Tidak sekadar itu, anak sulung pasangan ini sangat berbakat dalam bidang seni dan dilihat banyak mewarisi perangai si ayah yang ‘gila-gila’ orangnya.
Azad Jasmin dan Eira Syazira mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
Mengakui awal perkahwinan, pasangan ini sedikit ‘stres’ tatkala bercakap soal anak.
“Apabila baru berkahwin dan berada di bawah satu bumbung baru sedar banyak cabaran. Apatah lagi waktu itu kami ‘try hard’ untuk dapatkan anak. Selepas 7 bulan baru saya disahkan mengandung. Pada saya itu sudah lambat.
“Ditambah lagi usia suami waktu itu 37 tahun manakala saya 27 tahun. Jadi kami beremosi dan mula tension. Memang stres untuk tahun pertama tapi alhamdulillah selepas dapat anak barulah reda,” ujar Eira sambil mengakui anak ketiganya “tidak dirancang’ hanya selepas 7 bulan baru sedar diri mengandung.
“Loud’ di luar ‘soft’ di dalam
Mengakui anak perempuan sulung banyak mengikut perangai ‘gila-gila’ nya, namun tegas Azad masih ada batas dalam apa yang anaknya lakukan.
“Itu adalah tanggung jawab kami terutama saya sebagai bapa untuk mendidik. Waktu belajar kena belajar betul-betul, begitu juga waktu bermain, saya akan biarkan mereka bermain.
“Kami tahu batas untuk anak-anak dan tak lepas begitu sahaja. Saya tak suka marah-marah tapi lebih kepada terangkan pada anak apa yang kesalahan mereka. Mungkin orang tengok dalam tv saya jenis ‘loud’ tapi di rumah saya lebih ‘soft’ tetapi kalau sekali cakap boleh buat anak mengalir air mata,” ujar Azad lagi.
Mengulas lanjut mengenai anak sulung yang nampak serasi di hadapan kamera, Eira bagai mana pun enggan membenarkan anaknya terjebak awal dalam bidang seni.
“Jangan kita fikir duit, kasihan pada anak-anak kerana bukan masanya lagi mereka bekerja. Ini waktu mereka belajar itu yang saya cuba elakkan untuk anak-anak. Bila berganding dengan anak-anak dalam sesebuah drama, saya kasihan melihat mereka terpaksa berjaga sedangkan itu masa mereka bermain dan belajar. Bukan masanya lagi mereka bekerja,” ulas Eira sambil memberitahu akan menghantar anak sulungnya ke International School apabila bersekolah di Indonesia kelak.
Lebarkan kerjaya ke Indonesia
Eira yang kini meluaskan kerjayanya di Indonesi mengakui suami adalah penyokong kuat dan membuatkan semangatnya kembali berkobar dalam meneruskan kerja walaupun ditimpa pelbagai dugaan dan cabaran.
Bernaung di bawah Syarikat Positif Arts Entertainment yang menguruskan artis popular republik itu seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih, Eira mengaku keputusan berhijrah ke Jakarta cukup besar buat dirinya dan keluarga.
“Ikutkan saya nak fokus pada keluarga sahaja dan hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, tetapi suami ‘push’ dan dialah yang bertungkus lumus sehingga membolehkan saya dikenali di negara jiran. Buat masa sekarang dia yang menguruskan saya di Indonesia. Kalau diikutkan di sini pun ramai yang bertanya bila nak berlakon macam dulu tapi sebab komitmen di Indonesia dan juga anak-anak menyebabkan susah nak bahagikan masa.
“Kami ada rumah di Indinesia yang disediakan oleh pihak syarikat rakaman dan biasanya kalau ‘terbang’ ke sana, saya akan bawa bahan-bahan untuk memasak. Bohonglah andai kata awal-awal dulu saya tak takut. Malah macam-macam rasa ada. Bimbang ditipu dan pelbagai lagi. Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.
“Tapi suami banyak bagi semangat dan Alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun saya aktif disana Buat masa sekarang kami berulang alik sambil menantikan kelulusan permit untuk bekerja di sana. Kiranya tahun depan kami akan menetap di sana dan anak-anak pun akan ikut sekali,” cerita Eira lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.
Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita. Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telur
dan yakult. Hebat!
Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.