Mee Bandung Versi Sihat Tapi Sedap! Sesuai Untuk Anak

Share

Para ibu atau bapa pastinya mahu berikan yang terbaik untuk anak terutama dari segi pemakanan. Bukan sahaja rasa, malah keselamatan juga amat perlu dititikberatkan.

Tak perlu bimbang lagi, dengan resipi mee bandung sihat yang dikongsikan oleh @isyaa.fittrainer

pastinya akan membangkitkan lagi selera dan dijamin selamat untuk anak makan.

“Resepi mee bandung lain dari yang lain tapi sihat sangat. Jom cuba!,” kongsinya.

Mee Bandung Versi Sihat

Bahan-Bahan:

  1. Bawang putih
  2. Cili
  3. Cili kisar
  4. Daun limau
  5. Serai
  6. Ayam
  7. Sotong
  8. Udang
  9. Telur
  10. Perahan air limau
  11. Sayur

Cara-Cara:

– Tumiskan semua bahan kisar (bawang putih dan cili kisar).

– Masukkan serai yang dipotong kecil dan daun limau serta cili yang dipotong dan sayur pilihan anda.

– Kemudian masukkan ayam, sotong dan udang. Masukkan sedikit air.

– Tambahkan mee dan masukkan perahan air limau sedikit.

– Akhir sekali tambahkan sebijik telur dan siap.

 

Tip: Mee jangan guna mee kuning di kedai, guna mee pasta. Sedap pun sedap. Lebih sihat dan kenyang lebih lama.

Sumber: @isyaa.fittrainer

IKLAN