Impian untuk meraih pendapatan hasil jualan pertama lumayan musnah dan kini hanya bergantung kepada jualan harian di sekitar Kemaman sahaja.

Siapa sangka dugaan menimpa pasangan suami isteri apabila tempahan nanas yang dijualnya dibatalkan apabila pelanggan meninggal dunia akibat Covid-19.

Hasil pertanian pertama sebanyak 500 kilogram itu merupakan nanas jenis MD2 telah siap dipetik.Dalam tempoh seminggu, jika dibiarkan buah ini akan mengalami kerosakan. Namun siapa kita untuk melawan takdirNya.

Diuji Tempahan 500kg Nanas Dibatalkan Pelanggan Meninggal Akibat Covid-19, Tak Sampai 24 Jam Warganet Baik Hati Tolong Belikan.

Ujian berat itu telah mengundang kesedihan seorang adik ipar menerusi satu hantaran di Twitter @syifamajid yang meluahkan rasa simpati dugaan dalam perniagaan. Memohon supaya ada warganet yang sudi membeli buah berkenaan.

“Dugaan abg ipar. First time baru nak rasa hasil nenas. Ada yang dah booking 500kg. Tetiba orang booking tu meninggal covid. Now buah banyak dalam seminggu tak jual rosak buah. Mintak RT tweet (ulang kicau) ni boleh?.”

Diuji Tempahan 500kg Nanas Dibatalkan Pelanggan Meninggal Akibat Covid-19, Tak Sampai 24 Jam Warganet Baik Hati Tolong Belikan.

 

Berjaya jual 200kg!

Setelah dimuat naik kisah berkenaan, tak sampai 24 jam telah mendapat respon daripada warganet yang bersimpati. Hasilnya 200kg nanas telah berjaya dijual. Melahirkan rasa syukur dan terharu apabila ada yang sanggup membeli secara online  biarpun tinggal jauh iaitu dari Kuala Lumpur dan Johor sanggup buat bayaran secara online.

Diuji Tempahan 500kg Nanas Dibatalkan Pelanggan Meninggal Akibat Covid-19, Tak Sampai 24 Jam Warganet Baik Hati Tolong Belikan.

 

 

Syukur permintaan banyak!

Harini abang ipar cod area jitra dulu tak sempat cod area alor setar sambung esok pulak. Permintaan terlampau banyak. Terima kasih semuaaaa!!!

Diuji Tempahan 500kg Nanas Dibatalkan Pelanggan Meninggal Akibat Covid-19, Tak Sampai 24 Jam Warganet Baik Hati Tolong Belikan.

Sehingga kini dua hantaran ini yang dimuat naik telah di ulang siar sebanyak 10.9K. Moga cara ini dapat membantu peniaga ini menjual nanasnya dengan segera sebelum mengalami kerosakan.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Diuji Tempahan 500kg Nanas Dibatalkan Pelanggan Meninggal Akibat Covid-19, Tak Sampai 24 Jam Warganet Baik Hati Tolong Belikan.

Diuji Tempahan 500kg Nanas Dibatalkan Pelanggan Meninggal Akibat Covid-19, Tak Sampai 24 Jam Warganet Baik Hati Tolong Belikan.

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Diuji Tempahan 500kg Nanas Dibatalkan Pelanggan Meninggal Akibat Covid-19, Tak Sampai 24 Jam Warganet Baik Hati Tolong Belikan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI