Tiada lagi ucapan ‘terima kasih sayang’ buat isteri Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris. Sungguh tidak menyangka bulan April akan menjadi bulan duka buat dirinya.
Kala ini, itulah emosi yang dirasai oleh Siti Aisyah Mohd Roslan,34, isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa lalu iaitu pada 23 April lalu.
“Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.
“Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya.”
Siti Aisyah juga turut meluahkan rasa syukur berikutan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.
Rindu Ucapan Suami
Tiada lagi dakapan penenang jiwa, tiada lagi kata-kata manis dan senyuman dibibir, kini hanya tinggal kenangan manis untuk diingati kala meniti usia.
“Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital.”
Bahkan Siti Aisyah turut mengucapkan ucapan terima kasih buat arwah suaminya yang merupakan seorang yang bertanggungjawab sebagai suami, ayah dan menantu.
Ads
Reda dengan apa yang terjadi, Siti Aisyah berjanji akan terus berjuang untuk membesarkan anak-anak lambang cinta mereka.
“Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang. Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang.”
Perkongsian yang meruntun jiwa
Dalam pada itu beberapa hantaran turut dikongsi oleh Siti Aisyah dengan luahan hati yang mengundang sebak.
Ads
Allahyarham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter pasukan keselamatan itu bertembung dan terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak baru-baru ini.
Bayangkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur lima tahun, yang masih comot dengan peluh, dengan tangan kecil yang memegang cawan air kelapa serta matanya yang bersinar setiap kali ada pelanggan berhenti di hadapan gerai, siapa sangka kini telah mencapai kejayaan yang sangat membanggakan!
Inilah kisah Aiman Ong bin Osman atau lebih mesra disapa sebagai Aiman. Bukan sekadar berniaga, tetapi murid tahun tiga di Dwi Emas International School ini sedang belajar tentang kehidupan dengan cara unik dan diluar jangkaan.
Pada usia ketika kebanyakan kanak-kanak sibuk bermain bola atau menonton kartun, Aiman sudah mula faham satu perkara penting. Rezeki datang bersama usaha dan ia perlu dilakukan secara berterusan dan penuh disiplin bagi menggapai kejayaan.
Aiman lahir dalam keluarga yang mengusahakan perniagaan buah-buahan segar dan inilah yang menjadi pemangkin semangat kanak-kanak ini. Apabila melihat keluarganya begitu rajin, komited dan bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan menjadi penyuntik semangat kepada kanak-kanak yang lahir pada bulan Jun 2017 ini.
Melihat rutin harian keluarganya membuatkan Aiman juga seronok untuk berniaga dan siapa sangka hari ini telah menjadi minatnya yang paling utama untuk terus memajukan diri ke hadapan. Tiada paksaan, tiada skrip. Hanya pemerhatian dan rasa ingin tahu seorang kanak-kanak yang melihat orang dewasa bekerja dengan penuh dedikasi.
Selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ketika usianya baru sahaja lima tahun, dia mula turun ke Taman Tugu. Bukan untuk bermain semata-mata, tapi untuk membantu aktiviti pensampelan dan jualan buah. Dari situlah Aiman belajar bercakap dengan orang yang tak dikenali, belajar menunggu giliran serta bersikap terbuka apabila orang menolak untuk membeli jualannya.
Pengalaman kecil ini mungkin nampak remeh bagi orang dewasa, tapi bagi seorang kanak-kanak, ia adalah kelas keyakinan diri yang paling real.
Ayat ringkas itu keluar ketika Aiman berusia enam tahun. Impian yang mungkin buat sesetengah orang dewasa senyum sinis, tapi keluarganya memilih untuk percaya. Dengan sokongan penuh, Aiman mula berniaga di pasar hujung minggu dan bazar.
Dari situlah dia belajar bangun awal, jaga adab dengan pelanggan, dan faham bahawa kejujuran lebih penting daripada keuntungan cepat. Siapa sangka dengan hanya berniaga air kelapa telah menjadikan Aiman lebih matang dari usianya dan sangat mementingkan kredibiliti apabila berniaga.
Tahun 2024 menjadi detik penting buat kanak-kanak hebat ini. Pada usia tujuh tahun, Aiman memperkenalkan air kelapa dalam bentuk pek pasteurised blast freeze. Bukan sekadar idea comel, tetapi satu langkah berani yang selari dengan keperluan pasaran moden.
Pada usia muda, dia telah mencipta Aiman Pandan Coconut, air kelapa pandan pertama di Malaysia tanpa pengawet yang tahan sehingga setahun, serta menggunakan mesin layan diri (vending machine) berkuasa AI.
Prouknya adalah air kelapa yang disuntik dengan pandan, menggunakan kaedah pembekuan untuk mengekalkan kesegaran tanpa bahan pengawet.
Apabila produknya dibawa ke MAHA Expo, Aiman bukan sahaja belajar tentang jualan, tetapi juga tentang dunia sebenar yang lebih luas dan mencabar. Ketika itu, bukan saja produknya mendapat sambutan yang menggalakkan namun dirinya juga menjadi perhatian ramai apabila menjadi pengusaha termuda yang sama-sama mengambil bahagian di ekspo tersebut.
Sokongan daripada Dwi Emas International School yang diasaskan oleh Anne Tham dan diketuai oleh Ivan Se Hoo menjadi bukti bahawa potensi tidak mengenal usia. Mereka melihat sesuatu pada Aiman yang jarang dimiliki, keberanian untuk mencuba dan kesungguhan untuk belajar.
Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan memberi sokongan serta menghargai minat Aiman, Anne dan Ivan percaya segala usaha Aiman pasti akan mendatangkan hasil yang lumayan sekiranya kanak-kanak itu terus komited dan bersungguh-sungguh dengan usahanya itu.
Sebenarnya, sokongan dari keluarga dan sekolah memainkan peranan yang sangat penting bagi menyerlahkan potensi seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan paling penting, sudah tahu apa yang diinginkan dalam hidup.
Tahun 2025 menjadi momen yang sukar dilupakan apabila Aiman dinobatkan sebagai juara YEX Jakarta bagi kategori usia lapan hingga lima belas tahun, walaupun usianya ketika itu baru sahaja tujuh setengah tahun!
Namanya turut terpampang di MARDI Showtech dan produk Eco Nut tersenarai dalam sepuluh terbaik program SAY Aspire Selangor Export Ready. Semua ini bukan sekadar pencapaian, tetapi pengalaman yang membina jiwa.
Di sebalik kesibukan berniaga dan menyertai program, sekolah tetap menjadi tunjang penting. Persekitaran yang menyokong dan terbuka memberi ruang kepada Aiman untuk berkembang tanpa rasa tertekan.
Pengiktirafan seperti Young Pioneer Award dan jemputan sebagai penceramah jemputan oleh Gamuda bukan sekadar sijil, tetapi tanda bahawa potensi kanak-kanak wajar diraikan.
Memasuki tahun 2026, Aiman mahu melangkah lebih jauh. Daripada menjual produk, dia mula membangunkan platform yang menghubungkan pengguna terus kepada petani, pengeluar dan pengimport.
Startup ini lahir daripada keinginan untuk memudahkan rantaian bekalan hasil segar. Versi MVP telah dilancarkan dan kini diuji sepanjang musim Tahun Baharu Cina. Satu langkah yang besar untuk seorang kanak-kanak kecil. Hebat Aiman!
Kisah Aiman bukan tentang seorang kanak-kanak hebat semata-mata. Ia tentang keluarga yang percaya, sekolah yang menyokong, komuniti yang membuka ruang, dan industri yang sudi membimbing.
Ia mengingatkan kita bahawa pendidikan sebenar berlaku bila kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba, gagal, belajar dan bangkit semula. Dan kadang-kadang, impian besar memang bermula dari tangan yang kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Momen hamil cukup indah untuk dilalui setiap wanita yang sudah berkahwin. Segala keperluan, pemakanan dan juga fasa trimester pertama hingga selamaty melahirkan di catat dan diingati.
Segala pergerakan dan juga perkembangan bayi dititikberatkan. Jika ada yang tak kena mula lah bakal ibu risau kan. Demikian lah yang berlaku pada pelakon Wawa Zainal yang kini sedang hamil anak ketiga.
Dalam satu perkongsian, isteri kesayanga Aeril Zafril ini meluahkan rasa bimbang apabila berat bayi di dalam kandungannya baru mencecah 1.4 kg.
Menurut Wawa, kandungannya yang kini sudah memasuki tujuh bulan dilihat agak kecil. Dalam kapsyen, Wawa turut meminta pandangan dan tips daripada pengikutnyamengenai perkara itu.
“Ada tak tips nak tambahkan berat baby dalam perut tu? Tujuh bulan lebih dah, baby baru 1.4 kg. Berat badan Wawa naik je 11 kg. Tapi baby kecil, mommies ada pengalaman macam ni?” tulisnya.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Menurut Anzalna Nasir, nama tersebut bermaksud ‘ Princely Ruler ‘ dalam bahasa Inggeris.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’ .
Dalam perkongsian itu juga, Anzalna turut menitipkan doa buat cahaya mata keduanya ini agar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat.
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,”tulisnya lagi.
Wajah comel Emirhan ini telah mencuri perhatian ramai. Rata-rata memuji kecomelan putera kedua pasangan ini, lebih-lebih lagi hidung Emirhan yang mancung dan wajahnya persis bapanya.