Terbaru, pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya sedang hamil enam bulan. Berkongsi berita itu kepada umum ketika majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC.
Menurutnya tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan cahaya mata ketiganya itu, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Berbeza dengan kehamilannya sebelum ini untuk anak yang pertama dan kedua, suami berkongsi berita gembira tersebut. Namun untuk anak yang ketiga ini Yana akan maklumkan bahawa dirinya tengah hamil jika ada yang bertanya dan lihat perubahan fizikalnya.
“Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Sebabnya saya kan ada PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur. Saya pula dah tiga kali keguguran.
Ads
“Bagi saya, kalau masih awal hamil itu kalau tak cakap pun tidak apa lagi kot. Tiada niat pun tak nak beritahu, siapa nampak saya tidak menidakkan. Alhamdulillah dah enam bulan, insya-Allah hujung bulan Januari atau awal Februari tahun depan saya bersalin,” jelasnya.
Dalam masa sama, Yana turut berkongsi pengalaman dengan mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali untuk kandungan kali ini.
Ads
“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital.
“Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A,” kongsinya lagi yang akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah pembedahan.
Sejak memasuki fasa Endemik ekoran penularan virus Covid-19, sedar atau tidak kita sudah semakin leka dalam menjaga jarak diri agar virus ini tidak mendekati atau menular lebih-lebih lagi di kalangan ahli keluarga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi amaran bahawa negara ini sedang berdepan dengan gelombang kecil Covid-19 varian Omicron XBB.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, gelombang itu dijangka menyebabkan negara merekodkan peningkatan kes dalam beberapa minggu akan datang.
“Sama ada ia menjadi gelombang besar, ia bergantung kepada tingkah laku komuniti,” katanya.
Sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan adalah melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).
Sehubungan itu, memahami risiko penularan COVID-19, kita haruslah mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian adalah amat penting untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal selamat.
Orang kata bila umur 40 tahun, inilah kemuncak kehidupan dan dikatakan cukup istimewa. Malah tidak kurang juga yang menyifatkan life begins at 40, di mana angka tersebut bagai pintu gerbang yang membawa seseorang untuk terus melangkah ke satu fasa baru kehidupan.
Pun begitu usah lupa, semakin meningkat umur itu bermakna semakin singkat jua usia kita di dunia ini. Lantaran itu, selagi masih dipinjamkan masa, kudrat dan usia yang bersisa, sebaiknya rebutlah untuk lakukan yang terbaik dan bermakna dalam hidup.
Begitu juga dalam hubungan dengan suami isteri. Bertahun-tahun hidup bersama, teruslah mencipta kenangan terindah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Khairul Anuar Basri, seorang suami ini yang mengakui bila umurnya mencecah 40 tahun ada berlaku perubahan dalam dirinya. Bolehlah jadikan panduan untuk kebaikan bersama.
Ini perkongsiannya.
Bila umur dah cecah 40 tahun, saya rasa macam nak lebih masa bersama isteri. Perasaan tu selalu datang membuak-buak.
Kalau boleh, ke mana saja nak isteri temankan. Kalau boleh, tak nak berenggang walau sesaat. Kalau boleh asyik nak berkepit saja macam belangkas.
Sebab tu saya sentiasa berfikir apa lagi masa yang boleh dicipta untuk lebih masa bersama isteri saya.
Yelah, kalau sebelum ni masing-masing sibuk. Saya dengan kerja saya. Dia dengan kerja dia. Keluar rumah pagi-pagi, balik rumah dah lewat petang. Malam-malam dah penat.
Tak best la hidup macam tu. Sebelum kahwin bukan main ada banyak masa untuk bersama. Jumpa, tulis surat (zaman kami bercinta dulu la) call, mesej (again, zaman tu belum ada whatsapp) dan emel (hahaha.. ini saya rasa kelakar).
Tapi lepas kahwin, dah macam takde dah masa berdua. Asyik sibuk aje memanjang. Mungkin dah take for granted kot. Atau mungkin tak pernah nak muhasabah situasi demikian.
Jadi sekarang ni, saya suka sangat kalau boleh buat lebih banyak aktiviti berdua. Nak pergi urusan bank ajak isteri. Nak pergi beli stok dapur ajak isteri. Nak pergi buat aktiviti personal pun kadang-kadang rasa nak ajak isteri temankan.
Pagi-pagi hari minggu, pergi masjid solat Subuh dengan isteri. Lepas tu terus morning walk dengan isteri. Then sambung sarapan kat kedai dengan isteri.
Petang-petang atau awal malam sengaja tak minta isteri masak supaya boleh keluar makan kat kedai dengan isteri.
Kalau ada program tak kira dekat atau jauh, mesti nak ajak isteri ikut sekali. Bukan nak buat jadi driver pun. Nak suruh duduk diam-diam kat tepi tu je. Nak biar dia ada di sisi setiap masa.
Anak-anak pun dah meningkat remaja. Dah pandai jaga diri masing-masing. Kalau nak tinggal je kat rumah, takde la risau apa. Lagi best kalau diorang sendiri yang offer taknak ikut. Senang la kita nak berdating berdua aje.
Bila berdua dengan isteri ni, rasa terganti masa yang dah banyak terhutang sebelum ni. Yelah, sebagai suami, kena fikir macamana nak ganti balik hak masa yang pernah kita cuaikan. Walaupun bukan sengaja, hak isteri tetap hak. Tak boleh nak ambil mudah.
Masa berdua dalam kereta sepanjang perjalanan, banyak la topik boleh sembang. Most of the time, isteri la akan sembang lebih dari saya. Saya anggukkan saja dan sekali sekala membalas bagi pandangan saya pulak.
Macam-macam topik akan keluar. Topik kerja sebagai guru. Topik hal ehwal rumahtangga sebagai isteri. Topik pendidikan anak-anak sebagai ibu bapa. Topik-topik sosial yang santai sebagai manusia dan anggota masyarakat.
Best la macam tu. Tambah pulak orang perempuan ni, itulah masanya kalau dia nak luahkan apa saja. Terapi jiwa orang cakap. Betul tak?
Sebab tu kalau kat rumah, jangan marah kalau isteri kuat berleter. Dia bukan nak berleter sangat. Tapi dia nak luahkan apa yang terbuku dalam jiwa dia saja. Bila dah terluah, isteri akan rasa lega.
Maka sebagai suami yang baik, dengarkan aje la. Jangan menjawab. Jangan melawan. Jangan menyanggah. Itu tanda sayang kita pada isteri kita.
Bila berjalan ke sana ke sini dengan isteri, isteri akan rasa happy. Bila jumpa tempat makan yang best-best, berhenti makan. Nak lagi best, selalu minta pendapat isteri nak makan apa pulak lagi. Mesti wajah isteri akan jadi berseri-seri.
Bila masuk waktu solat, segera cari masjid atau surau dan berhenti untuk solat. Kadang-kadang, berhenti di masjid dan surau yang berlainan warna dan bentuk ni pun boleh jadi terapi jugak. Seronok dapat tengok macam-macam kepelbagaian.
Isteri di sisi suami ni suatu kesempurnaan. Saya tak tahu la kalau orang perempuan macamana. Tapi bagi orang lelaki, bila isteri ada di sisi, takde apa yang nak dirisaukan dah. Segala keperluan dan kelengkapan yang kita perlukan ditanggung beres. Almaklum sajalah, orang lelaki ni kan pelupa.
Sebab tu saya kadang-kadang terfikir la jugak. Kalau isteri meninggal dulu dari saya, macamana la hidup saya. Susah agaknya nanti. Sebab segala benda macam saya banyak bergantung dengan isteri. Terutamanya hal ehwal menguruskan rumah, diri sendiri dan anak-anak.
Itu yang ada suami atau isteri, bila pasangan masing-masing meninggal, mereka takleh nak move on dengan mudah. Mesti terkesan jugak. Ambil masa yang sangat lama untuk terima hakikat bahawa the other half dah pun tiada di depan mata.
Macam mimpi rasanya. Terngiang-terngiang di telinga nama dipanggil. Terbayang-bayang di mata mata kelibat pasangan yang dah tiada.
Lebih teruk tu sampai jatuh sakit dan menyusul menghadap Ilahi tak lama selepas tu. Aduuhhhh… sedihnya la.
Jadi, saya taknak dah masa tersisa ni berlalu begitu saja tanpa isteri di sisi. Kalau takde yang kebetulan, saya saja reka supaya dapat bersama isteri.
Macam semalam ke Segamat, kami pergi berdua je. 2 jam perjalanan, dengar isteri cerita macam-macam. Sampai Segamat, isteri temankan dan ikut sekali dalam program.
Lepas tu makan tengahari, isteri ada kat sisi. Lepas tu bertolak ke Muar, isteri sambung cerita tak henti-henti.
Sampai Muar, cari masjid nak solat sama-sama. Habis solat, cari kedai makan nak makan sama-sama.
Setel di Muar, tuju ke Melaka untuk balik KL. Sampai di Melaka, sedang elok dah masuk waktu Maghrib. Cari pulak masjid mana nak berhenti. Kemudian berhenti dan terus solat.
Habis solat, teruskan perjalanan balik ke KL. Sambung borak lagi sampai akhirnya saya sorang aje la yang hidup. Isteri dah masuk ke alam mimpi.
Masa drive, sekali-sekala capai tangan isteri. Genggam erat-erat. Usap-usap dan urut-urut manja. Pasti akan timbul lebih kemesraan. Pasti akan timbul rasa sayang, jauh di lubuk hati yang paling dalam.
Sambil-sambil drive, saya toleh sekali sekala tengok wajah isteri yang sedang tidur. Wajah penat tapi happy. Wajah inilah yang saya damba suatu ketika dahulu. Wajah inilah yang saya tengok setiap hari. Wajah inilah yang akan saya rindui suatu masa nanti.
Para suami sekalian, manfaat setiap saat untuk bersama-sama dengan isteri kalian. Cipta lebih banyak masa untuk berdua-duaan.
Kita pun tak tahu berapa panjang lagi masa yang kita ada. Entah esok, entah lusa, sama ada kita yang pergi dulu atau isteri kita yang pergi dulu. Yang pasti, mati itu pasti. Tidak cepat atau lambat walau sedetik pun.
Masa sekarang ni, mungkin kita ambil mudah. Kita tak rasa sangat masa berdua dengan isteri tu penting dan perlu. Bila isteri dah takde suatu hari nanti, moment-moment berdua ni la yang akan selalu berada dalam fikiran kita.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan kehadiran zuriat dalam hidup mereka. Keterujaan bergelar ibu bapa tidak tergambar dek kata-kata. Kerana itu, ramai suami atau bakal ayah tidak melepaskan peluang untuk berada di sisi isteri ketika saat melahirkan.
Namun, dalam keadaan pandemik COVID-19 pada ketika ini, suami tidak dibenarkan untuk berada di samping isteri.
Menerusi Perkongsian Syaza Joe di Twitter, dia memuat naik saat-saat ketika dia melahirkan anak dan suaminya hanya mampu menemaninya melalui aplikasi WhatsApp.
ni chat time i dalam dewan bedah already, comel gila suami aku 😭😭😭❤️❤️ nak masuk teman tak boleh covid kan 🙁 pic.twitter.com/Z9R3Lg0MSs
lepas tahu kne czer doc mintak bincang dgn suami , jadi saya surh doc yang cakap dengan suami , bila dah jumpa suami dan doc pun dah bincang suami saya tahan nangis HAHAHAHAHAHAHAHA lelaki kan control beno macho
i nikah bulan 2 time nak buat majlis ngam ngam pulak lockdown yang first sekali tu . so bila dah boleh buat majlis bukan 9 tu baru buat balik 🤪 jangan la fikir bukan bukan 😂😂
time i nak masuk ward dah tu i kene masuk sorang sorang , husband boleh tunggu dkt guard je , and lepas u dah kene swab test apa semua , baru u naik ward bermula la u hidup sorang tanpa suami 😭🤚🏻
Apa yang menarik perhatian adalah apabila suaminya terpaksa mengazankan bayi mereka melalui voice note. Perkongsian tersebut turut mendapat respond ramai, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama tidak dapat menemani pasangan bersalin.
Congratulation bro,sama la ngan keadaan saya,isteri bersalin tak dibenarkan masuk wad untuk temankan isteri bersalin,tapi bile isteri dah bersalin,alhamdulillah semuanya selamat😊😊😊😊😊😊
Btul tu,ianya untuk safety kita semua juga,tapi alhamdulillah,kita masing2 dipermudahkan Allah dalam urusan isteri bersalin dan anak pon dh selamat dilahirkan.😊
Fasha Sandha berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Jemyma, yang memperoleh 10A. Luahan jujurnya sebagai ibu bekerjaya meraih pujian ramai kerana menghargai usaha anak melebihi gred.