Menjelang hari raya, rata-rata ibu-ibu pasti sibuk membuat persiapan termasuklah menyediakan kuih muih dan juadah untuk sajian di pagi raya nanti.
Meskipun dihati terselit rasa sedih kerana tidak dapat pulang beraya di kampung bersama orang tua, namun kita semua kena sabar dan berdoa selalu supaya wabak Covid-19 cepat-cepat reda.
Begitu pun persiapan raya bersama keluarga pasti kena buat juga kan, apatah lagi ada anak-anak yang pastinya mahu meraikan biarpun tidak berpeluang untuk menyambutnya secara meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.
Ads
Dalam instagram milik Sari Yanti, dia berkongsi gambar anak-anak membantunya membuat kuih raya. Nampak begitu bersemangat dan ceria masing-masing kerana berpeluang membuat biskut raya haisl air tangan sendiri.
Ads
Di dalam perkongsian berkenaan, kelihatan anak Sari Barr Al Aliy, Baasit Al Haq serta Dariya Inara tekun menghias biskut raya di atas meja di dapur.
Kisah lelaki ini tular di laman sosial setelah dimuat naik di Facebook Dakwah Tabligh mengenai keprihatinannya mendukung nenek ke klinik kerana dipercayai mengalami masalah tulang belakang.
Menerusi facebook tersebut, seorang doktor meluahkan rasa terkejut setelah melihat cucu mendukung nenek berusia 94 tahun masuk ke dalam klinik.
Doktor terkejut bila seorg cucu dukung toknya umur 94 tahun masuk bilik consultant doktor. “Doktor tok patah tulang pinggang. Tak boleh duduk. Cek yg dukung tok mandi, berak dan mkn. Tok baring je atas katil. Ayah emak tak larat..” Ada kudis di punggungnya doktor buat dressing.
“Doktor tabik spring kpd cucu ni. Boleh ke kita dpt cucu camni?… Ubat dan dressing doktor bg FREE… miskin orgnya. ” Dik ambil ni $, bagi belanja emakayah tok dan dik…” Sayu hati doktor……nikmat Allah pd kita tak ternilai…..
Difahamkan wanita berkenaan terlantar sakit hinggakan cucunya, Rahman menguruskan segala urusan pesakit termasuklah memandikan.
Menurut Rahman lagi, kedua ibu bapanya tidak mampu menjaga neneknya kerana keuzuran.
Rahman yang ditanya mengenai kisahnya yang tular itu melahirkan rasa gembira dan syukur atas perkongsian tersebut.
Terima kasih pada yang mendoakan nenek saya… berkat doa anda semua Alhamdulillah nenek saya dalam keadaan baik… semoga ALLAH sahaja dapat balas jasa budi baik tuan puan semua,” demikian luahan Rahman Hashim terhadap warganet yang mendoakan kesejahteraan neneknya.
Sementara itu, perkongsian tersebut menyentuh hati warganet yang tidak jemu mendoakan warga emas itu pulih seperti sedia kala dan berasa kagum dengan kecekalan Rahman.
“Masya-ALLAH, segalanya dengan izin ALLAH. Rezeki tuan ni, moga ALLAH muliakan tuan di dunia dan akhirat. Banyak bersabar. Hanya yang menghadapinya faham dengan dugaan ini,” kata Shaharin Ishak.
Kata Nurul Hidayah, “Moga ALLAH susunkan kehidupan yang lebih mudah, mendapat keberkatan dunia dan akhirat, diganjarkan syurga buat adik. Doakan anak-anak keturunan kami semua berhati mulia saling menyantuni orang-orang tua.”
Dalam pada itu, atas keprihatinan, warganet menawarkan bantuan untuk mengubati penyakit warga emas tersebut selain ada juga mahu menyumbang kewangan buat mereka.
Sehingga kini, posting berkenaan meraih lebih 15,000 tanda suka.
Sumber: Dakwah Tabligh & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pembukaan sempadan negara Malaysia-Singapura baru-baru ini sungguh bermakna apabila menyatukan kembali keluarga yang terpisah selama 2 tahun akibat wabak covid-19.
Sebelum ini pernah tular sekeluarga melambai ayah mereka dari Tambak Johor untuk melepaskan rindu, sambil membuat panggilan video.
Siapa sangka, setelah dua tahun berpisah, mereka bersatu semula di mana ayahnya membuat kejutan pada setiap anak-anaknya.
Mereka masing-masing terkejut dengan kewujudan ayah mereka di rumah, berpelukan dan bersalaman dengannya. Malah ada yang menitiskan air mata setelah lama tidak bersua.
Dalam video tersebut juga, anaknya sempat ucap syukur dan terima kasih pada Allah atas nikmat disatukan kembali dengan yang tersayang.
Malah, pemilik akaun Tiktok yang dikenali sebagai Haifa Hassaney juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan ayahnya.
Video yang dikongsikan itu meraih 3.3M dan rata-rata akui sebak dan turut menitiskan air mata menonton video tersebut. Malah ada juga berkongsi cerita kehilangan yang tersayang.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.