Menabung 4 Tahun Berjaya Kumpul Duit Hampir RM80,000. Lelaki Ini Beli ‘Cash’ Kereta Import. Inspirasi!

Share

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak semua orang mampu displin menyimpan wang dalam tempoh yang lama.

Namun berbeza dengan peniaga kaki lima ini iaitu gigih menabung sejak tahun 2018. Dia mempunyai impian untuk memiliki kereta idaman.

Hasil berkat kesabaran dan displin lelaki berjaya membuktikan usaha itu tidak sia-sia.

Menurut laporan, SuaraSulSel.id  ia aalah usaha keras seorang lelaki yang dikenali sebagai Asriadi Syamsuddin yang telah  mengumpul selama empat tahun.

Lebih menarik lagi, cara menyimpan wangnya adalah menggunakan botol air mineral.

Bacaan menarik: Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Bacaan menarik: Umur 40an Baru Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Empat tahun simpan beli kereta import

Hasil simpanan sejak 2018, dia akhirnya dapat membeli kereta idaman, Toyota Rush baru-baru ini sekaligus membuatkan para pekerja di pusat jualan kereta terpegun melihatnya.

“Saya menabung sejak tahun 2018 sampai sekarang, ada dua ratus juta terkumpul,” katanya seperti dipetik portal tersebut.

Wang tersebut terdiri daripada wang Rupiah 2,000 yang berjumlah Rp100 juta dan ratusan juta bakinya yang terdiri daripada duit syiling.

Menurut portal, seorang pekerja menyatakan bahawa Asriadi sememangnya merancang untuk membeli sebuah kereta dengan harga Rp 271 juta(RM78,256). Dalam pada itu, terdapat sembilan botol syiling dan tiga kotak Rp 2,000 yang disimpan.

Katanya, wang itu diperoleh daripada para pelanggan setiap hari. Tidak tahu apa yang ingin dibuat dengan wang tersebut, dia kemudiannya memutuskan untuk mengumpul syiling-syiling diterima.

Minta bantuan jiran angkut syiling

Dalam pada itu, Asriadi terpaksa meminjam kereta jirannya untuk mengangkut syiling yang ada ke kedai kereta.

Malah, para pekerja di pusat jualan itu dikatakan mengambil masa yang lama untuk mengira jumlah wang yang dibawa lelaki berkenaan.

Sumber: ,SuaraSulSel.id

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

IKLAN