Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tidak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia. Bagi yang alah atau sensitif dengan bahan tersebut menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
Ads
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Kredit: Cleaning- Now You Know
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Ads
• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
• Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Ads
• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki anak adalah impian setiap pasangan suami isteri, ada yang mahu sedikit tak kurang yang suka anak ramai.
Biar berapa pun bilangan anak, yang penting kehadiran mereka mengeratkan lagi kasih sayang dan menyemarakkan lagi ikatan perkahwinan.
Baru-baru ini viral perkongsian seorang wanita yang berkongsi gambar raya keluarga besarnya dari tahun 2018 sehingga sekarang. Semuanya gara-gara memiliki anak yang ramai.
Mana tidaknya, setiap tahun pasangan ini dikurniakan anak. Bahkan, mereka turut berseloroh kononnya kena menaiki lori untuk tahun ini gara-gara anak ramai.
Menurut wanita ini, keluarga mereka awalnya masih mampu menaiki motorsikal beramai-ramai. Tetapi dengan bertambahnya bilangan anak, akhirnya pada 2020 tidak lagi mampu berbuat demikian.
Apa yang melucukan, timbul idea dari si ayah untuk menaiki lori bagi menampung bilangan anaknya yang seramai 7 orang.
Menurut Puan Yati, walaupun memiliki anak ramai dan masih kecil, namun setakat ini dia dan suami tiada sebarang masalah dalam menguruskan tujuh anak mereka.
Begitu pun, dia tidak menafikan berhadapsn dengan pelbagai gelagat dan karenah anak-anak.
“Alhamdulillah setakat ini mudah je nak handle semua anak-anak. Saya dah bagi tugasan khas untuk tiap seorang.. Bab jaga adik, bergilir-gilir.
“Kalau saya keluar berdua dengan suami pun, 4 yang besar akan jaga 3 yang lain.
“Macam tugas mandikan adik, buat susu adik, suap adik makan, bergilir2.. Macam pagi kakak dah buat susu adik, tengahari saya minta abang dia pulak buat. Tak nak nanti kakak rasa asyik dia je yang buat. ” ujar Yati lagi sambil memberitahu pakaian raya untuk anak-anaknya adalah atas pilihannya sendiri.
Apabila menyebut mengenai ‘mengidam’ ni tentu terbayang akan wanita yang sarat hamil. Lazimnya dalam tempoh kehamilan ini selain ‘morning sickness’, ada segelintir wanita mempunyai keinginan yang pelik.
Begitu juga dengan wanita ini yang mengidam konsep dekorasi rumah serba merah jambu. Memetik laporan Harian Metro, Wan Nor Susy Susanthi Wan Abdul Nasir, 35, berkata, pengalaman mengandung anak ketiganya, Nur Amanda Sufi Mohd Amirul, 1, berbeza dengan dua anak lain.
“Jika orang lain mungkin mengidam makanan tertentu tetapi saya mengidam untuk memiliki rumah berkonsepkan ‘pink farm house’.
SUAMI SOKONG
Katanya lagi, dek mengidam warna ‘pink’, dia sanggup memujuk kawan pejabatnya untuk membeli periuk nasi baru untuk bertukar dengan periuk nasi lama miliknya yang berwarna merah jambu.
Dalam pada itu, dia bersyukur mendapat mendapat sokongan penuh daripada suami, Mohd Amirul Md Ghani, 36, serta dua anaknya, Muhammad Amiruddin, 8, dan Muhammad Aamir Rizqi, 5.
TERAPI HILANGA TEKANAN
Kesibukan dengan urusan kerja tidak menghalang minat terhadap dekorasi dengan tema ‘pink’.
Penjawat awam ini menjelaskan bahawa jika orang lain mungkin akan keluar bercuti pada hujung minggu bersama keluarga tetapi dia lebih suka duduk di rumah.
“Aktiviti menghias rumah, mengemas serta mencantikkan rumah seolah-olah sebagai terapi yang mampu menghilangkan tekanan.
“Saya suka melihat koleksi barang dapur terutamanya berwarna merah jambu tersusun kemas serta sentiasa rapi.
Katanya lagi, pemilihan dekorasi berkonsepkan ‘pink farm house’ dipilih kerana jarang dijumpai selalunya konsep ‘farm house’ menggunakan kombinasi warna hitam dan putih saja.
“Jika diikutkan warna merah jambu memang warna kegemaran sejak kecil tetapi bila digabungkan merah jambu serta putih nampak lebih ceria.
“Konsep ‘farm house’ atau rumah ladang ini juga lebih kepada membuat label pada barang hiasan supaya kelihatan lebih kemas tersusun.”
Membeli barangan dapur telah menjadi antara rutin bulanan mahu pun mingguan bagi setiap keluarga. Maklumlah jika hari-hari ingin ke pasar raya untuk membeli barangan basah, stok makanan dan keperluan isi rumah pastinya seakan tidak cukup masa pula dan adalah lebih baik dilakukan secara berkala. Lebih jimat masa dan tenaga.
Umumnya setiap kali berbelanja, total wang yang digunakan dapat dianggarkan lebih kurang sama sahaja. Tidak ‘lari’ jauh dek kerana kita menggambil barang-barang yang sama sahaja setiap kali berbelanja dan sekiranya ingin dianggarkan, sekitar RM 300-500 normalnya.
Namun perkongsian daripada lelaki ini yang dikenali sebagai Fahmi Jamil, pengalamannya melihat bil barangan dapur yang perlu dibayar hingga mencecah RM 1900 memang cukup memeranjatkan. Dan ini dikongsikan bagaimana situasi ini boleh terjadi.
Bil barang dapur dekat RM1900!
Terkejut cashier dan saya bila bil total RM1882.16. Cashier lelaki tersebut tanya saya, betul ke abang beli harga banyak ni? Saya jawab, takkan la barang dapur dan makanan sampai macam tu harga dia?
Dia kemudian minta bantuan seorang staf wanita yang ada berdekatan. Dia tengok barang dalam troli yang dah siap dalam plastik. Saya tanya, nak kena letak balik ke semua barang? Cashier cakap tak perlu dan minta saya tunggu sekejap. Lepas dapat detect rupanya Serai silap letak harga sampai RM1746.
Lalu staf wanita terbabit pergi ke bahagian label tanda harga di bahagian sayur untuk dapat harga yang betul dan ianya RM0.45 sahaja.
Saya secara berseloroh tanya, “andai kata, saya terbayar dulu tadi (sebab guna kad), boleh refund ke?”. Cashier jawab, kalau abang dah swipe bayar tadi, memang sayalah yang bertanggungjawab kena ganti.
Gambar hiasan
Apapun tahniah pada mereka berdua kerana selesaikan perkara ini dengan pantas dan baik tanpa membiarkan pelanggan tunggu lama.
Disclaimer : Daun ketum atas serai tu daun ketumbar ya tuan puan. Kang tak pasal Tesco saman aku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.