Kehilangan yang tersayang ibarat separuh nyawa pergi. Lagi lagi orang itu adalah insan yang melahirkan kita. Rindu pada yang telah pergi sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Demikian yang berlaku pada  penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi.

Dia baru-baru ini meluahkan rasa kerinduan terhadap arwah ibunya, Ramlah Sarlan yang telah meninggal dunia pada Jun lalu.

Jelas suami kepada Ekin , dia hampir hilang arah apabila rutin hariannya bercakap dengan ibunya menerusi panggilan telefon setiap hari selepas tamat bersiaran di konti radio hanya tinggal kenangan.

“Rindu Nak Dengar Suara Mak. Dulu Setiap Hari Call.” Kongsi Momen Bersama, Mawi Akui Bakal Keluar Lagu Khas Untuk Arwah Ibu

“Selalunya selepas on-air lebih kurang pukul 10 pagi saya pasti akan menghubungi ibu saya untuk bercakap. 

IKLAN

“Sekarang apabila dia sudah tiada, saya rasa serba kekurangan setiap kali selepas habis waktu bekerja. Rindu nak dengar suara mak…,” katanya kepada Gempak.

Mawi yang ditemui pada sesi rakaman Ceria Megastar Ministar di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini bagaimanapun meluahkan rasa syukur dikelilingi oleh keluarga dan rakan sekerja yang sangat memahami.

“Saya cuba sibukkan diri. Selain itu, persekitaran dan rakan-rakan sekerja sangat membantu saya untuk mengurangkan rasa sedih,” tambahnya.

IKLAN

Sama seperti selepas kehilangan arwah bapanya, Ani Ahmad sebelum ini, Mawi merancang untuk merakamkan sebuah single khas buat arwah ibunya juga.

“Rindu Nak Dengar Suara Mak. Dulu Setiap Hari Call.” Kongsi Momen Bersama, Mawi Akui Bakal Keluar Lagu Khas Untuk Arwah Ibu

“Memang saya ada plan untuk merakamkan lagu untuk arwah mak juga,” dedahnya ringkas.

IKLAN

Sebelum ini, Mawi yang pernah mencetuskan fenomena Tsumani apabila menjuarai Akademi Fantasia 3 menghasilkan lagu berjudul Ayah… Aku Rindu Padamu sekitar 2010 yang didedikasikan untuk arwah bapanya.

Ibu mawi meninggal dunia ketika berusia 73 tahun akibat komplikasi beberapa penyakit dan sakit tua.

View this post on Instagram

Emak ?

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on

Sumber: Astro Gempak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI