Memahami dan menghargai isteri adalah salah satu tanda suami yang penyayang. pasangan suami isteri itu mendapat kebahagiaan bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pasangan tersebut dalam mengatur urusan rumah tangganya.

Keharmonian dan kemesraan sesama suami isteri adalah lambang kebahagiaan yang diharapkan. Berbahagialah kepada pasangan suami isteri yang cuba membahagiakan sesama mereka.

Untuk itu ada beberapa perkara yang jika diamalkan barangkali boleh membantu pasangan suami isteri mencapai atau menciptakan suasana yang menyenangkan dalam rumah tangga till jannah.

Menarik coretan saudara Eddie Dieana di facebook miliknya mengenai cara memahami wanita. Biarpun perkongsian nampak biasa-biasa aje tetapi itulah perlu ada dalam rumahtangga kekal harmoni.

Ikuti perkongsian ini.

Pernah Viral Surprise Isteri Naik Kereta Mewah, Kini Coretan Cara Memahami Wanita Tarik Perhatian Warganet. Deep!

Haritu masa video saya viral saya suprisekan wife bawak naik Mustang dan bawak dia pergi candle light dinner. Banyak jugak komen-komen yg saya terbaca di Metro Online & page² lain. 

Mereka cakap. “Alah, baru kahwin boleh la.
Cuba dah lama kahwin. Cuba dah ada anak.” *Dari sewa Mustang baik beli emas”
“Bazir duit je buat macamtu dekat bini” Ternyata mereka silap.

Saya dah pun hampir 10 tahun kahwin. Dan dah ada 2 orang anak. Tetap sama je layanan saya terhadap isteri saya. Dan takkan lah saya nak post saya beli pulut dakap,pulut serunding pulut durian apa semua. Kang orang cakap riak dan menunjuk² pulak. Biarlah saya bahagiakan isteri saya dengan cara saya sendiri.

WANITA INGINKAN PERHATIAN 

Pernah Viral Surprise Isteri Naik Kereta Mewah, Kini Coretan Cara Memahami Wanita Tarik Perhatian Warganet. Deep!

Ni saya nak share sedikit pengalaman saya sepanjang 10 tahun kahwin. Apa yg saya pelajari tentang perempuan ni terutama sikap isteri saya. Mereka bersikap inginkan perhatian. Terkadang apa yg saya perasan. Saat saya tiada di rumah.
Isteri saya mampu lakukan semua kerja A to Z.

IKLAN

Tapi bila saya ada di rumah je. Automatik dia jadi tak pandai semua perkara.
Dan dia akan meminta saya membantunya. Tapi takpelah. Isteri sendiri kan.
So tolonglah, bukan isteri orang lain. Bila dah tolong ni.
Dia punya happy tu kita akan nampak, dia akan beriya buat sesuatu atau bersungguh² buat sesuatu. 

Contohnya bila masak. Tetiba datang ke depan cium pipi kita then akan tanya siap² kita nak air apa dan dia akan hidang dulu supaya kita boleh minum masa menunggu dia masak.
Antara lain, apa yg saya dapat belajar dan fahami tentang perempuan ni.

SUKA KEJUTAN 
Mereka suka akan suprise. Bila balik ke rumah bawak bunga RM 10 bagi dekat dia pun.
Dia punya happy tu. Dia akan cepat² peluk dan cium kita. Kita akan nampak yg dia hargai apa yg cuba kita buat. Inikan pulak bila kita suprise dia yg lagi besar macam bawak pergi candle light dinner naik kereta mustang tu. Lagilah berdouble² happy dia.

Terkadang, 10 minit dah nak sampai rumah. Saya sengaja call wife, tanya apa yg dia teringin nak beli dan kirim. Benda ni nampak remeh sebenarnya. Tapi benda ni lah yg buat mereka rasa happy.

Menandakan kita ingat kepada mereka. membuatkan mereka rasa di hargai. perkara ni keluar dari mulut wife saya sendiri. Sebab saya suka bertanya apa perkara yg dia suka dan tidak suka dalam hubungan.

MUDAH TERASA HATI

Pernah Viral Surprise Isteri Naik Kereta Mewah, Kini Coretan Cara Memahami Wanita Tarik Perhatian Warganet. Deep!
Wife saya ni, dia sangat expert memasak bila dalam rumah sendiri. Tapi, bila datang rumah mak saya. Automatik saya akan dengar dia tanya A sampai Z.
“Mak, bawang ni nak potong macamne?” “Sambal ni nk tunggu kering dulu ke?”
“Ayam ni nk kena tunggu lama lagi ke?” antara ayat2 yg akan keluar bila tiba rumah mak saya. Automatik dia jadi kelu dan kaku. Walaupun dah hampir 10 tahun jadi menantu dalam umah mak saya. Rasa malu dia masih tinggi. Kalau dia marah anak sampai tepuk kaki tangan tu semua tak apa. Tapi kalau kita naik suara dengan anak je.
Automatik dia akan terasa hati dan mula masam muka dengan kita.
Hahahaha..
Ini tidak adil.  Bila mereka marah anak. dengan kita yg tengah duduk diam ni tak pasal
kena bising skali. Terpinga² jap. hahaha. Dan apa yg saya lihat.

SUKA JIKA SUAMI TEMAN 
Perempuan atau isteri ni. Mereka suka di teman dalam setiap perkara.
Contoh di dapur, walaupun kita tak buat apa-apa.
Cukuplah kita ada dekat situ supaya teman dia membawang dan berbual.
Mereka dah appreciate. Belum anda tolong lagi.

IKLAN

Kalau anda semua tolong lagi lh double rasa happy tu. Bila jaga anak pulak, mereka tak kesah mereka lebih penat jaga anak. Asalkan bila kita ada sekali dirumah. Kita layan anak², biar dia berlari sana sini urus susu dan keperluan anak pun takpe.
Asalkan kita bantu pegang anak. Tapi kalau kita bantu benda lain lagilah dia akan bertambah happy.

SUKA MENGADU

 Bila isteri mengadu dia penat tu. Bukanlah dia tak bersyukur dikurniakan anak.
bukanlah tanda dia mengeluh. Cuma dia nak kita dengar apa sahaja luahan hati dia. Biar dia rasa puas dan lepastu dia akan kembali normal.

SUKA PUJIAN

Antara perkara lain yg saya perasan. Perempuan ni suka kan pujian dari suami.
Contoh bila makan masakan isteri. Pujilah apa ayat sekali pun. Mesti mereka akan happy.
Bila mereka bersiap². Pujilah yg mereka tak perlu cantik².
Sebab azalinya mereka memang dah cantik. Korang akan nampak wife korang akan bersiap lebih cepat dari biasa. Silap² tak sampai 5 minit dah siap.
Kalau tak, tunggulah 45minit dalam kereta kalu korang tak puji apa².

WANITA NI SENSITIF

Perkara yg perempuan amat sensitif ialah jangan cakap pasal gemuk atau tak cantik.
Contoh bila wife dah semakin gemok.
Just cakap “awak mesti happy dengan saya kan. Awak yakin bila bersama dgn saya.
Sebab tu awak makan je tak berhenti.”

Jangan sesekali cakap yg kita suka perempuan kurus atau suruh mereka kurus.
Cukuplah bagi hint nanti kita² bersenam biar sama2 sihat dan cantik.
Perkara ni paling penting yg lelaki semua perlu tahu. Setiap apa yg ditanya oleh isteri tu.
90% dia dah tahu jawapan.

IKLAN

Cuma nak tengok kejujuran dari mulut suami. Jadi bila ada wanita lain yg cuba dekat atau kacau hubungan kita. Jangan lupa untuk berterus terang agar tiada rasa curiga dalam perhubungan. Letakkan kepercayaan 100% pada pasangan sebab kebanyakkan pasangan tak suka bila dituduh buat perkara yg bukan2. tapi dalam kepercayaan yg kita bagi mestilah kena ada sedikit keraguan kerana diluar dari rumah suami anda sentiasa menjadi perhatian wanita lain lagi² bila suami anda seorang yg berjaya dan handsome seperti saya.

RASA HARGAI BILA SUAMI UPDATE AKTIVTI 

Pernah Viral Surprise Isteri Naik Kereta Mewah, Kini Coretan Cara Memahami Wanita Tarik Perhatian Warganet. Deep!

Perempuan jugak akan suka bila suami mereka tahu jaga diri dan dalam masa yg sama suka update apa yg mereka buat.
Contohnya.
“Honey, sekarang Hubby dah sampai tempat kerja.” *Honey, sekarang waktu rehat.
Hubby nk g makan dgn kawan² kerja sekejap.” “Honey, Hubby otw balik rumah.
Nak kirim apa² tak.” 
Cukup dengan 3 mesej ringkas seperti ini pun. Mereka akan rasa dihargai.

Bukanlah mereka nak kongkong kita dan nak suruh kita update lokasi setiap masa.
Tapi bila berlaku apa2 kemalangan. Atleast isteri di rumah tahu cerita yg anda pergi kemana sebelum kemalangan terjadi. Antara perangai pelik perempuan.
Tak ada angin tak ada ribut dia tetiba diam. 

Ah sudah. Kenapa pulak ni. Bila ditanya dia jawab “cuba fikir apa yg awak dah buat.”
Manalah kita tahu apa yg kita dah buat. Rupanya setelah dipujuk dan pujuk dan pujuk.. pun tak jalan. Peluk dia dari belakang. Dan cuba tanya kenapa.
Baru dia jawab. “U ingat tak bulan lepas u dah janji, gaji nanti nak makan shellout”
Ah, parah. Bila pulak kita janji. Memang langsung tak ingat tapi nak taknak.
Kena bawak jugak sampai ke kedai tu. Dan perkara yg paling menyedihkan.
Setibanya di kedai makan tu. Kedai tu tak bukak. Kita jugak yg dipersalahkan sebab punca kedai tak bukak. hahahahahahaha

WALAUPUN DAH LAMA KAHWIN KENA SENTIASA FAHAMI PASANGAN

Walaupun saya dah hampir 10tahun menjalinkan hubungan rumah tangga.
Masih banyak perkara tentang perempuan/isteri yg masih belum dapat saya fahami.
Hanya sekadar 25-30% je tahap kefahaman saya tu. Betullah seperti yg tertera di gambar bawah. Buku setebal tu hanya baru untuk Bahagian 1.

Yang paling penting. Tolak ansur dalam hubungan dan cuba memahami pasangan.
Bila ada benda ni dalam hubungan, inshaAllah. Saya yakin anda akan kekal bahagia.
Saya share ni bukanlah saya bijak pandai dalam membahagiakan isteri.
Tapi hanya berkongsi cerita. Saya juga manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Sumber: Eddie Dieana

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI