Tengok gambar pun dah rasa tak sabar nak makan, best kalau layan waktu hujan-hujan, kuah supnya yang panas dan pedas mahu berasap satu badan ni.

Menu ini berbeza dengan mi atau Mihun Sup Utara. Tetapi satu persamaan antaranya adalah cara penyediaan kuah. Ini yang sangat penting, salah step tak sedap jadinya nanti.

Terasa nak buat mi celup untuk hidangan petang nanti, jom admin kongsikan resipi dari Puan Tahrunnisah Jali. Sajian Mi celup sangat popular dan digemari terutama bagi penduduk di Pantai Timur dan Siam.

 

Resepi Mi Celup

Bahan-bahan

2.5 liter air
1/2kg -1 kg tulang daging/daging lembu/ayam
perut lembu
bebola daging
2 inci halia
2 batang serai diketuk
2 bunjut rempah sup tulang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji buah pelaga*
4 biji bunga cengkih*
2 kiub stok ayam
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih di ketuk dan dipotong dadu*
1 biji bawang besar dihiris nipis*

 

Cara membuat:
1. Didihkan air dan tulang daging/ daging/ ayam, serai diketuk, 
sup bunjut, stok ayam, kicap sehingga daging empuk.

2. Setelah  empuk keluarkan daging/ayam ..daging boleh la dihiris nipis 
dan ayam boleh dicarik-carikkan. Manakala perut pula..perlulah direbus berasingan dr perut tadi ye..setelah perut sudah lembut baru boleh masukkan dlm kuah  sup tadi..renehkan sebentar baru diangkat dan dipotong nipis.


2. Dalam kuali panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah 
dan putih yang dihiris halus serta kulit kayu manis, buah pelaga 
dan cengkih sehingga naik bau kemudian masukkan ke dalam 
air rebusan daging…siap

Sambal Lada

IKLAN

Segenggam cili api merah
Sedikit cuka
(Blend/kisar )

Lada Jeruk
10 biji lada hijau
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air
sedikit gula
sedikit garam

Caranya
Didihkan cuka dan air, masukkan lada hijau yang dipotong dan masukkan gula dan garam secukup rasa..dah berubah warna lada tu tutup api dapur siap

Minyak Bawang Putih
1 cawan minyak masak
1 labu bawang putih

IKLAN

Caranya
1. Cuci bersih dan Ketuk bawang putih dgn kulitnya skali..kemudian potong dadu kecik
2. Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bawang putih . goreng hingga kekuningan tp bukan hangus ye ..angkat dan simpan dlm botol

Bahan lain
Mee kuning,
Kuey tiow
Bihun
Daun sup/bawang dihiris nipis
Lobak asin direndam air panas sekejap dan dipotong dadu
Bawang goreng
Garam
Gula
Asam limau nipis
Sawi rebus
Tauge

cara hidang

  • Masukkan mee kuning ke, kuey teow ke, atau bihun dlm mangkuk
    masukkan daging yang dihiris nipis, perut yang dipotong kecik atau ayam yang dicarik-carik serta semua bahan2 seperti dalam gambar dan baru letak kuah yg betul2 panas .
  • Biasa orang belah kelantan atau thailand..gula dan garam mereka letak dlm mangkuk sup mereka.

Sumber: FB Tahrunnisah Jali