Mee Rebus Mama, Resipi Istimewa Ibu Wanita Ni. Punyalah Sedap Boleh Ulang Makan Lima Kali!

Share

Mee Rebus, antara menu istimewa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kuahnya dihasilkan menggunakan ubi keledek digabung pula rencah ciptaan nenek moyang menjadikan rasa kuah begitu pekat dan manis.

Bagi ibu-ibu yang nak mencuba resipi terbaru untuk hidangan minum petang seisi keluarga, bolehlah cuba Mee Rebus Mama air perkongsian puan Ainn Mustafar

ini.
Selamat mencuba!
Mee Rebus Mama!! Menu special my mum ni! Iolls boleh ulang makan 5 kali sehari
Resipi untuk 1kg Mee Kuning

Bahan kisar A:
Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
2 Biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
(Kisar halus semua diatas)
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
Cara penyediaan:-


Tumis semua bahan kisar A. Agak2 dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak2 lembut. Masukkan air udang and ubi kisar tadi.
Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi)
Garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Lastt skali masuk udang. Agak2 menggelegak boleh tutup api. Udang jgn masak lama, nanti keras tak sodap
Agak2 uolls ok pekat dia mcm mana. Tak cair sgt and tak pekat.
So uolls tabur tabur la dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng and limau!

Pemilik resepi : Ainn Mustafar

IKLAN