Datin Paduka Eina Azman sememangnya dikenali seorang yang gemar memasak. Minatnya yang suka berkongsi resipi di laman sosial menyebabkan warganet suka dengan content yang diberikan.
Dalam kesibukan Eina Azman yang juga merupakan pelakon dan usahawan, setiap hari siapa sangka Datin Paduka Eina Azman bukan sahaja menyediakan hidangan untuk anak kembarnya Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6 malah turut mempunyai jadual menu mingguan. Menurutnya cara ini dapat memastikan pengambilan makananan seimbang boleh diatur dengan lebih baik dan sempurna untuk anak-anaknya.
“ Macam Eina memang dah ada jadual mingguan untuk Eina sediakan bagi memenuhi selera anak-anak. Eina memang nak ajar anak-anak untuk ambil makanan yang seimbang, ada karbohidrat, protein, semua kena seimbang. Malah anak Eina petai pun makan. Sayu-sayur seperti krokol, sawi, kailan sebut sahaja sayur apa pun memang semua mereka makan. Sebab daripada kecil Eina dah ajar anak-anak kalau nak kulit cantik atau nak dalaman yang bagus kena amalkan pemakanan sihat ni daripada kecil,” jelasnya ketika ditemui di majlis Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Selain itu menurut Eina yang juga merupakan duta produk Maggi Cukup Rasa, memasak adalah merupakan minatnya sejak kecil. Namun ada kisahnya yang tersendiri di mana ketika zaman kanak-kanak kerap dimarahi setiap kali masuk dapur oleh nenek, ibu malah ayahnya sendiri.
“Eina masa kecil pun memang suka masuk dapur, tapi nenek , mummy, daddy akan bising. Dia orang akan cakap, Ya Allah Eina kenapa Eina masuk dapur!
Ads
“ Nak tahu kenapa?
“ Sebab Eina seorang yang sangat clamsy. Habis barang pecah, masuk dapur je pecah pinggan, pecah pecah gelas. Tapi sebab Eina suka makan, suka tengok orang masak Eina tebalkan muka walaupun kena marah tetap berkeras nak juga, nak juga.
“Akhir sekali buat pertama kali dalam hidup Eina dapat memasak pada usia 16 tahun. Itulah percubaan pertama Eina memasak, menu ayam masak lemak cili padi. Itulah menu pertama Eina dan tak sangka dapat pujian daripada keluarga.
“ Semua kata sedap dan mereka kata baguslah Eina ni ada air tangan. Sejak daripada itu lah Eina ‘kembang’ dan keterujaan untuk memasak semakin terasa. Balik daripada sekolah minta mummy keluarkan barang-barang masakan dan Eina akan memasak pelbagai menu,” ceritanya panjang lebar.
Menyentuh tenyang rahsia penjagaan kecantikan dirinya, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden akui ada pantang larangnya.
Ads
“Sebenarnya kita kena rajin apa kita buat kena ada usaha. Sama juga untuk sihat atau kekal cantik. Macam Eina, Eina dah stop 3 atau 4 tahun daripada minum air manis . Kalau minum Teh Ice Limau contohnya minuman tersebut tanpa gula, ia kosong.
“Dan kalau Eina masak pun sudah dua tiga tahun lepas Eina hanya gunakan gula yang sihat dah tidak pakai white sugar. Jadi apa yang Eina boleh cut down, Eina cut down, sebab kena fikir untuk masa depan,” kongsinya mesra.
Kata pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Begitulah juga bakat dan minat memasak Eina Azman turut diturunkan kepada anak perempuannya.
Ads
“Anak perempuan Eina minat memasak tidak dinafikan disebabkan dia sentiasa melihat Eina memasak. Bila shooting dekat luar, Eina akan buat video memasak banyak-banyak dan Eina akan simpan dekat draf.
“Jadi bila Eina shooting, Eina akan sentiasa ada video masakan untuk di share. So bila Eina buat video anak-anak akan tengok terutamanya yang perempuan akan tanya, “Mummy tengah buat apa?” Dan Eina terangkan.
“Perlahan-lahan nampak anak-anak terminat ke arah itu jadi apa yang Eina boleh cakapkan Eina memang dah ajar mereka untuk memasak sejak kecil,” ceritanya lagi dengan mesra.
Bertukar status menjadi ibu boleh mengubah seseorang wanita yang sebelum ini menjadikan kerjayanya sebagai keutamaan kini lebih memberi tumpuan utama kepada anak dan keluarga.
Sememangnya kehadiran seorang anak dalam kehidupan wanita boleh mengubah 360 darjah keutamaan dirinya walaupun sebelum ini dia pernah bergelar orang terkenal.
Begitulah yang dialami oleh pelakon jelita Izara Aishah sejak bergelar ibu dua tahun lalu. Melahirkan cahaya mata pertama, Irisa Alaia pada 15 April 2020 benar-benar telah mengubah keutamaan pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini.
FOTO: Instagram Izara Aishah
Jika sebelum ini Izara yang sememangnya terkenal sebagai pelakon hebat dalam apa jua peranan yang dipegangnya dalam drama mahu pun filem, kini tumpuan utamanya beralih kepada buah hati tersayang.
Melahirkan anak sulung pada zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat pandemik Covid-19 membuatkan Izara puas menghabiskan masa mengurus dan membesarkan anaknya sendiri.
FOTO: Instagram Izara Aishah
Bonding yang terikat antara kedua beranak ini membuatkan menantu tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza memperlahankan kerjaya seninya kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.
Keutamaannya sekarang adalah keluarga
Kehadiran Irisa benar-benar membuatkan Izara sukar untuk berpisah dengan cinta hatinya itu.
“She’s my heaven on earth”. Begitulah kapsyen Izara pada satu posting gambar dia dan anaknya dalam laman Instagramnya.
Itulah gambaran kasih sayang yang tiada tolok bandingannya dari seorang ibu kepada anak tersayang.
Bahkan menurut Izara kalau ada penggambaran pun paling lewat dia kena pulang sebelum pukul 12 tengah malam.
FOTO: Instagram Izara Aishah
Izara bersykur kerana setakat ini pihak produksi sangat memahami permintaannya malah Izara sentiasa berusaha mengatur jadual agar karier, perniagaan dan keluarga seimbang.
Bagaimanapun buat masa ini Izara belum boleh memberi tumpuan penuh kepada perniagaan kerana sibuk menguruskan anak sendiri.
Pelakon yang kini tampil dengan imej berhijab banyak melunaskan komitmen sebagai jurucakap atau wajah untuk beberapa produk fesyen tempatan.
FOTO: Instagram Izara Aishah
Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.
Sedekahkan al Fatihah kepada seseorang yang telah kembali ke dunia abadi itu lumrah kita lakukan.
Pun begitu, menghadiahkan bacaan surah al Fatihah untuk diri sendiri mungkin jarang dipraktikkan sedangkan menurut perkongsian Ustaz Ebit Lew adalah dengan amalan tersebut bagus untuk rohani kita.
Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.
CARA MENGAMALKANNYA :
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…
1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali
3. Kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :
” ALHAMDULILLAH ”
4. Kemudian katakanlah :
Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.
Lalu baca surah” Al-Fatihah 1x.
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal’alamin
Semoga bermanfaat dunia akhirat… Aamiin.
Sumber : Ustaz Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berdepan dengan pandemik Covid-19 telah bermacam-macam rawatan atau cara alternatif yang dikatakan boleh mengelakkan atau menyembuhkan daripada penyakit Covid-19. Ada yang beranggapan, tidak salah untuk mengamalkan cara atau idea-idea yang dikongsikan di media sosial selagi tidak merbahayakan kesihatan.
Umpamanya menggunakan bawang putih, menghidu wap air dari rebusan bunga cengkih dan macam-macam lagilah. Bahkan baru-baru ini tular pula, satu cara mengelakkan jangkita Covid-19 di tik tok dengan menggunakan semburan cuka yang diletakkan ditangan dan kemudian dihidu bau masam cuka tersebut.
Namun perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Dr Champz menegur dengan memberi penjelasan padu di TikToknya, petua yang viral tersebut sebenarnya membahayakan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
Apatah lagi bila Dr ini ada pengalaman sendiri merawat pesakit gara-gara mengikut petua viral tersebut.
“Ada seorang pesakit datang mengadu pening dan sesak dada kerana mengamalkan kaedah menghidu cuka daripada tapak tangan.
“Sebenarnya, kansentrasi asid yang pekat boleh menyebabkan iritasi pada hidung, paru-paru dan mata. Cara menghidu bau cuka adalah tidak akan menghilangkan atau membunuh covid -19 sama sekali,” ujarnya.
Pada masa sama, di dalam video yang dikongsikan Dr Champz ini ada memberitahu banyak langkah lain yang lebih mudah boleh dipraktikkan untuk menghindari daripada dijangkiti. Pastinya cara tersebut adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Jagalah jarak ketika berada di tempat awam, memakai double mask dan hand sanitizer. Paling penting sekali adalah kerap mencuci tangan.
Video ini mendapat tontonan hingga 133 ribu dan sebaiknya dijadikan pengajaran dan sewajarnya diambil serius apa yang cuba dikongsikan oleh doktor ini. Agar tidak ada lagi berlaku kes-kes yang boleh membahayakan diri sendiri.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.