Umumnya bila menyentuh bab pembahagian tugas dalam mengurus rumah tangga antara suami dan isteri, seakan orang kita hanya melihat itu adalah tanggungjawab isteri semata-mata. Sedangkan hakikatnya bukan begitu, apatah lagi bila si isteri sama-sama bekerja untuk membantu suami menambahkan pendapatan keluarga.
Memahami apa sebenarnya, diharapkan perkongsian ini dapat membuka minda dan menjentik jiwa en suami untuk tidak lagi meletakkan 100% ke atas bahu isteri malah tanggungjawab itu perlu juga digalas olehnya.
Ikuti perkongsian ini.
JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.
Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangg TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya… Katanya,” Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri sy kata, “abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama2 kerja.
“Saya nak bagi tahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku..”
Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya.. suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,
Ads
Habis isteri? Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.
Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.
Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?
Ads
Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt”
USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD: “Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.
Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.
Ads
Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”
Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.
Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya….
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita sama2 membantu…sama2 memuliakan antara satu sama lain.
sumber : Nor Syazrah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Kumpulan Hujan, Noh Salelh semalam memuat naik satu gambar dalam kapal terbang bersama isteri ke Syria. Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, dia dan Mizz Nina terbang ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua.
Ini bukanlah kali pertama pasangan ini mengikuti misi bantuan tersebut. Malah pasangan ini aktif menjalankan aktiviti amal.
Dalam perkongsian tersebut, Noh berterima kasih kerana diberi kepercayaan mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan.
Dalam masa yang sama, dia meminta doa peminatnya agar perjalanan mereka selama 14 hari selamat dan dipermudahkan.
“Kami dah nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi Ramadan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan.
“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan.
“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!” Tulisnya.
Pelakon dan hos, Elly Mazlein memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anak lelaki, Haider Mateen yang sangat manja dan rapat dengannya.Video yang di ambil ketika selebriti ini dan keluarga pergi bercuti baru-baru. Haider yang sedang dipangku oleh Elly Mazlein memeluk dan mencium pipi ibunya tanpa henti. Biarpun hanya nampak sisi wajah anak lelaki namun rata-rata geram melihat gelagatnya itu.
Selain gelagat Haider, turut kelihatan di dalam video tersebut adalah anak perempuan Elly iaitu Putri Sara Sefhia yang sedang mandi di kolam bersama papanya, Mohamad Azlan Che Nuh.
Sememangnya Sefhia cukup manja dengan papanya kerana sebelum ini banyak dikongsikan keakraban dua anak beranak ini.
menerusi kapsyennya, Elly turut menguarakan pertanyaan kepada pengikutnya adakah anak lelaki sememangnya sangat manja dengan ibu.
Siapa sangka umur baru mencecah 14 tahun, namun tanggungjawab sebagai anak tunggal lelaki menjadikan adik Muhammad Amierul Adlie Basiran lebih matang dari usianya.
Pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah bapanya (Basiran Ali) agar mengambil alih tugasnya menjaga keluarga menjadi pegangan erat oleh Amierul. Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor itu nyata cukup lancar menikahkan dua orang kakak kesayangan dalam dua majlis berbeza.
Menurut sepupu yang rapat dengannya, Mohd Syukri Madnor, pertama kali dalam hidupnya melihat remaja berusia 14 tahun mengijab kabulkan dua lelaki yang kini sah menjadi abang iparnya.
“Majlis pernikahan dua orang kakaknya telah dirancang sebelum bapa saudara saya (bapa Amierul) meninggal dunia pada Ogos lalu akibat kanser. Perkahwinan diteruskan dan apabila kami rujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka untuk calon menjadi wali, mereka ada tanya sama keluarga ini ada adik lelaki atau tidak.
“Kami beritahu ada, berusia 14 tahun. Apabila diberitahu dia sudah cukup syarat utama, jadi kami putuskan Amierul akan menjadi wali pernikahan kakak-kakaknya.
“Sebelum itu kami memang rancang untuk wakilkan kepada jurunikah, tetapi selepas berbincang dengan semua keluarga dan Amierul, akhirnya dia menjadi wali.
“Malah Amierul sendiri yakin memberitahu mahu menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki dalam keluarga. Sebagai salah seorang keluarga rapatnya, saya amat berbangga dengan Amierul yang menunjukkan sifat matangnya,” ujarnya.
Tambah Syukri, Amierul menjadi wali buat kali pertama untuk kakak ketiganya (Nur Aina Nabihah Basiran) pada 22 September lalu.
“Sehari sebelum majlis, dia telah berlatih bagi melancarkan majlis akad. Walaupun pada mulanya agak gugup, dia telah melakukannya dengan baik.
“Dan hari ini (29 September), Amierul sekali lagi menjadi wali untuk pernikahan kakak keduanya, Nur Amirah Basirandi di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang, Melaka.
“Perjalanan majlis bertambah baik. Dia semakin matang dan rata-rata tetamu yang hadir turut terpegun dengan sikap dewasanya itu,” katanya.
Dalam pada itu, ibu remaja berkenaan, Rosiah Othman memberitahu dia berasa gembira dengan sikap Amierul yang sedia memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga.
“Saya dalam tempoh edah dan tidak berada di kedua-dua majlis. Tetapi saya tahu, Amierul telah melaksanakan amanat bapanya dengan baik.
“Sebelum ini juga, dia turut memandi dan sembahyangkan jenazah bapanya. Saya tanya juga kepada dia sama ada betul atau tidak dengan keputusan untuk mewalikan kakak-kakaknya itu, dan dia dengan yakin jawab ‘ya betul’.
“Sebagai ibu, walaupun usianya masih muda, saya amat bersyukur dengan jiwanya yang besar itu,” kata Rosiah.