Anak sulung Raja Azura genggam diploma,”Doa mama selalu untuk anak-Anak mama.” Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku ini mampu membuktikan kemampuan diri dan mendidik anak-anak hingga berjaya. Tiada yang membahagiakan dan menjadi satu kepuasan buat seorang ibu apabila melihat anaknya berjaya.
Anak Sulung Raja Azura Syukur Genggam Diploma,”Doa Mama Selalu Untuk Anak-Anak Mama”
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Raja Azura berkongsi momen istimewa anak sulungnya, Megat Muhammad Raziq mendapat diploma.
Raja Azura menghadiri istiadat konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 baru-baru ini menzahirkan rasa syukur dapat menyaksikan pencapaian anak sulungnya.
Ads
“TAHNIAH @MEMURA.ARA ANAK MAMA ATAS PENCAPAIAN DIPLOMA. BELAJAR PANDAI-PANDAI DOA MAMA SELALU UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK MAMA. I LOVE YOU JAJIQQ.” – TULIS AZURA DI RUANGAN KAPSYEN.
Sebagai ibu tentunya melihat kejayaan anak di menara gading membuatkan Raja Azura ibu yang paling bahagia. Meskipun lebih sedekad bergelar ibu tunggal namun pelakon dan penyampai radio ini mampu mendidik tiga orang anaknya menjadi insan yang berjaya.
Untuk info, selain Megat Raziq, dua lagi anak Raja Azura ialah Megat Luqman Haqim dan Puteri Mia Maizura.
Pemergian anak sulung daripada dua beradik yang berusia sembilan tahun, Muhammad Rizqi Naufal Mohd Shakir ternyata meninggalkan kesan amat mendalam buat ibunya, Siti Fatimah Jaafar, 32.
Sementelah, arwah langsung tidak menunjukkan dia menghidap sebarang penyakit sebelum itu.
Lebih memilukan,sepasang baju Melayu biru yang dibeli untuk dipakai anak lelakinya itu ketika Aidilfitri nanti hanya tinggal kenangan.
Anaknya itu meninggal dunia secara mengejut ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Menurut Siti Fatimah, arwah anaknya itu dikesan hanya mengalami demam petang Isnin lalu sebelum dia membawanya mengambil ubat keesokannya.
“Selepas mengambil ubat, keadaan arwah dilihat beransur baik namun menjelang petang Selasa anak mula dilihat tidak bermaya namun dia enggan pergi ke hospital kerana takut doktor tidak akan membenarkannya pulang.
“Bagaimanapun, melihatkan keadaannya yang semakin lemah arwah terpaksa juga dikejarkan ke hospital dan keadaannya bertambah teruk jam 12 tengah malam sehingga darahnya terpaksa diambil dan ujian imbasan x-ray dilakukan terhadapnya.
“Ketika itu, arwah masih boleh berbual dengan saya sebelum dia pengsan dan kembali sedar tidak lama kemudian selepas dicucuk ubat. Sebaik tersedar, arwah terus meminta air kepada saya dan pada 7 pagi Rabu dia sekali lagi tidak sedarkan diri sehinggalah doktor memaklumkan anak sudah meninggal dunia dua jam kemudian,” katanya.
Menurutnya, dia berada di samping arwah sehingga anaknya itu menghembuskan nafas terakhir dan melihat bagaimana kakitangan hospital bertungkus lumus menyelamatkan nyawa anaknya itu dengan memberikan bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, Allah SWT lebih menyayangi dia dan saya reda dengan pemergiannya yang meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
“Memang terasa sunyi malah adik perempuannya yang berusia lima tahun menangis kerana mencari abangnya itu selepas bangun tidur pagi tadi,” katanya.
Katanya, dia dimaklumkan pihak hospital yang arwah anaknya itu terkena serangan jantung selain turut mengalami masalah kerosakan hati dan buah pinggang.
“Saya dimaklumkan arwah terkena serangan jantung ketika dia koma namun sehingga kini masih menunggu laporan lengkap yang menyebabkan kematian anak.
“Empat hari lalu saya sempat membelikan baju Melayu buat arwah dan dia sendiri memilih warna pakaian yang mahu dipakainya ketika hari raya nanti namun semua itu hanya tinggal kenangan,” katanya.
Jenazah Muhammad Rizqi Naufal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang Besar, Tikam Batu dekat sini jam 6 petang kelmarin.
Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.Kerana itu masing-masing memainkan peranan dalam mencipta kebahagiaan.
Sang suami sebagai ketua keluarga bukan hanya bertanggung jawab mencari rezeki sahaja, sebaliknya perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. Berkongsi rezeki dengan anak isteri membantu melancarkan lagi urusan buat suami.
Sebenarnya nak bahagiakan anak isteri ni bukanlah sesukar mana. Tidak perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik. Malah banyak cara lain seorang suami boleh buat untuk membahagiakan keluarganya.
Niat untuk bawa anak-anak dan isteri jalan-jalan pun sudah membuatkan segala urusan suami dipermudahkan. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif di ruangan facebooknya.
Saya pelik kenapa bertalu talu orang nak bagi benda percuma kat saya semalam. Serius saya hairan sangat.
Ada yang PM saya semalam nak bagi saya pakej percutian secara percuma ke Sabah. Ada yang komen nak jadi tour guide percuma bila saya sampai ke Johor dan Perak. Paling saya pelik siap ada nak bagi pakej bekam percuma lagi pada saya dan isteri kalau saya datang ke Sabah.
Eh! Tak pernah pula saya minta semua ni daripada orang lain tapi seolah olah semua orang berebut nak bagi saya benda benda percuma ni semua.
Baru saya teringat, semalam saya keluar rumah dengan niat nak bahagiakan anak isteri. Saya sebenarnya serabut fikir nak selesaikan beberapa hal kerja saya tapi bila tengok anak isteri beriya nak bercuti, saya pendamkan je lah semua kesibukan saya tu demi nak bahagiakan mereka.
Rupanya, ada rahsia di sebalik MEMBAHAGIAKAN keluarga ni. Ni Hadisnya :
Sabda Nabi s.a.w:
“Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan ALLAH, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 995.
Sebelum ni saya dah dengar dan alami sendiri magic bila bersedekah ni. Ada orang hilang penyakit kansernya dengan bersedekah pada orang lain. Ada orang selamat daripada kemalangan maut dengan bersedekah pada mereka yang susah. Ada orang jadi jutawan sekelip mata dengan bersedekah pada orang yang miskin.
Rupanya ada sesuatu yang lebih besar dan hebat daripada bersedekah kepada orang lain iaitu BERSEDEKAH kepada keluarga kita sendiri!
Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.” – Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 2129
Cuma benda ni kita tak sedar. Selama ni mungkin kita bagi nafkah, bawa anak berjalan, bawa isteri bercuti ataupun belanja anak isteri dengan perasaan ingin BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI.
Ya, kita banyak memberi tetapi pemberian tadi bersifat self-centric ataupun kita memberi tetapi dalam keadaan kita expect something in return. Tu bukannya pemberian, tu adalah pembelian!
Rezeki yang masuk pada kita ni umpama air yang masuk ke dalam sebuah takungan yang besar dan luas. Satu sedekah ataupun pemberian yang kita buat pada anak isteri ni umpama kita pasang satu paip pada takungan tersebut.
Makin banyak paip yang kita pasang maka air yang mengalir keluar untuk dimanfaatkan tu akan makin laju. Beruntunglah orang yang banyak paipnya sebab rupanya memang untuk bina paip tersebut perlu keluarkan kos sedikit tetapi kesannya adalah air yang keluar untuk dimanfaatkan tu akan lebih banyak dan laju!
Inilah Law Of Giving & Receiving yang ada atas dunia ni. Nak cinta? Bagi cinta tu dulu. Nak kasih sayang? Bagi kasih sayang tu dulu. Nak duit? Bagi duit tu dulu. Menariknya, semua yang kita bagi ni akan berpatah balik pada kita dalam jumlah yang berlipat kali ganda!
Asalkan you memberi tanpa expectation to get something in return & feeling so much happy and abundant! Then, the magic will happen in your life!
Belajar sesuatu?
#share pada pasangan masing masing dan rasakan sendiri keajaiban yang bakal terjadi nanti ❤️
Bersama-sama kita gemakan Surah Al-Kahf di MALAYSIA #QURANHOUR di seluruh negara pada 29 Zulhijah 1440H bersamaan 30 Ogos 2019.
.
Kita akan didengarkan alunan kalam Allah yang indah, tadabbur dan Pesan Kemerdekaan demi menghayati erti kemerdekaan dalam negara yang sudah 62 tahun merdeka.
.
Daftar lokasi hotspot di: bit.ly/MQH1440H
.
Dijemput beramai-ramai ke lokasi perdana Malaysia #QuranHour di Masjid Putra, Putrajaya bermula 8.30 pagi – 12.00 tengah hari.
.
Kami akan hadiahkan Surah Al-Kahf yang diwakafkan oleh Sahabah-sahabah Al-Quran kepada yang hadir awal. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.
.
Trendingkan Malaysia #QuranHour. Muat naik gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda.
.
Jangan lupa hashtag: #QuranHour.
.
Interaksi dengan Al-Quran: #BacaFahamAmal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.