Hakikatnya jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak tolok bandingnya dalam sesebuah  Institusi kekeluargaan yang merupakan antara unit penting dalam kehidupan bermasyarakat. Jasa seorang ibu mendidik anak dengan sempurna sangatlah penting sehingga menjadi faktor utama pembentukan jati diri anak.

Malah, pada zaman sekarang, kita sering mendengar masalah-masalah yang berkaitan dengan anak yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti vendalisme, gengsterisme dan sebagainya. Lantaran itu, seorang ibu adalah individu yang bertangunggjawab dalam mendidik anak-anak membentuk menjadi insan yang akan memimpin negara dan menjadi insan yang berguna kepada negara dan masyarakat.

Majalah Keluarga mendapatkan kupasan oleh Pakar Motivasi terkenal, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai inspirasi seorang ibu mendidik anak-anak menjadi seorang yang cemerlang dalam hidupnya.

Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Kongsi Rahsia Menjadi Ibu Yang Hebat Dalam Mendidik Anak Jadi Cemerlang

Ibu yang hebat

Sesungguhnya bukan mudah bergelar ibu, walaupun bergelar suri rumahtangga ataupun yang  bekerjaya. Seorang ibu yang berjaya mendidik anak dengan cemerlang sudah pastiya memiliki ciri-ciri inspirasi dalam dirinya.

Cabaran bukan sahaja menguruskan pelbagai keletah anak, namun ia termasuk kesihatan, akademik, emosi dan sebagainya yang harus dilakukan dengan penuh kasih sayang tanpa syarat. Pastinya akan lahir rasa kagum apabila melihat ada ibu yang boleh membesarkan anak lebih daripada 10 orang anak, anak yang menjadi tokoh disegani dalam masyarakat atau berjasa kepada negara.

Lazimnya ibu idola ini mempunyai sikap yang sentiasa positif tinggi dalam diri bahawa percaya dan yakin bahawa anak-anaknya boleh berjaya dalam akademik, sukan, perniagaan atau sebarang kemahiran.

Dirinya juga sentiasa memberi aura kasih sayang tanpa syarat. Misalnya tiada kasih sayang untuk anak pertama, bergaji besar atau anak yang lebih cantik. Di mata ibu ini, kasih sayangnya adalah 100 peratus untuk setiap anak-anaknya. Bagainya, kasih sayang ini bukan sebiji kek yang dipotong dan dibahagikan. Sayangnya tetap 100 peratus dan tanpa syarat!

Doa juga merupakan senjata rahsia buat ibu-ibu ini berjaya mendidik anak-anaknya. Setiap solatnya doa dititipkan agar anak-anak diberi kejayaan dan dirinya diberi kekuatan untuk mendidik dengan sempurna.

IKLAN

Malah mereka menjadi guru kepada anak-anaknya tanpa mengira masa dengan membantu segala keperluannya. Malah sentiasa menceritakan pencapaian, kesusahan dan kejayaan yang dialaminya dulu. Moga menjadi inspirasi buat anak-anaknya.

 Peranan ibu didik anak  cemerlang dalam kehidupan

Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Kongsi Rahsia Menjadi Ibu Yang Hebat Dalam Mendidik Anak Jadi Cemerlang

 Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala. Namun tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka menjadi seorang yang tidak berjaya. Ia termasuk membentuk sikapnya terhadap agama, akhlak, sikap, akademik dan meningkatkan kemahiran dalam dirinya.

  1. Didikan agama

Mendidik anak supaya menjaga ibadat solat, takut berbuat dosa dan maksiat. Galakkan anak untuk bercakap benar walaupun kesan kebenarannya itu akan memudaratkan dirinya sehingga kena dihukum dan dimarahi setelah berkata benar. Dedahkan juga anak dengan kekuatan akidah dan tauhid untuk menghadapi cabaran internet dan media sosial yang boleh menyebabkan mereka rasa tergugat hati tentang hidupan beragama. Walaupun wujud masalah yang besar, anak ini rela berkorban setelah memilik akidah dalam dirinya.

  1. Akhlak

Mendidik anak dengan kehalusan budi bahasa dalam jiwanya ia termasuk menjaga adab bercakap, hormat dan merendah diri dan  menjaga hak-hak orang lain. Sikap ini semakin kurang dalam masyarakat kita kini. Adab dan sopan inilah harus dibentuk dalam diri anak-anak  supaya apabila berjumpa dengan masyarakat yang memerlukan pertolongan akan sedia menghulurkan bantuan.

IKLAN

3.Bentuk sikap

Anak harus dibentuk mempunyai sikap yang postif dalam dirinya. Apabila melakukan sesuatu kerja akan melakukan dengan bersungguhnya dan menjaga kualiti kerja. Oleh itu, ibu harus menjadi idola terbaik untuk anak membentuk sikap ini. Lazimnya anak akan menjadikan ibu sebagai contoh dalam dalam hidupnya. Ibu pastinya akrab dengan anak setelah hamilkannya selama sembilan bulan dan menyusukan selama dua tahun. Jalinan ini akan membuatkan anak menjadikan ibu adalah cerminan buat dirinya dengan mewarisi sikap ibunya.

4.Akademik

Seorang ibu itu perlu memastikan anak mempunyai pencapaian akademik yang bagus. Walaupun bapa perlu memainkan peranan sama namun kesibukan dengan kerjaya dan menjadi ketua keluarga untuk ekonomi keluarga, ibu memainkan peranan penting untuk mendidik anak cemerlang akademik. Ibu akan membantu anak menyediakan keperluan pembelajaran anak termasuk buku dan kelas tambahan. Juga memastikan kerja sekolah dan perkemba

5.Kemahiran anak

Secara umumnya ramai ibu bapa lambat meningkatkan kemahiran dalam diri anak. Apabila menghadapi peperiksan, anak gagal untuk memberi keputusan yang cemerlang. Seharusnya tingkatkan bakat anak sejak di tadika lagi. Kenal pasti bakat anak termasuk minat melukis, memasak atau sukan. Hantarkan mereka kepada jurulatih profesional untuk tingkatkan kemahiran mereka. Oleh itu, bakat ini lah yang akan menjadi rezekinya dalam membina kerjayanya nanti.

IKLAN

Cabaran mendidik anak

Cabaran mendidik anak-anak menjadikan ibu itu istimewa. Tapi, di sebalik semua tu, perlu diakui bahawa bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Tambahan pula zaman serba  moden ini.

1.Sabar

Memang bukan mudah menjadi seorang yang sabar. Namun perlu dengan dengan telatah, bakat  dan kebolehan yang berbeza dan anak yang sering membawa masalah berbanding dengan anak lain. Kita kena ingat, Allah S.W.T telah menjelaskan anak itu adalah amanah.  Anak adalah dugaan untuk menguji kesabaran kita.

2.Terima anak seadanya

Setiap anak yang dilahirkan itu ada keistimewaannya tersendiri. Begitu juga jika mempunyai anak yang tidak sempurna anggota badannya, ibu harus menerimanya dengan seadanya dan jadikan ia sebahagian dalam hidup. Walaupun ia memerlukan sebahagian besar pengorbanan dalam hidup. Begitu juga dengan kecemerlangan akademik anak. Anak pandai, ibu ayah gembira, Tapi jika memiliki anak yang 10 kali diajar, ibu jangan patah semangat. Inilah cabaran ibu untuk mencari kemahiran diri buatnya agar dapat harungi hari mendatang kelak.

3.Gajet  dan media sosial

Apabila maklumat dihujung jari, anak-anak mudah dipengaruhi unsur negatif. Pastinya ia cabaran buat ibu untuk mendisplin anak anak ini agar tidak terpesong daripada landasan hidup. Pemantuan setiap aktiviti anak perlu diketahui ibu dapat menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan  di abad 21 ini.

Sumber: Majalah Keluarga

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI