Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam Ahad itu, bapa saudara mangsa dipercayai telah melambung kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan menyebabkan kepalanya terkena kipas siling dan cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof memberitahu pemberita, perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi meneruskan siasatan ke atas lelaki berusia 25 tahun itu yang ditahan semalam.
Ads
Menurutnya kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas bapa mangsa membuat laporan polis susulan insiden yang juga warga Myanmar berhubung kejadian menimpa anaknya.
“Pengadu berada di Butterworth atas urusan kerja sejak tiga bulan lalu manakala kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, di sini, kelmarin,” ujarnya.
Noor Azmi berkata hasil temubual polis bersama isteri pengadu memaklumkan anak saudara lelakinya yang juga warganegara Myanmar bermain dengan mangsa telah melambung mangsa yang sedang menangis.
Ads
“Mangsa terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.
Ads
Ibu mangsa bersama abangnya telah membawa mangsa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan namun keesokannya pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat,” jelasnya.
Tambah beliau hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami ‘severe head injury due to blunt trauma.
Noor Azmi berkata siasatan telah dijalankan oleh pihak polis di tempat kejadian iaitu bahagian dapur sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan Ampang, Ampang, Selangor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cuti penggal 1 sesi 2025/2026 bertembung dengan Aidiladha, puas hati rehat lama. Selepas menempuh jadual pembelajaran yang padat dan aktiviti sekolah yang tidak putus-putus, guru dan pelajar akhirnya boleh menarik nafas lega.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh Cuti Penggal 1 bagi sesi akademik 2025/2026, memberikan ruang istirahat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah.
Berdasarkan Kalendar Akademik rasmi KPM, Cuti Penggal 1 akan bermula pada 29 Mei (Khamis) dan berakhir pada 9 Jun 2025 (Isnin), menjadikan jumlah hari rehat selama 12 hari. Tempoh ini dilihat sebagai waktu yang ideal untuk pelajar dan guru menyegarkan kembali fizikal dan mental selepas beberapa bulan bersekolah.
Apa yang lebih menggembirakan, tempoh cuti ini turut bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada 7 Jun 2025 (Sabtu). Ini sekali gus memberikan peluang kepada keluarga untuk merancang sambutan dan aktiviti bersama dengan lebih tenang, tanpa gangguan sesi persekolahan.
Sebagaimana kelaziman, KPM turut membahagikan kalendar cuti kepada dua kumpulan negeri.
Kumpulan A: Melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B: Merangkumi negeri dan wilayah lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta tiga Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Kombinasi cuti pertengahan penggal dan sambutan Aidiladha ini pastinya memberikan kelegaan buat ramai. Ia bukan sahaja membuka ruang untuk berehat, malah membolehkan warga sekolah merancang masa berkualiti bersama keluarga.
Semoga rehat yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya sebelum kembali meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan.
Setiap orang punya cara tersendiri dalam menzahirkan kasih sayang. Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya.
Malah dia sendiri menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Berkongsi cerita dengan mStar, mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabul pada 20 September ini.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Manusia memang tidak lepas daripada menghadapi masalah. Ia termasuk masalah rumahtangga, tempat kerja, pembelajaran dan sebagainya.
Masalah ini jika dibiarkan akan makan diri hingga boleh menjejaskan kehidupan pribadi kita.
Dengan kita mudah, akibat terlalu berfikir ia akan memberi kesan kepada tekanan, gelisah dan sebagainya. Malah jika dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh mengakibatkan tekanan perasaan, malah boleh membawa maut tanpa sedar.
Sebagaimana perkongsian Pakar Terapi, Dr Norzi Malek, masalah tekanan ini boleh diatasi dengan menggunakan kaedah Brain Dump iaitu cara untuk tenangkan minda. Nak tahu lebih lanjut ikuti penjelasannya.
#Part1 Jika kalian selalu over thinking, ada Anxiety, Depression, Panic Attack, stress atau lost di dalam kehidupan harian, saya akan cadangkan kaedah Brain Dump untuk meringankan fikiran (Declutter your mind and thought). 1. Brain Dump adalah kaedah yang sangat mudah untuk clearkan minda kita, dan menguruskan pemikiran serta otak kita. 2. Brain Dump sangat membantu dalam meningkatkan fokus pada perkara penting yang perlu dilakukan. 3. Teknik ini sangat berkesan untuk mencegah Panic Attack, Anxiety, Depression serta mengurangkan keserabutan hidup kita. 4. Yang paling penting, Brain Dump sangat membantu dalam menguruskan masa kita dengan lebih berkualiti serta mengurangkan over thinking. 5. Ini bermaksud, aktiviti ini dapat membantu kita menjadi orang yang lebih tenang dan produktif.
Buat aktiviti Brain Dump
6. Bahan yang diperlukan untuk aktiviti Brain Dump adalah sebuah Notebook, sebatang pen, highlight atau sehelai kertas jika kalian tidak mahu menggunakan notebook.
7. Tuliskan setiap perkara yang berlegar di dalam fikiran kita sekarang. – Apa yang sedang kita risaukan? – Apa yang kerap kita terlupa? – Apa yang ingin sekali kita lakukan? – Apa aktiviti yang jika kita lakukan dapat menaikkan semangat kita? – Peristiwa negatif yang mengganggu fikiran kita? – Peristiwa penting yang akan muncul (birthday, kenduri, mesyuarat). – Impian kita yang tidak terlaksana. – Aktiviti untuk mencapai impian kita. – Aktiviti harian yang perlu dilakukan segera. – Orang yang annoying hari ini. – Apa yang menganggu fikiran kita. – Apa aktiviti segera yang perlu kita lakukan tanpa tangguh. Tuliskan semuanya. 8. Biasanya saya akan cadangkan client saya untuk melakukan aktiviti ini di dalam notebook khas untuk aktiviti Brain Dump. Ini membolehkan client saya melihat kembali aktiviti Brain Dump yang lepas untuk melihat pattern pemikiran dan kenapa hari itu beliau rasa down dan serabut. 9. Dengan mempunyai Notebook Brain Dump, kalian akan dapati ada hari tertentu penuh buku catatan itu, dan ada hari tertentu hanya beberapa point sahaja. 10. Cadangan saya, kalian boleh memilih untuk melakukan secara harian atau seminggu sekali. Tetapi cadangan terbaik saya adalah kalian wajar lakukan setiap kali kalian down, serabut, stuck dengan sesuatu problem atau isu, sedang marah-marah atau emosi kurang stabil. Aktiviti Brain Dump ini sangat membantu untuk kita relakskan kembali diri kita serta menyusun hidup pada jalan yang lebih tenang.
Saya share percuma banyak aktiviti therapy di sini : https://t.me/norzimalek
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.