Menangis Dalam Pelukan Anak. Rupanya 3 Hari Ibu Ni Harungi  Banjir Sendirian, Buat Ramai Yang Sebak!

Berat mata memandang berat lagi ujian yang harus dilalui oleh mangsa banjir di beberapa lokasi. Begitu juga buat penduduk di sekitar Pantai Timur, berdepan dengan banjir besar memaksa mereka untuk berpinda ke lokasi yang selamat hingga keadaan banjir kembali surut.

Ekoran itu, selepas beberapa hari ‘berkampung’ di pusat pemindahan, akhirnya ada antaranya dibenarkan pulang bila keadaan semakin pulih.

Meskipun hati berasa lega dapat pulang ke rumah sendiri, namun siapa yang tidak sedih apabila melihat keadaan rumah yang berlumpur dan rosak teruk kesan banjir yang melanda.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Begitulah apa yang terjadi kepada seorang ibu yang berusia ini, dia terus menangis di dalam pelukan anaknya bila melihat keadaan rumah peninggalan suami yang penuh dengan lumpur dan sampah sarap.

Menangis Dalam Pelukan Anak. Rupanya 3 Hari Ibu Ni Harungi Banjir Sendirian, Buat Ramai Yang Sebak!

IKLAN

Difahamkan ibu ini berasa terkilan apabila harta peninggalan arwah suaminya itu musnah dek kerana banjir yang melanda.

 

Terdahulu, dikatakan ibu ini terpaksa berdepan detik cemas mengharung banjir sendirian apabila anaknya tidak dapat pulang dek kerana jalan utama sudah dinaiki air. Meskipun anak risaukan keadaan ibu, namun anak lelakinya terpaksa akur untuk membatalkan perjalanannya pulang ke kampung sehingga keadaan air banjir kembali surut.

@mieyusoh rumah abah musnah sikit ☺️ #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ Sad Music (Full Version) – MaximusSound

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan sedih melihat keadaan dan mendoakan agar dipermudahkan urusan setiap mangsa banjir.

IKLAN

ya allah, kau angkat LA segala kesusahan kesulitan umat mu ya allah.gantikan yg Lebih bernilai 🥰

Dalam kesedihan ada keredhaan. Bangkit semula bina rumah sepertimana yg ayah sediakan dulu

semoga dipermudahkan segala urusan makcik sekeluarga. Tahun lps kami di Kuantan mcm nielah,rumh mak dn rmh sy msuk selut brbuln buln nak mngmas,redha

Allahuakhbar…mmg sedih tengok. Semoga semua yang terlibat redho dgn ujian Allah ini.

Sumber : TikTok @mieyusoh

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Menangis Dalam Pelukan Anak. Rupanya 3 Hari Ibu Ni Harungi Banjir Sendirian, Buat Ramai Yang Sebak!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI