Lima tahun lalu, Dr Amalina Che Bakri dipertemukan dengan bidadari kecil bernama Ainul Mardhiah yang menderita kanser ‘germ cell tumor’.

Beliau yang berkhidmat di London, United Kingdom (UK), menjadi antara orang terpenting dalam pembedahan si kecil ini, yang bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembedahan berkenaan.

Usai pulang ke tanah air selepas kejayaan pembedahan tersebut, hubungan antara Dr Amalina dan adik Ainul tidak putus dan masih berhubung sehingga kini.

Dalam perkongsian baharu ayah kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin, ada memuat naik gambar mereka menghadiri majlis persandingan Dr Amalina dan pasangannya, Alexander Charles pada Ahad. Malah, dia berkata Dr Amalina sebelum ini tidak putus bertanyakan kehadiran mereka ke majlisnya dan mengungkapkan rasa terujanya untuk berjumpa dengan Ainul.

“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu whatsapp isteri tanya Ainul boleh datang ke tak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.

“Semalam petang pun sebelum event dia sempat whatsapp cakap, ‘kita jumpa malam ni ye’. Tak sabar nak jumpa ainul.” tulisnya.

IKLAN

Malah, Ahmad Safiuddin juga berkata, meskipun sudah lama berlalu, Dr Amalina tidak putus bertanyakan soal Ainul.

“Walaupun jauh, dan dah 5 tahun berlalu, Dr Amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.

“Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul.” tambahnya.

IKLAN

Dalam pada itu, ayah Ainul juga sempat menyelit ucapan terima kasihnya untuk rakyat Malaysia yang banyak berjasa dari dahulu sehingga saat ini.

“Alhamdulillah, apa pun dalam misi menyelamatkan Ainul dahulu, ramai orang orang baik yang Allah swt kirimkan untuk Ainul. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu nak sebutkan satu per satu terutamanya rakyat Malaysia.

“Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doctors & professional, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang ambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih. Semuanya saling memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum & agama.” jelasnya.

IKLAN

Terdahulu, Ainul Mardhiah, buah hati rakyat Malaysia yang pernah menjadi viral kisah pendertiaan si kecil yang ada kanser mulut Germ Cell Tumor sehingga membuatkan sesiapa sahaja melihat pasti menitiskan air mata.

Kisah kejayaan adik Ainul yang kuat semangat sehingga berjaya dalam pembedahan membuang ketumbuhan tersebut semasa dia berusia 10 bulan di United Kingdom benar-benar disyukuri oleh semua rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa.

Sumber : Ahmad Safiuddin

https://www.dailymotion.com/video/x8btswn

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI