Mee Sup Ala Thai Viral Ni, Makan Panas Memang Superb! Nak Buat Pun Mudah!

Share

Jika setiap hari menu berbuka puasa dengan makan nasi tentu bosan. Sejak berbuka pada awal Ramadan tentu hari-hari makan nasi.

Apa kata menu berbuka hari ni menu mee. Makan panas-panas pun sedap.


Hari-hari makan nasi bosan jugak kan. Hari ni tekak nak makan mee sup . Ada jugak yang panggil mee rebus . Nama berbeza ikut negeri kita buat mee sup ala thai.

Resipi ni mmg tak de guna rempah sup . Tapi rasa memang superb.

Mee sup Ala Thai :
bahan-bahan nye
– Bawang merah 6 biji (blend )
– Bawang putih 6 ulas ( blend )
– lada hitam 1 sudu ( blend )
– rempah 3 sekawan * kayu manis…bunga lawang dan bunga cengkih
– ayam / daging / udang / sotong
– sayur-sayur carrot & sawi
– limau kasturi ( 2 biji )
– telur
– daun sup
– bawang goreng

cara-caranye :

– tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
– masukkan bahan lauk-lauk. masak hingga separuh masak
– masukan carrot
– masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
– masukkan mee yg telah dibersihkan
– pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
– masukkan sawi
– perah limau
– sebatikan dgn perasa
– taburkan bawang goreng & daun sup

Siap!

Kredit: Darl Wina Home Decor via Masak Apa Hari Ni

IKLAN