Kita semua pasti biasa mendengar ungkapan, sesungguhnya doa itu senjata bagi seorang mukmin. Di sini dikongsikan di sini satu kisah berkaitan doa daripada seorang suami yang benar-benar dapat merasa pergantungan kepadaNya dengan berdoa dan bukannya doa dibaca hanya sekadar lafaz di bibir. Semua ini berlaku setelah dirinya menukar kerjaya. Jom semak.
Doa ini sesuatu yang sangat berharga untuk manusia. Cuma kadang-kadang kita tak perasan. Mungkin sebab tak tahu atau tak rasa. Dulu waktu makan gaji, aku rasa hidup ini sudah terjamin. Gaji masuk tiap-tiap bulan. Walaupun tak seberapa, tapi bolehlah untuk keluarga kecil. Nanti bila naik pangkat, naiklah lagi gaji tu.
Waktu itu, berdoa pun sekadar melafazkan di bibir saja. Konon-konon, tak adalah nak minta apa sangat selain naik pangkat dan naik gaji. Tidaklah terlalu terdesak.
Sombong.
Sekarang bila tiada siapa yang beri gaji pada aku, melainkan aku perlu cari duit untuk menggaji diri sendiri, baru aku tau langit tinggi rendah.
Bila aku mula berniaga, aku mula merasai betapa pentingnya doa itu dalam hidup. Aku beli banyak buku dan cari bahan bacaan berkenaan rahsia doa. Apa doa-doa yang Nabi ajar, doa dari Quran, apa punca doa ditolak, bagaimana nak dapat doa mustajab dan lain-lain.
Aku cakap terus terang. Bila kau duduk dalam situasi aku, kau akan tahu bahawa diri kau ini tiada apa. Kosong.
Kau bergantung seluruhnya pada Tuhan.
Kau buat apa pun, akhirnya nanti semuanya ditentukan oleh Dia. Tugas kau berusaha dan berikhtiar, hasilnya memang kau tak boleh jamin.
Kau buat marketing, sales, FB Ads, buka booth dan macam-macam lagi teknik jualan. Ada kala untung, ada kala rugi. Ada kala produk kau laku, ada kala tak terjual.
Ads
Dan siapa yang tentukan rezeki kau?
Tuhan.
Yang sebelum ini ketentuan rezeki-Nya aku mungkin tak ambil pusing, sebab kononnya dah tetaplah aku akan dapat slip gaji tiap-tiap bulan.
Sekarang, tiada tempat lagi aku nak minta selain dari-Nya.
Baru aku tahu erti pergantungan dan pengharapan kepada Tuhan. Setiap bait doa itu aku tuturkan bukan mainan kata semata-mata, tapi betul-betul datang dari hati. Seolah-olah seperti seorang manusia yang terkapai-kapai hampir lemas di laut dalam, minta diselamatkan.
Akhirnya tersedar, pentingnya doa untuk aku ‘connect’ dengan Tuhan, kerana hanya Dialah tempat mengadu dan minta pertolongan.
Ads
Usaha itu aku tetap lakukan. Ilmu jualan dan pemasaran, kelas-kelas perniagaan, kelas penulisan, semua aku cari. Itu tugas sebagai hamba.
Namun duit yang datang selepas itu, tiada siapa yang tahu berapa jumlahnya.
Ketika ini baru kau nampak, ada benda yang kau tak boleh kawal. Siapa sangka ada orang nak tawarkan kau projek juta-juta entah dari mana. Kadang-kadang kita buat promosi produk pada orang lain, tiba-tiba orang lain yang beli.
Semua benda dalam kawalan Tuhan. Mudah saja bagi Dia. Maka kau perlu minta pada Dia banyak-banyak.
Minta supaya Dia mudahkan urusan kau, perancangan kau berjaya, dan kau dapat hasil seperti mana kau mahu.
Ads
Kau sihat, kaya, perniagaan maju, semua sebab Tuhan izinkan.
Sebab itu aku sekarang banyak menulis tentang doa dan tawakkal, dua konsep yang penting dalam hidup bertuhan, namun sering kita terlepas pandang. Mungkin bukan kau, tapi aku yang kurang ambil berat sebelum ini.
Aku tak kata semua orang makan gaji dan berniaga sama situasi dengan aku. Mungkin orang lain semua ‘smooth sailing’. Cuma aku saja yang lalui pengalaman begini. Baguslah, peringatan untuk aku juga supaya dekatkan diri dengan Tuhan.
Apa-apa pun situasi kau sekarang, jangan tinggalkan doa dan tawakkal.
Kalau kau dah senang, kaya, sihat, anak-anak semua menjadi – kau doalah supaya kesenangan itu berkekalan dan berpanjangan.
Kalau kau dalam kesusahan, hutang keliling pinggang, anak tak dengar kata – kau doalah supaya Tuhan beri jalan keluar dan mudahkan urusan hidup kau.
Pusing ikut mana pun, sama ada kau sedar atau tidak, kau perlu selalu berinteraksi dengan Tuhan melalui doa dan solat. Kau tak lupakan Tuhan, Dia takkan tinggalkan kau keseorangan menghadapi kehidupan.
Doa, kawan-kawan. Satu senjata ampuh yang Tuhan sediakan untuk kita. Agar kita sedar, diri ini hamba dan tiada apa-apa melainkan Dialah pemberi segala-galanya.
Alam rumah tangga tidak sama dengan ketika bercinta. Kena ada ‘give and take’ dan sama-sama bertoleransi. Ego yang membukit pasti akan menyebabkan ikatan pernikahan putus di tengah jalan.
Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, harus selidik dan berfikir sedalamnya, jangan buat keputusan melulu mengikut nafsu dan emosi.
Menurut Ustaz Kazim Elias, penceraian berlaku kerana mencari yang tidak betul.
Malah, ada antara pasangan yang apabila disuruh cari yang beragama , berakhlak, mengabaikan hal tersebut sebaliknya memandang pada sudut lain.
“Disuruh cari yang yang beragama tapi minat yang berirama sahaja. Disuruh cari yang berakhlak tapi tengok yang galak.
“Yang beragama sahaja tidak cukup dan bukan semestinya ustaz, tok imam atau doktor. Tapi mungkin dia cikgu sekolah, pemandu teksi, siapa pun ambil lah janji dia mempunyai agama dan melaksanakan agama.
“Tetapi agama sahaja tak cukup, Nabi tambah lagi satu iaitu akhlak. Carilah yang berakhlak, jangan cari yang panas baran dan kedekut. Carilah yang beragama dan berakhlak, anda mampu mengubahnya,” ujar Ustaz Kazim Elias dalam satu rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro.
Perasan tak jika kita makan mee kari di kopitiam rasanya sangat enak walaupun tidak terlalu berlemak atau terlalu kuat rasa karinya. Keseimbangan rasa dan ditambah pula tidak menggunakan serbuk kari dalam penyediaan bahan, sekali gus memberi rasanya yang tersendiri.
Jadi buat anda yang ingin mencuba untuk menyediakannya sendiri, apa kata mencuba resipi yang dikongsi oleh Ad Adnan ini. Melihat bahan-bahan yang digunakan juga cukup dan hasil masakannya nampak begitu menyelerakan.
Jadi bolehlah dicuba untuk dijadikan menu istimewa untuk keluarga.
CURRY LAKSA MEE KARI TANPA SERBUK KARI
Saya suka makan mee kari. Tapi yang style kopitiam tu. Depa kata tu nyonya punya mee kari eh..ok saya dah buat. Resepi dari hasil penyelidikan di google dan beberapa bahan bacaan. Tak kan lah nak puji diri sendiri kan kata sedap..cuba lah sendiri.
Bahan-bahan;
A-(kisar halus)
1)bawang besar & kecil
2)bawang putih
3)lengkuas
4)serai
5)buah keras
6)belacan
7)kunyit hidup
B
1)santan
2)cili giling
3)daun kesom & bunga kantan
4)air rebusan ayam/udang
5)garam & gula
6)minyak untuk menumis
C-(condiment mee)
Terpulang pada anda. Tapi kalau untuk style kopitiam nyonya ni sayurnya ada guna kacang panjang dan terung. Potong dan goreng sekejap.
Cara-cara;
1) Tumis bahan A bersama cili kisar.
2) Bila sudah sedikit wangi letak kan daun kesom dan bunga kantan.
3) Letak kan air rebusan
4) Perasakan garam gula
5) Akhir sekali letak kan santan.
Bahan kisar A + cili giling merupakan rempah basah bagi kari. So dah tak payah lah pakai serbuk kari. Boleh letak kan ayam / kerang / atau apa apa yang anda ingin kan..
Sukatan berbeza bergantung kuantiti masakan.saya guna cam-campak je.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pelbagai cara dan kaedah untuk memasak kari. Ada yang suka kuahnya pekat, ada pula yang gemar cair. Ada yang suka letak santan dan sebaliknya. Semuanya ikut citarasa sendiri dan juga ahli keluarga.
Saudara Khairul Hakimin Muhammad menerusi facebooknya berkongsi resipi kari pekat ayam air tangan ibunya. Menurutnya, resipi tersebut dimasak mengikut cara orang Malbari.
Bagi ibu-ibu yang gemar menu berasaskan kari bolehlah kalau nak cuba resipi ini pula. Tengok pun dah terliur, tak sabar admin nak cuba di rumah nanti.
Semalam berjaya tengok emak masak kari ayam pekat beliau. Kali ini beliau masak cara orang Malbari (orang berbangsa India yang memang dah Islam). Senang juga dan rasa kari yang ini subhanallah, boleh jadi sup duk meratah sepanjang malam. Haha.
Ok jom. Boleh dengar suara emak explain dalam resipi kali ini. Haha
Kari Ayam Pekat Emak KHM.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam,
2 biji bawang merah India dihiris,
3 biji bawang merah India **
2 inci halia **
5 ulas bawang putih **
kisar bahan bertanda **
3 biji tomato kurang masak,
3 tangkai daun kari,
2 sudu besar rempah campur (biji sawi, jintan manis dan halba)
3 batang kayu manis,
5 kuntum bunga lawang,
5 biji buah pelaga,
2 sudu besar pes asam jawa,
8 sudu besar rempah kari ayam (beli di kedai Malbari),
Sedikit air,
5 biji cili hijau,
2 sudu besar gula pasir,
2 sudu besar garam.
Cara membuat:
Tumis tomato yang dibelah 4 bersama daun kari, rempah campur, bawang merah yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai bawangnya kekuningan.
2. Terus masukkan ayam yang telah disembelih, dibuang bulu, dibasuh. Ha lengkap, tanya lagi tak tahulah. Kacau rata.
3. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar kasar pula. Kacau lagi.
4. Masukkan rempah kari. Ha tak payah tumis tahu. Lagi sedap nok.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.