Sabun mandi buku selain digunakan ketika mandi, diakui mempunyai aromanya yang mewangi.
Pun begitu, buat yang kreatif dengan seni kraf ia mampu menghasilkan sesuatu yang cukup istimewa; bunga sabun.
Bukan sahaja dibentuk indah malah berbau harum dan sekali gus menjadi agen penyegar udara.
Buat yang ingin mencuba melakukannya sendiri, dikongsikan resipi untuk membentuk adunan sabun yang boleh diuli. Jom semak.
Resepi Bunga Sabun
bahan-bahan:
Ads
1 buku sabun wangi
2 sudu besar tepung jagung/tepung/ubi/sagu/kentang (salah satu sahaja asalkan jenis berkanji)
1 sudu besar gam (clear glue atau white glue semua boleh)
Air suam secukupnya
Pewarna yang disukai (boleh guna water colour atau pewarna makanan)
Baby oil (saya guna baby oil Eco Shop sahaja)
Cara buat :
1. Sagat sabun guna mata sagat yang halus. Lepas sagat, saya ramas-ramas supaya lebih halus.
Ads
2. Campurkan sedikit demi sedikit air suam ke dalam doh. Asal membentuk jadi doh bulat sahaja.
3. Masukkan tepung dan gam. Jika nak letak pewarna, boleh letak sekali. Uli lagi. Jika rasa agak liat, tambah air suam. Uli jadi doh, asal rasa boleh dicubit dan boleh dibentuk. Jangan lembik sangat. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam bekas bertutup 1 malam. Ini supaya doh sabun lebih sebati dan senang dibentuk.
Ads
4. Sapu tapak tangan dengan baby oil. Amik sedikit doh yang dah perap. Uli lembut sampai rasa ok. Tak ada ketul-ketul. Boleh bentukkan kelopak bunga. Jika masa mula-mula keluarkan doh rasa agak keras. Tambah sahaja baby oil pada sebahagian doh yang nak guna. Tambah sikit.
5.Tujuan guna baby oil supaya doh tak melekit pada tangan dan senang dibentuk kelopak bunga.
6. Doh tak guna boleh simpan dalam plastik dan letak dalam bekas bertutup. Nak guna, mix sahaja dengan baby oil untuk lembutkan.
7. Boleh refer tutorial di you tube. Search bunga sabun ros, bunga sabun lily dan lain untuk mantapkan skil.
Apabila banjir melanda, paling mencabar adalah apabila air mulai surut. Bukan hanya sedih barang-barang habis dihanyutkan air atau rosak , cabaran yang menanti adalah perlu membersihkan segala kotoran dengan segera.
Bagi anda yang mengalami situasi ini pastinya bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saudara Mohd Razak Razali berkongsi tip bagaimana kaedah paling mudah untuk membuang air yang bertakung di dalam rumah.
Kepada mangsa banjir saya kongsi kan cara mudah untuk buang air yg bertakung dalam rumah.
Bahan-bahan
Baldi yang di tebuk lubang pada lantai nya…ikut saiz paip
Getah paip atau poli pipe.
Karung sampah saiz besar yg ditebuk lubang pd bhgian bawah ikut saiz paip.
Kerusi 2
Caranya
Masukan hujung paip dari bawah baldi…terus masukan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip. Tarik getah paip supaya plastik duduk dlm baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah. Letak baldi atas 2 kerusi.
Kamudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yg duduk dlam baldi tadi…..tadaaa… air ikut getah terus keluar ..tak perlu angkut keluar.
Pastikan terus kocak air dlm rumah supaya lumpur tak mendap…nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Sejak dilantik sebagai orang nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperlihatkan pendekatan berbeza ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Malah Perdana Menteri turut dipuji kerana menggunakan pendekatan yang mudah difahami rakyat.
Terbaru ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mencuri tumpuan dengan ayat bersahaja beliau.
” Saya lihat di media sosial ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri mereka, agak luar biasa.
” Ada yang mengayuh basikal dalam rumah, ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap..
” Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.
” Yang penting saya fikir saudara dan saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi ujian ini.
” Dan saya yakin tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang kita tak boleh tanggung.
Ayokk kantoi abah kita tahu apa kita buat. Hehehe. Macam mana pun tak pe, asal semua bekerjsama putuskan rantai covid-19 dengan stay at home ❤#keluargamag
Lucu dan bersahaja, namun mesej yang ingin disampaikan tetap diterima masyarakat sehinggakan rata-rata berkongsi kata-kata Perdana Menteri di media sosial.
Sementara itu, Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan bernilai RM10 bilion bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya berkata, pakej rangsangan tambahan tersebut diharap dapat mampu meringankan beban usahawan PKS.
” Di pihak kerajaan ,kita cuba membantu sebaik mungkin dan sebab itu saya ingin mengumumkan pakej tambahan RM10 billion,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan langkah tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “Prihatin Tambahan”.
Katanya, pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.
Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.
Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
1) Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.
2) Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
3) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
4) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.
” Melalui penambahbaikan ini, syarikatsyarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
” Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari lalu dan mendaftar dengan Perkeso.
” Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini,” katanya.
Beliau menambah majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurangkurangnya untuk tempoh enam bulan, iaitu dalam tempoh tiga bulan semasa menerima subsidi upah dan tiga bulan selepas itu.
Kita semua pasti biasa mendengar ungkapan, sesungguhnya doa itu senjata bagi seorang mukmin. Di sini dikongsikan di sini satu kisah berkaitan doa daripada seorang suami yang benar-benar dapat merasa pergantungan kepadaNya dengan berdoa dan bukannya doa dibaca hanya sekadar lafaz di bibir. Semua ini berlaku setelah dirinya menukar kerjaya. Jom semak.
Doa ini sesuatu yang sangat berharga untuk manusia. Cuma kadang-kadang kita tak perasan. Mungkin sebab tak tahu atau tak rasa. Dulu waktu makan gaji, aku rasa hidup ini sudah terjamin. Gaji masuk tiap-tiap bulan. Walaupun tak seberapa, tapi bolehlah untuk keluarga kecil. Nanti bila naik pangkat, naiklah lagi gaji tu.
Waktu itu, berdoa pun sekadar melafazkan di bibir saja. Konon-konon, tak adalah nak minta apa sangat selain naik pangkat dan naik gaji. Tidaklah terlalu terdesak.
Sombong.
Sekarang bila tiada siapa yang beri gaji pada aku, melainkan aku perlu cari duit untuk menggaji diri sendiri, baru aku tau langit tinggi rendah.
Bila aku mula berniaga, aku mula merasai betapa pentingnya doa itu dalam hidup. Aku beli banyak buku dan cari bahan bacaan berkenaan rahsia doa. Apa doa-doa yang Nabi ajar, doa dari Quran, apa punca doa ditolak, bagaimana nak dapat doa mustajab dan lain-lain.
Aku cakap terus terang. Bila kau duduk dalam situasi aku, kau akan tahu bahawa diri kau ini tiada apa. Kosong.
Kau bergantung seluruhnya pada Tuhan.
Kau buat apa pun, akhirnya nanti semuanya ditentukan oleh Dia. Tugas kau berusaha dan berikhtiar, hasilnya memang kau tak boleh jamin.
Kau buat marketing, sales, FB Ads, buka booth dan macam-macam lagi teknik jualan. Ada kala untung, ada kala rugi. Ada kala produk kau laku, ada kala tak terjual.
Dan siapa yang tentukan rezeki kau?
Tuhan.
Yang sebelum ini ketentuan rezeki-Nya aku mungkin tak ambil pusing, sebab kononnya dah tetaplah aku akan dapat slip gaji tiap-tiap bulan.
Sekarang, tiada tempat lagi aku nak minta selain dari-Nya.
Baru aku tahu erti pergantungan dan pengharapan kepada Tuhan. Setiap bait doa itu aku tuturkan bukan mainan kata semata-mata, tapi betul-betul datang dari hati. Seolah-olah seperti seorang manusia yang terkapai-kapai hampir lemas di laut dalam, minta diselamatkan.
Akhirnya tersedar, pentingnya doa untuk aku ‘connect’ dengan Tuhan, kerana hanya Dialah tempat mengadu dan minta pertolongan.
Usaha itu aku tetap lakukan. Ilmu jualan dan pemasaran, kelas-kelas perniagaan, kelas penulisan, semua aku cari. Itu tugas sebagai hamba.
Namun duit yang datang selepas itu, tiada siapa yang tahu berapa jumlahnya.
Ketika ini baru kau nampak, ada benda yang kau tak boleh kawal. Siapa sangka ada orang nak tawarkan kau projek juta-juta entah dari mana. Kadang-kadang kita buat promosi produk pada orang lain, tiba-tiba orang lain yang beli.
Semua benda dalam kawalan Tuhan. Mudah saja bagi Dia. Maka kau perlu minta pada Dia banyak-banyak.
Minta supaya Dia mudahkan urusan kau, perancangan kau berjaya, dan kau dapat hasil seperti mana kau mahu.
Kau sihat, kaya, perniagaan maju, semua sebab Tuhan izinkan.
Sebab itu aku sekarang banyak menulis tentang doa dan tawakkal, dua konsep yang penting dalam hidup bertuhan, namun sering kita terlepas pandang. Mungkin bukan kau, tapi aku yang kurang ambil berat sebelum ini.
Aku tak kata semua orang makan gaji dan berniaga sama situasi dengan aku. Mungkin orang lain semua ‘smooth sailing’. Cuma aku saja yang lalui pengalaman begini. Baguslah, peringatan untuk aku juga supaya dekatkan diri dengan Tuhan.
Apa-apa pun situasi kau sekarang, jangan tinggalkan doa dan tawakkal.
Kalau kau dah senang, kaya, sihat, anak-anak semua menjadi – kau doalah supaya kesenangan itu berkekalan dan berpanjangan.
Kalau kau dalam kesusahan, hutang keliling pinggang, anak tak dengar kata – kau doalah supaya Tuhan beri jalan keluar dan mudahkan urusan hidup kau.
Pusing ikut mana pun, sama ada kau sedar atau tidak, kau perlu selalu berinteraksi dengan Tuhan melalui doa dan solat. Kau tak lupakan Tuhan, Dia takkan tinggalkan kau keseorangan menghadapi kehidupan.
Doa, kawan-kawan. Satu senjata ampuh yang Tuhan sediakan untuk kita. Agar kita sedar, diri ini hamba dan tiada apa-apa melainkan Dialah pemberi segala-galanya.