Tahun ini pasti meninggalkan sejarah buat anak-anak kerana buat pertama kalinya mereka terpaksa menjalani Sesi pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Pelbagai telatah dan gaya dikongsikan ibu bapa pada hari pertama anak-anak mereka berbuat demikian menerusi media sosial.
Selebriti juga tidak ketinggalan berkongsi momen tersebut.
Menerusi instagramnya, Hanis Zalikha memuat naik sekeping gambar anak sulungnya, Yusuf Iskandar sedang menjalani sesi pembelajaran.
Yusuf Iskandar, first day of (online) school at home, 2021.
Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh Hanis. Dilihat Yusuf berada di sudut dalam biliknya yang lengkap dengan kerusi, meja dan pelbagai bahan bacaan.
Cukup menarik, nampak kemas dan tersusun rapi. Rata-rata warganet teruja melihat bilik Yusuf yang pada anggapan mereka tidak ubah seperti berada di dalam perpustakaan.
Cantiknya bilik Yusuf
Bahkan, ada yang meminta Hanis untuk membuat house tour kerana ingin melihat sendiri dekorasi di dalam kediaman pasangan muda ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak pilu, jiwa bapa mana yang tidak sedih. Cahaya mata yang dinanti selama ini hanya berpeluang mendukung dan memegang cahaya mata seketika sahaja.
53 hari saat bahagia buat pasangan suami isteri ini bersama dengan bayi lelaki sebelum dijemput kembali oleh Sang Pencipta. Luka bersalin masih belum sembuh, namun hatinya pula ditoreh-toreh. Bayangkan bayi yang dikandung selama 9 bulan pergi tak kembali.
Inilah yang berlaku kepada Cik Puan Reen apabila anaknya dimasukkan ke hospital ketika dia sedang berpantang. Anaknya dikatakan mengalami pendarahan otak sehingga menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ikuti luahan ibu ini menerusi laman facebooknya.
Al-Fatihah. Muhammad Hakim bin Muzri 30.5.19 – 21.7.19 Mama coretkan di sini utk kenangan kita. Hakim anak mama dan daddy…
11.7.19 Kami bawa Hakim ke Hospital Putrajaya selepas tengok dia ada sentakan sebelah kiri badan. Sebelum tu dia menangis teruk dan kami juga ke Darusyifa. Di hospital putrajaya, result ct scan tunjukkan ada pendarahan di kepala. Hakim disahkan IVH. Doc consult dan bagitau kena refer ke Hospital Kuala Lumpur sbb Hospital Putrajaya tiada pakar neuro utk baby tapi keadaan bergantung kpd kekosongan ICU di HKL. Malam tu anak mama warded di Hospital Putrajaya. Hanya Allah yg tahu perasaan kami mama dan daddy betapa sedih masa tu. Mama belum habis pantang.
12.7.19 Happy birthday Daddy. Tapi mama terlupa sgt sbb terlalu risaukan Hakim.Harini hari ke 44 pantang tapi mama sgt tak berdaya.Harini, Hakim dibawa naik ambulan ke HKL. Alhamdulillah ada kekosongan ICU dan pembedahan akan dilakukan segera. Di zon merah HKL , doc bgtau mengenai pembedahan EVD dan semua kemungkinan semasa pembedahan. Kami proceed utk kebaikan Hakim. Dalam jam 12 tgh pembedahan EVD dilakukan. Mama penat dan badan terlalu sakit mungkin sbb kurang rehat dlm pantang. Mama terjatuh dlm surau sementara tunggu pembedahan Hakim tapi takpe sebab selepas dua jam alhamdulillah Hakim stabil dan dimasukkan ke wad PHDW di Jab Pediatrik. Hakim strong sgt sbb lepas bedah terus boleh hisap susu botol.
13.7.19 Keadaan Hakim stabil tapi taknak hisap susu harini. Mungkin sebab sakit. Mama pujuk2 dan Hakim minum jugak. Hakim baik dan dengar cakap. Bila nak nangis, mama pujuk dan Hakim terus diam.
14.7.19 Oleh sebab Hakim dah stabil, Hakim dipindahkan ke Wad Neurologi N6B katil 2E. Nurse letak Hakim depan diorang sbb keadaan Hakim masih baby consider kritikal. Daddy temankan Hakim sebab mama sakit badan dan balik berurut.
15.7.19 Harini Hakim tarik cabut tiub susu dan ubat kat hidung. Tapi mama tak risau sbb Hakim pandai makan ubat dan dah boleh minum susu. Dan mama percaya Daddy jaga Hakim.
16.7.19 Mama, Daddy teman Hakim tido. Mama tak kesah kita bertiga berhimpit tidur atas katil single hospital ni asalkan anak mama cepat sembuh. Mama beli susu terbaik utk Hakim. Stok pampers pun mama beli sbb Daddy kata Hakim mcm lama lagi kat situ. Mama beli jugak baju baru utk Hakim.
17.7.19 Hidup mama dan daddy mcm dah sebati kat sini. Mama jadi sedikit kuat bila tengok ada yg lagi teruk sakitnya dari Hakim. Mama tenang bila berbual dgn auntie Safira. Anaknya kena kanser otak. Mama doakan Al-Alif anak auntie Safira dan uncle Asri terus kuat berjuang melawan kanser. Kawan2 lain pun sama..auntie Lily, Siti, Aina..masing2 dgn sakit anak masing2. We support each other masa dalamm wad.
18.7.19 Hari-hari pakar neuro, Mr Azmi dan team doc neuro yg lain tengok Hakim. Doc kata next week nak buat MRA untuk check blood vessel sbb pendarahan tu tak tahu apa puncanya sbb Hakim tak pernah jatuh dan tak tidur buai pun. Nak check juga takut ada abnormal blood. Harini Hakim ada leaking di kepala tempat EVD. Tapi doc dan nurse bantu utk check sentiasa dan cuci.
19.7.19 Hakim panggil mama mama. Daddy dengar Hakim panggil Mama. Bila nangis Hakim merengek. Ma…Ma..Mama…Mama happy sgt. Hakim berbual ngn mama mcm nak cerita sesuatu.Bila mama panggil pun Hakim menyahut.
20.7.19 Pagi ni Hakim okay cuma Hakim asyik muntah susu. Dah burp kan muntah atas bahu mama.Hakim tido mengiring sendiri mcm menahan sakit. Nurse tukar tiub baru. Leaking stop kejap tapi fluid dan darah makin banyak keluar dan tak ikut anggaran doc. Mama jadi risau sbb Hakim mcm merengek sakit. Jam 11 malam Hakim menangis kuat sgt mcm terlalu sakit. Hakim tunjuk simptom sama macam mula2 sebelum ke hospital putrajaya dulu. Mama takut sgt. Semua nurse kerumun Hakim sbb Hakim mcm kena sawan. Mama tak kuat sbb kesian tengok Hakim. Doc on call datang dan decide ct scan utk Hakim.
21.7.19 Jam 1 pagi nurse berkejar bawak Hakim utk ct scan. Daddy pimpin tangan mama kita sama2 berkejar utk pergi ct scan kepala Hakim. Tumit kaki mama sakit sgt tapi mama gagahkan diri ikut nurse bergegas bawak Hakim pergi scan. Balik dari scan Hakim tak tido. Mama dan daddy sama2 tengok Hakim sbb Hakim demam on off. Jam 4 pagi, doktor panggil mama dan daddy. Doc neuro consult pasal result ct scan tadi. Katanya , pendarahan yg lama dah hampir clear tapi…. ada pendarahan baru sebelah kanan yg tak tahu apa puncanya. Pendarahan baru tu dah himpit otak. Pembedahan segera perlu dilakukan.
Pembedahan kali ni lebih besar sbb makan masa 4 hingga 5 jam. Doc bedah perlu buka tengkorak sbb darah di kawasan tisu di bawah tengkorak kanan. Mama dan daddy setuju utk pembedahan. Jam 6 pagi doc tranfuse darah dua pack sbb Hb Hakim terlalu rendah. Risiko pendarahan tinggi kalau Hb tak sampai 10 sedangkan bacaan Hb Hakim 6 saja. 4 jam mama dan daddy tunggu Hakim dimasukkan darah . Hakim darah O sama mcm daddy. Kali ni mama rasa dalam solat subuh mama macam serba tak kena. Mungkin sebab mama terlalu risau.Pagi ni kita ambil gambar sama2 bertiga. Momen ni mama dan daddy happy sgt. Tapi dalam hati hanya Tuhan saja yg tahu sbb pembedahan kali ni lebih berisiko.
Jam 10 pagi ambulan hantar Hakim ke Jabatan Pediatrik semula utk pembedahan di Dewan Bedah Peadiatrik. Mama dan Daddy sama2 dgn Hakim. Mama teman Hakim sekejap dalam bilik bedah masa Hakim kena bius. Mancung hidung Hakim Doc bius kata. Hakim hensem comel kata Doc. Mama rasa kuat sekejap tengok team bedah yg sangat positif. Mama cium Hakim dan mama keluar dari OT. Mama tak sangka ni kali terakhir mama cium Hakim dalam suara tangisan Hakim.
10.45 pagi… pembedahan dijalankan. Mama dan daddy tunggu Hakim. Mama dan daddy berehat kat surau sementara tunggu Hakim.Masa waktu Zohor mama resah sgt. Mama baca yasin tapi hati mama gelisah. Tiba2 daddy laung panggil nama mama dari luar surau . Rupanya doktor bedah cari kami. Mama silent fon sbb solat Zohor. Mama tak dengar. Kami diminta tunggu di dalam kawasan dewan bedah. Tak lama kemudian 4 org doktor bedah keluar. Mama dan daddy rasa tak sedap hati. Doc bagitahu masa pembedahan mula2 semua ok sampailah time tengkorak dah dibuka utk keluarkan darah di kawasan tisu tiba2 darah keluar banyak.
Doc tunjuk gambar tu. Allahu. Kasihan anak mama. Masa tu kata doc kata blood pressure Hakim dah tak dapat dibaca. Nadi Hakim terhenti sampai team Doc bagi emergency CPR. Pembedahan tak dapat diteruskan lg sbb darah terlalu banyak dan doc terpaksa jahit semula. Doc beri ubat dan Hakim hanya bergantung hidup pada ubat tu dan oksigen. Habis kesan ubat bermaksud Hakim selamanya tinggalkan mama dan daddy.
Doc akan bawa Hakim ke ICU dan kami panggil ahli keluarga.Ini menjawab semua keresahan hati mama. Ya Allah … kuatkan kanlah mama dan daddy..Jam 3 ptg Hakim dibawa ke ICU. Kesian anak mama. Kepala Hakim penuh berjahit. Family datang dan tengok Hakim. Adik beradik Hakim…Kakak Aleesya, Kakak Lala, Iman dan Aisya datang tengok Hakim. Kesan ubat mulai habis.. mama pangku Hakim sampai habis nafas Hakim.
7.15 mlm.. Innalillahiwainnailaihirojiun. Hakim dijemput Ilahi. Berat hati mama dan daddy tapi mama redha lepaskan Hakim. Sebab kematian yg doc tulis ‘ spontaneous non traumatic right acute subdural hemorrhage’.. Mama dan daddy redha sayang. Berat hati mama dan daddy melangkah masuk semula ke wad neuro utk ambil barang kita semua. Susu pampers dan baju baru mama sedekahkan utk baby di wad tu. Tak kuat hati mama utk hadap semua barang2 Hakim. Pagi jam 7 pagi..Mama dan daddy mandikan Hakim di surau di HKL. Sepanjang pantang memang Daddy dan Tok yg mandikan Hakim.Mama belum sempat mandikan Hakim lagi.
Tak sangka mama hanya sempat mandikan Hakim utk mandi jenazah. Ya Allah sedih Tuhan sahaja yg tahu.Tapi mama cuba utk tahan air mata masa mandikan Hakim. Mama dan daddy sabunkan Hakim dan jirus Hakim wangi2. Terima kasih ya Allah pinjamkan amanah ini selama 53 hari. Kami semua bersyukur dan gembira dgn kehadiran Hakim walaupun sekejap. Terima kasih pada semua family dan sahabat2 yg sama2 mendoakan Hakim. Terima kasih juga kerana banyak membantu selama ini.
Terima kasih kpd para doktor dan jururawat di Hospital Putrajaya ,Jab Pediatrik HKL dan juga wad Neurologi 6B Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman HKL. Terima kasih pada semua yg datang ziarah Hakim masa di wad hospital, di masjid UPM dan tanah perkuburan UPM tempat Hakim disemadikan. InsyaAllah Hakim anak syurga mama dan daddy.
Mama halalkan setiap titik susu mama untuk Hakim. Takpe nak, mama dan daddy redha andai ini yang terbaik utk Hakim. Hakim mesti tengah gembira bermain main di syurga. Mama dan daddy akan terus doakan Hakim. Mama masih terasa sejuknya nafas dan kulit Hakim dalam pangkuan mama sebelum Hakim dijemput Ilahi. Hakim anakku sayang…tunggu mama dan daddy ya sayang. Mama dan daddy sayang Hakim selamanya? Al-Fatihah utk anakku sayang… ?Muhammad Hakim Bin Muzri 30.5.19 – 21.7.19 (53hari) #anaksyurgamamadaddy
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, cuma kita tidak tahu bagaimana dan bila akan tiba ajal datang menjemput. Bila masa sudah tiba ada si anak ditinggalkan ibu atau ayah, anak meninggalkan ibu bapa, suami pergi dulu, tinggalkan isteri dengan anak-anak masih kecil dan sebagainya. Yang pasti, kematian memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Bagi Noor Nadia Kamaludin, pilu hati sebagai seorang isteri hanya Tuhan yang tahu. Suami tersayang, Mohd Fatah Hashim, 34 keluar bekerja beberapa jam dalam keadaan sihat dan tiada ada sebarang perubahan akhirnya ditemui dengan jasad yang kaku.
Sukar menerima hakikat tersebut namun Noor Nadia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut bagaimana pun reda dan pasrah. Masih terngiang-ngiang suara arwah suaminya sebelum keluar bekerja.
Lebih memilukan sebelum itu, Noor Nadia atau mesra dipanggil Nadia bermimpi arwah suaminya meninggal dunia.
“Dua minggu sebelum kejadian, saya ada mimpi arwah meninggal dunia. tak tahu bagaimana dia meninggal tapi nampak dah meninggal. Saya ceritakan hal tu pada arwah, tetapi dia hanya senyum dan ketawa sahaja. Sehari sebelum tu, arwah sakit perut, jadi dia tak banyak cakap diam sahaja.
“Esoknya 9 hari kejadian arwah masuk shif pagi. Saya tak sangka benda tersebut jadi kenyataan. Tapi sebelum ke tempat operasi, arwah ada pulang ke rumah dan sempat jamah kuih yang saya buat. Sebelum ke tempat kerja, saya pelik bila arwah panggil lalu peluk dan cium anak-anak seolah-olah dah tahu dia nak ‘pergi’.
‘Sepatutnya waktu kerja arwah habis jam 8 malam tapi dia belum pulang pukul 8 lebih ada anggota bombda datang ke rumah dan sampaikan berita arwah lemas dan minta saya ke hospital untuk pengecaman jenazah,” ujar Nadia merupakan suri rumah tangga, yang mempunyai dua orang anak kecil berusia 3 tahun dan setahun lebih.
Arwah Mohd Fattah dan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.
Menurut isteri Allahyarham, suaminya berkhidmat dalam Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) sejak tujuh tahun lalu. Mohd Fatah merupakan salah seorang daripada anggota PPDA BBP Pelabuhan Klang.
Selain Fattah, lima lagi anggota yang terkorban adalah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Usai proses post mortem, semua jenazah di bawa ke Balai Bomba Dan penyelamat Seksyen 15 untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir. Suasana pilu menyelubungi perkarangan balai berkenaan dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan mangsa.
Alfatihah buat keenam-enam wira penyelamat ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di