Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usia yang baru memasuki setahun lebih, si kecil ini sudah diduga dengan ujian berat. Sejak dilahirkan, dia terpaksa tinggal di wad berikutan mempunyai masalah saluran pernafasan yang sempit selain saluran makan yang tidak sampai ke perut.

Lebih memeritkan ibu bapanya adalah dari kalangan asnaf miskin. Dek kesihatan anak sedemikian, menyebabkan si ayah terpaksa berhenti kerja bagi menumpukan perhatian pada si kecil ini.

Usai dibenarkan pulang ke rumah, giliran si ibu pula terpaksa berhenti kerja kerana terpaksa fokus menjaga anak ini yang diberi susu menerusi saluran usus.

Ini serba sedikit perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh yang banyak membantu keluarga yang memerlukan bantuan. Keluarga ini dibantu menerusi #DanaKITA selain dirujuk kepada pihak Lembaga Zakat Selangor.


 

Petang tadi dari rumah Nana terus aku ke rumah adik Arfa ini. Baby baru berusia setahun lebih ini baru keluar wad.

Masalah pernafasan akibat salur pernafasan yang sempit selain saluran makan tidak sampai ke perut sejak dari lahir.

Sejak dari lahir, adik Arfa terpaksa tinggal di dalam wad. Baru beberapa minggu dibenarkan pulang setelah nurse latih ibunya untuk menjaga adik Arfa dengan cara yang betul.

Mulanya si ayah berhenti kerja untuk jaga anak bongsu mereka. Namun baru-baru ini ibu terpaksa berhenti untuk mengurus anak masukkan susu ikut saluran usus pula.

Dua tebukan di perut dan satu tebukan dileher anak kecil ini. ?

Ayahnya bekerja kontrak di GedEx, dan kini ibunya sepenuh masa menjaga anak di rumah.

Aku minta mereka mohon zakat kerana pada penilaian aku keluarga ini sangat layak. Kos untuk urus adik Arfa sahaja dah berapa. Adik Arfa pula perlu perhatian penuh menyebabkan si ibu tak boleh bekerja.

Aku dah panjangkan kes ini pada Lembaga Zakat Selangor, InsyaAllah mereka akan turun bantu. Moga dipermudahkan urusan mereka.

Lepas tu aku terus order susu dan pampers untuk adik Arfa. Bantuan kilat dari Dana Kita sementara pusat zakat turun nilai.

Selesai ziarah adik Arfa, mesej masuk dari satu keluarga miskin mohon bantuan pula. Keperluan hygiene pula kehabisan disamping anak mereka demam.

IKLAN

Alhamdulillah, keluarga ini pun aku dah bantu. Selepas itu jumpa satu lagi ketua keluarga yang mengadu tentang masalah rumahtangga.

Sesi mendengar dan memberi nasihat awal aku dah beri. Esok atau lusa aku nak hadap kedua mereka dan cuba kaunseling sikitlah agar hubungan mereka makin pulih hendaknya. Amin.

Selesai la dahulu untuk hari ini. List menunggu untuk bertemu aku dan perlu aku selesaikan masih panjang.

Beginilah sebenarnya hampir setiap hari. Dana Kita bergerak tanpa henti. Cuma aku je malas nak menulis. ?

Apa pun, terima kasih atas sokongan semua. Kerana kalian aku terus kental berdiri.

IKLAN

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah #DanaKITA.

#MFS


Sementara itu  pihak Lembaga Zakat Selangor turut berkunjung ke rumah keluarga ini.

Menurut Ketua Operasi Agihan Daerah Gombak, Abdul Razak Razali, memang mereka dalam kesusahan. Mereka layak didaftarkan sebagai asnaf miskin.

 

“Alhamdulillah, anak kecil ini telah dibenarkan pulang ke rumah. Namun, bagi meneruskan kehidupan tanpa simpanan dan wang bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Zakat Selangor segera menyalurkan bantuan sebanyak RM500 untuk meringankan kehidupan mereka.

Bantuan perubatan dan sewa rumah juag akan dipertimbangkan untuk mereka,” ujarnya.