Pemandangan mata bila terasa kabur memang tidak puas melihat rasanya. Sudahlah begitu, mata juga terasa letih apabila dipaksa untuk fokus pada sesuatu objek.
Mencari ikhtiar untuk mengurangkan rabun selain perlu mengenakan cermin mata, tiada salahnya untuk amalkan sebagai mana yang dilakukan oleh wanita ini.
Ikuti perkongsian daripadanya.
Ads
Dulu, saya ni rabun jauh dan rabun silau. Arwah mak ajarkan doa ni untuk saya baca. Malah setiap kali sakit mata (mata merah berair, gatal), mak suruh baca doa ni.
Caranya, bacakan pada air dalam bekas. Kemudian cuci mata dengan air tersebut. Kami dulu ada bekas cuci mata jenama Optrex.
Sekarang dah jarang bacakan kat air. Saya baca ke tapak tangan dan sapu ke mata saja. Baca ayat ni dan doalah minta Allah sembuhkan sakit mata.
Ads
Di samping amalkan doa sakit mata ni, saya juga amalkan pengambilan tomato dan lobak merah. Sayur ni baik untuk kesihatan mata. Buah prun pun bagus juga. Elok amalkan selalu.
Bagi yang sedang sakit mata atau ada masalah rabun bolehlah cuba amalkan. Kita berusaha, yang beri kesembuhan adalah Allah. Untuk saya, alhamdulillah rabun jauh dah tak ada. Cuma silau saja.
Seorang individu tampil meluahkan rasa tidak puas hati akan tindakan pihak hospital terhadap adiknya ketika melahirkan bayi sulung.
Menurut individu tersebut, adiknya menghidap penyakit GBS (Streptokokus Kumpulan B) dan meminta untuk diberikan antibiotik terlebih dahulu sebelum melahirkan anaknya.
“Anak buah aku dijemput Ilahi pada hari kedua kelahirannya. Adik aku ada penyakit GBS, dia minta antibiotik sebelum beranak, staf buat tak tahu saja.
“Anak buah aku kena jangkitan kuman. Mula-mula pada bahagian paru-paru, kemudian merebak ke dalam darah,” kongsinya di platform X.
Apa yang lebih memilukan lagi, bayi yang dilahirkan sebelum waktu Subuh itu turut mengalami masalah nafas laju dan kritikal serta terpaksa ditidurkan.
“Dipendekkan cerita dekat tengahari baru saja bersedia untuk hantar ke hospital besar.
“Sampai di hospital besar, anak buah aku dah kritikal 50-50 dah, kena ditidurkan dan wayar penuh dekat badan.
“Paling ralat, adik aku pergi awal ke hospital, minta ambulan untuk hospital besar sebab masalah GBS.
“Mereka boleh pecahkan terus air ketuban adik aku,” kongsinya lagi.
GBS ancam nyawa bayi
Terdahulu, jika penyakit GBS ini terkawal akan mendatangkan kemudaratan kepada individu berkenaan. Bagi ibu hamil pula, GBS boleh merebak dan menjangkiti bayi yang dilahirkan walaupun tiada sebarang tanda jangkitan pada bayi.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Pada minggu ke 31 hamil, keadaan fizikal bayi anda juga lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya.
Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat.
Bayi juga mula merasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Dan inilah yang membuatkan ibu semakin merasa tidak selesa dengan pergerakkannya yang kerap dan aktif. Berat bayi anda kini sudah pun menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.
Keadaan tubuh anda pula semakin baik. Sesak nafas dan mudah penat adalah perkara biasa. Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi cara terbaik adalah dengan banyakkan berehat.
Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. Dapatkan posisi yang tepat dan selesa.
Perbanyakkan rehat dihujung-hujung trimester ini agar anda mendapat tenaga sebaiknya untuk bersalin. Sesekali lakukan senaman ringkas untuk mendapatkan kecergasan yang baik. Badan jadi lebih bertenaga.
Jangan lupa pengambilan makanan yang sihat dan segar. Elakkan jenis makanan berminyak, pedas dan berlemak. Ia boleh memudaratkan dan mengganggu anda rasa tidak selesa.
Dapatkan rehat sebaiknya di waktu malam dan paling penting rehatkan minda dengan perkara-perkara yang menggembirakan.
Bagi mereka yang mempunyai penyakit serius, mungkin ada antaranya pernah melalui pelbagai pemeriksaan dan ujian kesihatan termasuklah imbasan MRI (magnetic resonance imaging) bagi memastikan keputusan yang lebih detail berkenaan penyakit yang ditanggung.
Berkongsi tentang pengalaman itu, seorang pegawai perubatan ini berkongsi pengalamannya sendiri melakukan MRI di media sosial.
Ujar Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli, bagi sesiapa yang pernah alami sekali dalam hidup, pasti pengalaman itu cukup menginsafkan diri. Malah turut mengakui berasa takut untuk menjalani MRI di masa akan datang.
Ini perkongsiannya.
*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*
Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.
Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur…
Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru Mr mengenai proses MRI.
Sebagaimana yang dah diketahui, Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.
Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.
Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,
Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.
Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.
Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.
Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.
Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan…
Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.
Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.
Sempitnya!
Bunyi tembakan mula kedengaran.
Macam-macam bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek. Ada bunyi macam pukulan tin, ada bunyi macam pukulan kayu.
Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.
5minit pertama, aku okey.
10minit, aku mula rasa nak menelan air liur dan tangan mulai kebas.
15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas.
Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.
20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.
Aku mula mengalami hiperventilasi.
Berkali-kali aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.
Ya Allah, aku tidak tahan…
Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?
Aku tidak tahan.
Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong.
Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.
Bagai mahu diserang panik (panic attack)
Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.
MRI dihentikan, aku ditarik keluar.
Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.
Setelah ditenangkan oleh juru MRI,
Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI. Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.
Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung.
Aku Klaustrofobik… Sessi dihentikan.
Aku tidak mahu teruskan MRI ini. Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, maka MRI diteruskan pada petangnya dengan mengunakan ubat tidur (sedation).
Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepada pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.
6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi. Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.Ya Allah, aku takut himpitan kuburMu…
Di kubur nanti, Mana bola untuk aku ramas? Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia? Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?
MRI prosedur yang menginsafkan. MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik…
Sumber : Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.